Edited by jointhecurse at 8-9-2017 02:31 PM
Jika bercakap tentang perkahwinan, mesti ramai yang mengharapkan kehidupan yang indah dan bahagia. Namun, hakikat sebenar kehidupan berumahtangga tidaklah seperti yang disangka. Selain menerima baik dan buruk pasangan, kita hendaklah menerima keluarga pasangan itu juga. Seperti yang dikongsi pengadu ini di facebook Kisah Rumahtangga, ibu mertua sanggup mencekik bayinya yang baru 3 hari sehingga biru. Tambah sedih apabila ibu mertua sanggup hantar sihir pemisah!
Baru 3 hari bersalin, mertua larikan anak
Assalamualaikum.
Tolong hide fb saya yer min...
Semasa saya berkawan dengan suami 9tahun lepas, mak suami menerima baik kehadiran saya. Tapi sejak kakak sulung suami hasut mak dia supaya bencikan saya.. Mak suami mula berubah.. Kakak sulung suami fitnah saya macam2. Mereka anak beranak nak suami putuskan hubungan dengan saya. Tapi yelah kan.. Jodoh bukan kat tangan mereka.. Saya selamat berkahwin dengan suami 4tahun yang lepas. Kakak sulung suami pun kawin tarikh yg sama dengan kami.. Masa tu kakak dia umur 31tahun.
Awal-awal perkahwinan mentua macam okey jer. Sejak saya pregnant 2 bulan lepas tu sikapnya terus berubah. Saya dan suami pergi rumah mentua tiap-tiap minggu. Tapi makin hari layanan mentua makin buruk. Bila saya datang ke rumahnya.. Dia buat muka menyampah kat saya. Taj layan saya & tak bercakap pun dengan saya. Mentua tak pernah ambik tahu pasal kandungan saya. Semua persiapan sambut baby saya buat sendiri. Sedih memang sedih.. Sebab ni cucu pertama dia. Tapi buat tak tahu jer. Sedangkan saya dah takde mak. Ingatkan mentua boleh bantu. Tapi tak...
Depan suami mentua buat2 baik. Tapi dibelakang suami dia jeling saya macam nak bunuh saya jer.
Saya selamat bersalin April 2014. Alhamdulilah.. Saya lahirkan baby sihat tanpa sebarang komplikasi. Bersalin pagi petang dah boleh balik rumah. Sebab dirumah saya tiada orang tua yg boleh jaga saya masa dalam pantang.. Suami saya cadangkan saya berpatang dirumah mak dia. Saya pergi ke rumah mentua dalam pukul 1 pagi selepas 3 hari baby dilahirkan. Semua bermula di sini... Keesokan hari.. Suami saya sangat sibuk sebab ade beberapa hal nak diuruskan. Suami keluar pagi ke pejabat untuk setle beberapa perkara. Saya ingat mentua saya ikhlas menjaga saya dan baby.. Tapi sebaliknya. Bila baby saya menangis lapar susu.. Mentua cepat-cepat larikan baby dari saya. Saya xdapat nak pegang pun baby saya. Baby saya dipaksa isap puting kosong supaya baby saya diam dan tak menangis.. Saya tak boleh nak menyusu baby saya sendiri.. Mentua akan bawa baby saya ke depan & ke dapur. Baby saya menangis mungkin sebab lapar. Tetiba saya dengar tangisan baby macam tersekat-sekat. Masa tu mentua bawak baby ke dapur. Kebetulan ada jiran datang. Mentua terus ke depan.. Saya dengar jiran kata mata baby dah keatas.. Saya tak tahu apa mentua buat kat baby saya.
Baby saya dah tak nak buka mulut untuk menyusu. Baby saya asyik tidur je. Petang tu ayah saya ade datang.. Saya ada bagitahu ayah baby tak nak menyusu. Baby tidur je. Ayah kata baby letih. Nanti malam mesti berjaga. Saya memang tak de pengalaman sebab ni anak sulung. Pukul 1 pagi masa tengah tidur saya terdengar mak mentua & ayah mentua berbisik-bisik cakap badan baby panas. Tapi dia tak kejutkan saya dan suami. Seakan-akan nak sorotkan. Saya terus bangun tengok baby. YaAllah.. Terkejut sangat tengok baby saya biru... Nafas tercungap-cungap.. Terus saya kejutkan suami bawak pergi klinik. Di klinik baby saya diberi oxygen dan dikejarkan terus ke hospital dengan ambulance. Ni lah kali pertama dalam hidup saya naik ambulance. Ketar lutut tengok keadaan anak.
Otw ke hospital saya menangis semahunya. Hanya mampu berdoa semoga Allah panjangkan umur baby saya. Oxygen baby makin drop. Badan baby semua biru.. Kuku baby pun biru. Nurse dalam ambulance saling berpandangan satu sama lain. Saya seakan faham maksud pandangan tu. Tapi saya buat-buat tak tahu. Saya tahu anak saya kuat. Bila sampai di kecemasan ramai doktor-doktor cuba bantu baby saya. Tapi baby saya tiada respon. Mata hanya terpejam rapat. Bila doktor cucuk tangan & kaki baby tak nangis langsung... Sedih sangat saya tengok keadaan baby. Lama lepas tu baru baby saya menangis. Tapi tetap tak mahu menyusu. Deria menghisap baby seakan-akan hilang.
Baby saya masuk nicu 2 minggu.
Saya menangis tengok keadaan baby sampaikan saya hampir meroyan. Baby saya langsung tak aktif. Tak bergerak.. Tak menangis macam baby lain. Hanya kaku...
Mana mentua saya lepas apa terjadi ? HILANG !!!!
Langsung tak tanya keadaan saya dengan baby. Saya kutip kekuatan untuk anak saya.. Saya tak nak anak saya lemah kalau saya sendiri pun tak kuat. Doktor bagitahu kalau saya lambat sikit lagi bawak baby ke hospital.. Saya mungkin akan kehilangan baby saya buat selamanya...
Dua minggu anak saya dihospital. Pelbagai rawatan doktor lakukan. Bila buat mri scan kepala, Otak anak saya dah mati. Hampir semua otak anak saya cedera. Otak anak saya bengkak dan hanya sebelah kiri jer masih elok. Tu pun terlalu sikit kebanyakkan otak dah bengkak. Doktor ada tanya saya kenapa baby jadi macam ni. Baby pernah jatuh ? Kelu untuk saya jawab sebab saya sendiri tak tahu. Mentua saya langsung tak bagi baby pada saya. Dan tak sampai 24jam saya dirumah mentua.. Baby saya jadi biru !!!
Saya hampir-hampir pengsan bila doktor terangkan keadaan baby. Baby saya mungkin tak membesar seperti anak-anak yang lain. Sekarang baby hanya minum susu melalui tiub lepas berhari-hari berpuasa. Baby saya mungkin terlantar seumur hidup..
sambngan Cekik anak sehingga biruMak mertua hantar sihir pemisah
|