CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7640|Reply: 31

Orang Malaysia Susah Nak Kurus? Mungkin 10 Menu Sarapan Ini Ada Jawapannya

[Copy link]
Post time 31-7-2017 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia terkenal dengan masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan bangsa selain kepelbagaian agama dan budaya. Tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India menghasilkan pelbagai variasi makanan tradisional, masing-masing dengan keunikannya tersendiri.


Lihat sahajalah sajian sarapannya, semuanya menyelerakan! Kadang-kadang, sukar bagi rakyat Malaysia untuk berpaling daripada mengambil 10 sajian sarapan ini, dan hasilnya sering menyebabkan diet untuk mengurangkan berat badan yang mereka amalkan gagal.




1. Nasi Lemak




Nasi lemak adalah antara makanan yang paling popular di Malaysia. Nasi dimasaka dengan campuran santan menjadikan nasi berlemak dan biasanya digandingkan dengan sambal ikan bilis.


Bukan orang Melayu sahaja, malah ramai orang Cina dan India turut menggemarinya. Nasi lemak turut dijual di warung Cina dan India.



2. Roti Canai VS Teh Tarik





"Aney, roti canai satu, teh tarik satu!" Itulah apa yang sering pelanggan sebutkan ketika meminta pesanan makanan di warung mamak.


Sedapnya kalau dapat pekena sekeping roti canai, dan lagi sedap kalau lawannya kuah kari atau kuah kacang dal yang dicampurkan sedikit sambal bilis. Pergh! Memang terangkat 'menyantap' roti canai sambil menghirup tehtarik panas!


Seperti nasi lemak yang disediakan di warung mamak dan kedai makan Cina, roti canai juga turut 'ditebar' di 'kedai kopi' kita!



3. Sapuan Kacang VS Kopi






Ini adalah menu sarapan paling ringkas dan mudah disediakan. Biasanya kalau kita terlambat menyediakan sarapan atau datang 'mood' malas, cukuplah dengan hanya menjamah roti yang disapu sapuan kacang hazel atau Nutela.




4. Kuih-muih





Setiap negeri memiliki kuih tradisionalnya tersendiri. Pun begitu, ada beberapa jenis kuih yang pasti boleh didapati walau di mana sahaja di Malaysia ini!


Sebagai contoh; karipap, donat, pisang goreng, cekodok, variasi cucur serta banyak lagi boleh didapati di mana-mana gerai di tepi jalan.




5. Roti Kaya VS Kopi





Sama seperti roti dan sapuan kacang, kaya juga menjadi salah satu sapuan roti yang sering digunakan isi rumah.

Jika bosan mengambil menu sarapan berat-berat, bolehlah sediakan roti dan sapuan kaya. Lawannya adalah kopi panas, memang menyegarkan! Sesuai untuk mereka yang ingin bergegas ke pejabat masing-masing.




6. Telur Separuh Masak







Ramai juga yang memesan telur separuh masak di warung-warung jika bersarapan di luar. Baik Melayu, Cina atau India, semua sama sahaja gemarkan telur separuh masak.


Malah, ada juga yang menyediakannya di rumah sahaja kerana penyediannya yang sangat mudah.


Boleh dimakan dengan roti kaya dan kopi di mana ia juga merupakan gabungan menu klasik yang sering didapati di mana-mana restoran atau kedai makan yang menyediakan menu sarapan.




7. Kacang Panggang VS Telur Hancur







Siapa sahaja dapat menolak sandwic telur terutama jika dihidangkan bersama kacang panggang. Memang menyelerakan dan sangat mengenyangkan!




8. Nuget







Ada juga di antara kita yang gemar mengambil makanan bergoreng seperti nuget, sosej, ayam goreng, bebola ikan dan seumpamanya sebagai menu sarapan.




9. Bijirin Sarapan VS Buah-buahan







Menu sarapan yang menyihatkan ini menjadi pilihan mereka yang sedang mengamalkan diet pemakanan.


Hanya memerlukan oat, susu, yogurt, buah-buahan kegemaran danbahan tambahan seperti madu, kekacang dan sebagainya untuk menjadikan menu bijirin anda lebih 'ceria' dan melazatkan sesuai citarasa!


Menu ini boleh disediakan di malan hari dan disimpan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati keesokan harinya. Mudah bukan?




10. 7DAYS Croissant oleh Munchy’s







Sebenarnya, roti adalah menu sarapan paling mudah disediakan kerana ia mudah disimpan, dan dimakan bila-bila masa walau di mana jua. Sambil memandu pun masih boleh menikmati sarapan. Hidangan sempurna!


Nak menikmati waktu sarapan yang lebih istimewa? Anda juga boleh memilih 7DAYS Croissant oleh Munchy's, ia adalah satu-satunya Croissant 'pre-packed' di Malaysia. Sungguh enak dan dibungkus dalam pek aluminium yang mudah dibawa. Ia boleh dimakan pada bila-bila masa, di mana sahaja!


