CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6169|Reply: 6

Lagenda Naga Tembuakar Sabah

[Copy link]
Post time 18-7-2017 03:28 PM | Show all posts |Read mode



Wujudkah naga di dunia ini atau sekadar mitos semata-mata? Mengikut cerita rakyat dari mulut ke mulut di sabah dikatakan terdapat seekor naga yang wujud di Papar, Beufort, pulau penyu dan di sekitar pandai barat sabah wujudnya seekor naga Tembuakar yang diceritakan oleh rakyat setempat.

Tembuakar merujuk kepada seekor raksasa atau naga besar yang wujud sekitar tahun 1903. Nama Tembuakar diberikan oleh kaum bangsa Brunei yang tinggal di persisiran pantai dan sungai. Mengikut cerita peribumi Sabah Tembuakar adalah seekor raksasa sungai yang besar menyerupai raksasa Loch Ness, berwarna hitam dan mempunyai leher yang panjang. Selain itu, ia juga dikatakan mempunyai kaki serupa sirip dan ada yang mengatakan ianya seperti seekor ular besar yang menyerupai naga.





Cerita tentang Tembuakar dicerita dalam pelbagai versi. Menurut kaum Dusun, Tembuakar dikatakan berasal dari ikan sinsilog atau ikan belut. Ikan ini bertukar sifat dan bentuknya mengikut peredaran masa. Orang tua-tua mengatakan perubahan ini mengambil masa beratus-ratus atau beribu-ribu tahan untuk bertukar badan seperti naga yang mempunyai kaki dan tangan. Tembuakar juga dikatakan raja segala hidupan laut dan menjadikan apa hidupan laut lain sebagai makanannya.





Tasik di Ranau dikatakan paling menakutkan, mengikut kaum Dusun Tembuakar menjadikan tasik ini sebagai tempat tinggalnya. Manusia juga menjadi mangsa apabila mendekati tasik ini, Tembuakar juga dikatakan boleh memakan dengan sekali lahap seekor karbau atau sapi. Mangsa tidak dapat bergerak untuk melarikan diri kerana Tembuakar mempunyai satu kuasa yang boleh melemahkan dan melumpuhkan mangsanya.







Tambuakar dikatakan mati apabila sebuah gunung berapi meletup di satu bahagian di pekan Ranau. Namun begitu ramai yang masih percaya bahawa haiwan lagenda ini masih hidup sampai ke hari ni disebabkan penemuan lubang-lubang besar di bawah tanah sepanjang sungai-sungai tersebut semasa kerja mencucuk cerucuk membina jambatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2017 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya baca kisah2 mitos camni. Mama pernah cerita dulu banjir besar kat Pahang psl ade naga nak keluar dari pertapaan. Dengar khusyuk gila sampai melopong mulut hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 04:37 PM | Show all posts
bohong je ada naga dulu kt sungai muar misteri nusantara n bomoh sup bunjut umpan naga keluar, sekali itik serati keluar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2017 04:56 PM | Show all posts
Ayda89 replied at 18-7-2017 04:27 PM
Bestnya baca kisah2 mitos camni. Mama pernah cerita dulu banjir besar kat Pahang psl ade naga nak ke ...



dapat ambil gambar x
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
chacon replied at 18-7-2017 04:56 PM
dapat ambil gambar x

Xder. Tu pun mama kata atuk yg cerita wakakka. I dengarkan je betul xbetul belakang kira janji syok dengar cerita
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke ada yg kata hakisan gunung kinabalu disebabkan para pendaki tidak menjaga adab ketika di puncak?

Ada lagi tak mitos macam ne? Best baca
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2017 03:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Punya menipu cerita ni. Fakta tempat pun tak tepat lagi nak menipu. Choi!

Pulau Penyu tak wujud di Sabah la setan. Kuala Penyu ada la. Bab ni pun fail, sah2 cerita lain pun fail abis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.077887 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list