“Lima tahun bersama program itu dan saya membesar bersama MeleTOP (saya mula mengacara program itu ketika berusia 23 tahun) ditambah dengan krew yang terbaik dan tidak ketinggalan rakan pengacara, Nabil yang banyak saya kutip ilmu daripadanya.
“Saya cukup bertuah dapat menjadi hos sebuah program dengan rating tertinggi dan paling lama bertahan dalam industri.
“MeleTOP akan sentiasa ada tempat di hati saya dan studio ini membuatkan saya rasa seperti di rumah sendiri,”
|