Siapa tak kenal produk Munchy's kan? Kali ini Munchy's perkenalkan satu lagi produk barunya iaitu 7DAYS Croissant oleh Munchy's yang menawarkan tiga perisa iaitu coklat, vanila, dan karamel.















Pun begitu, rakyat Malaysia berkongsi satu masalah sama hampir setiap masa iaitu "Nak Makan Apa Hari Ini". Jadi, apa menu sarapan anda setiap pagi? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2017 02:33 PM | Show all posts
iols beli bihun goreng atau nasi goreng je pagi2.. kdg2 sgt baru lah ns lemak or roti canai
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 03:00 PM | Show all posts
Orang Malaysia kebanyakannya suka makan heavy food pagi2.  Jarang yang hanya makan roti atau bijirin untuk sarapan.  Itu belum lagi masa makan tengahari atau malam.  Bersenam pun kurang minat mana tak senang naik berat badan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cehh.. Iklan rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
..sedap2 plak tengok sume makanan tu. Tak salah rasanya nak heavy breakie..tapi menjelang tengahari tak usahla nak melantak nasi putih ikan pari bakar air asam kerabu mangga bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 05:43 PM | Show all posts
kalau pagi dah makan nasi, tengahari cuba la benda lain pula. apa dah yg susah sangat?

pastu petang malam lepas habis kerja rajin2 senaman.

ps; nak buat iklan rupanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2017 08:23 PM | Show all posts
I balik msia baru2 ni mmg melantak nasi lemak, roti canai sokmo...naik berat bedan...mmg betul mknan malaysia cepat menggemukkan tp susah nak tolak sbb sedappppp ...so balik sini bila tukar diet back to original berat la now
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting eat in moderation...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2017 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasi lemak mmg menggoda sgt..mcm mna la nak diet
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 09:49 PM | Show all posts
asik makan non-stop, macam mana mau kurus?
keje pulak banyak duduk, makan pulak macam org keje kebun.
mulut asik mengunyah. mau tak gomok debab.

buat intermittent fasting. puasa 10-16 jam, start kira last time mkn malam.
skip breakfast & lunch, lepas kol 2 start makan healthy snack
- buah, wholegrain, etc. NOT cookies, junk food, kuih muih or nasik.
malam baru dinner macam biasa.
fat storage akan mula guna lepas 12 jam tak makan apa2.
contoh last makan malam jam 11, start mkn balik esok nya jam 2 ptg.
logik nya bila 15 jam tak makan, so dalam darah dah kurang glucose,
badan akan mula bakar fat storage untuk energy.

bila dah berumur, diet kena jaga.
kalau kurang exercise pun no problem, masih boleh maintain berat.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
I xsuka roti croissant dia ni...
Dah rasa flavor vanila n caramel
Mungkin sbb i prefer makan croissant ni savoury bkn sweet
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Erm.. Iklan ghopenya.. Hampeh. Mak dah try croissant inti karamel tu. Biasa2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
iols x sarapan pn maintain gemukk.{:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
roti canai mee goreng mmg tak blh elak..tp amik hjg mggu jah..weekdays brtahan mkn oat n roti
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 06:44 AM | Show all posts
Iols selalu breakfast ambik makanan yang berat sikit.
Memang tujuan iols sarapan untuk kenyang.
Untuk tengahari dan malam iols makan makanan untuk alas perut jer.
Kecuali hujung minggu, hari untuk melantak


Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Telur bukan protein ke.. kalau makan protein lebih dr carbs ok je kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2017 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Imo nk kurus senang tp nak hilang belly fat n love handles tu yg payah.kalau berdiri nmpk flat ja perut.bila duduk abes tersembul perut buncit keluar
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 08:53 AM | Show all posts
choyy sangat nak promot 7days croissant. Nak buat kudapan boleh la. Kalau untuk sarapan bukannya kenyang pun
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 09:06 AM | Show all posts
Mknan sedap2, mau x melantak byk.  Pas tu malas bersenam

Tu yg badan mcm dipam-pam
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 09:29 AM | Show all posts
Artemesiaa replied at 31-7-2017 03:00 PM
Orang Malaysia kebanyakannya suka makan heavy food pagi2.  Jarang yang hanya makan roti atau bijirin ...

rasanya mmg elok pun pagi makan berat2 sikit. provided .. kena lah aktif. jgn lepas makan kau bantai tidur. tuk lunch dgn dinner yang patut ambik lighter meal. rasanya yang banyak menyumbang kegemukan org malaysia ni sbb makan berat2 dan berlemak waktu malam. nasi lemak .. roti canai .. makan malam2. lepas tu tidur. esok pagi makan lagi berat2 lepas tu malas eksesais. lepas tu bila gemuk .. boleh pulak kluarkan statement sedapkan hati "ala gemuk2 pun ada orang sayanggg". ee rasa mcm nak lempang laju2 je kawan2 sebaya aku tu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.217080 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list