CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6436|Reply: 24

Edisi Pandai Cari Makan & Pandai Bawak Diri: Mat Dan Berniaga Di Bulan Ramad

[Copy link]
Post time 18-6-2017 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JeepersCreepers at 19-6-2017 07:03 AM

Mat Dan Tak Sabar Nak Rasa Rendang Air Tangan Isteri Tercinta

KUALA TERENGGANU:
Kedatangan Ramadan kali ini mungkin berbeza dari tahun-tahun sebelumnya bagi figura bernama "Mat Dan", iaitu personaliti televisyen berbangsa Inggeris yang fasih loghat Terengganu.


Ini kerana Mat Dan atau nama Islamnya Kareef Danial, 28, buat pertama kalinya menyambut Ramadan dan Aidilfitri sebagai seorang suami selepas melangsungkan perkahwinan bersama gadis dari Chendering, Terengganu, Nadifa Adnan, 28, Mac lalu.


Malah sepanjang  Ramadan ini Mat Dan mengurangkan aktiviti seninya untuk bersama-sama isteri membuka gerai di bazar Car Food Sahur di Pantai Batu Buruk yang menyediakan menu seperti bihun goreng, kuih ropa dan brownies.


Mat Dan yang ditemui Bernama di gerai itu berkata, keputusan untuk berniaga secara kecil-kecilan pada bulan ini bukan berniat untuk mencari keuntungan semata-mata tetapi tertarik dengan konsep yang diketengahkan penganjur iaitu berniaga sambil membuat amal.


"Ia juga satu strategi kami, suami isteri untuk mencari dan mencuba pasaran ''brownies'' air tangan isteri saya dan insya-Allah jika sambutan menggalakkan kami akan mencuba untuk jualan selepas Aidilfitri nanti," katanya.


Mengulas perasaannya menyambut Syawal sebagai seorang suami tahun ini, Mat Dan berkata, beliau bersyukur kerana tahun ini beliau tidak lagi beraya berseorangan selepas memeluk Islam tujuh tahun lepas.


"Bukanlah bermakna sebelum ini saya menyambut Syawal seorang, tapi tahun ini lebih bermakna sebab ada isteri dan sebagai peneman di pagi Syawal. Insya-Allah pada tahun ini saya akan menyambut Hari Raya bersama keluarga mertua di Kuala Terengganu.


"Persiapan Hari Raya pun sederhana sahaja. Baju raya adalah dalam empat pasang. Mungkin selepas Hari Raya baru saya dan isteri pulang ke Kuala Lumpur bagi meneruskan kerjaya masing-masing," katanya yang tidak sabar merasai rendang daging masakan isterinya.


Apabila ditanya apa istimewa rendang buatan isteri berbanding yang lain, Mat Dan dalam nada berseloroh berkata: Rendang masakan isteri saya mestilah istimewa sebab dia masak penuh dengan kasih sayang," katanya sambal tersenyum.


Mengulas perjalanan aktiviti seninya, Mat Dan yang sebelum ini merupakan hos rancangan kembara ''Mat Dan Kaki Jalan dan Haramain Backpackers'' berkata beliau akan kembali aktif dalam kerjaya seni selepas sambutan Aidilfitri.


"Untuk rancangan jangka masa panjang, saya dan seorang rakan Ahmad Safuan Rashid akan bekerjasama untuk melancarkan satu aplikasi dalam talian yang dinamakan "Koya TV" khusus untuk pengguna yang gemarkan rancangan televisyen berbentuk pengembaraan atau ''travelog''.


"Insya-Allah, jika semuanya berjalan lancar aplikasi tersebut akan dilancarkan selewat-lewatnya hujung tahun ini," katanya yang bercita-cita untuk membina empayar perniagaan satu hari nanti selain meneruskan kerjayanya sekarang .-- Bernama

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/b ... PUjqkxqJDbitGZtT.99

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2017 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
"ersiapan Hari Raya pun sederhana sahaja. Baju raya adalah dalam empat pasang."

Untunglah
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2017 02:10 PM | Show all posts
sedap ke jualan dia dan isteri?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2017 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 18-6-2017 02:10 PM
sedap ke jualan dia dan isteri?

Tak tau la..laris katanya. Sampai 1000 org dtg  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2017 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
indenial replied at 18-6-2017 02:04 PM
"ersiapan Hari Raya pun sederhana sahaja. Baju raya adalah dalam empat pasang."

Untunglah

Rezeki  
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 04:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik bazar Car Food Sahur
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-6-2017 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
missinpiece replied at 19-6-2017 04:36 AM
Menarik bazar Car Food Sahur

Ha'ah..ada org busking bagai. Pernah pegi skali ms dtg tganu..tp ms tu mat dan blm famous  
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
JeepersCreepers replied at 18-6-2017 02:18 PM
Tak tau la..laris katanya. Sampai 1000 org dtg

Untungnya jd orang femes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2017 11:33 AM | Show all posts
dh popular ni mestila byk org mai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2017 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
-electrifying- replied at 19-6-2017 11:33 AM
dh popular ni mestila byk org mai

Pernah jumpa mat dang ni masa jd krew kat satu karnival ni. Ms tu heols x famous lg tp ramai jugak org kerumun sbb nak dgr mat dang sembang  
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 11:39 AM | Show all posts
JeepersCreepers replied at 19-6-2017 11:36 AM
Pernah jumpa mat dang ni masa jd krew kat satu karnival ni. Ms tu heols x famous lg tp ramai jugak ...

yela baka kokosen berckp melayu, ramai je eksaited nk kerumun tgk dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
JeepersCreepers replied at 19-6-2017 06:45 AM
Ha'ah..ada org busking bagai. Pernah pegi skali ms dtg tganu..tp ms tu mat dan blm famous

Kl slangor de ke? Bestnya tepi pantai plak tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2017 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
missinpiece replied at 19-6-2017 12:04 PM
Kl slangor de ke? Bestnya tepi pantai plak tu

Xde..mmg dorg buat kat tganu je tiap2 tahun. Kawan2 mat dang punya projek.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
JeepersCreepers replied at 19-6-2017 12:06 PM
Xde..mmg dorg buat kat tganu je tiap2 tahun. Kawan2 mat dang punya projek.

Good idea
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2017 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
-electrifying- replied at 19-6-2017 11:39 AM
yela baka kokosen berckp melayu, ramai je eksaited nk kerumun tgk dia

Tula...satu hr bukak tv tgk mat dang dah jd pengacara  
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 12:44 PM | Show all posts
JeepersCreepers replied at 19-6-2017 12:39 PM
Tula...satu hr bukak tv tgk mat dang dah jd pengacara

rezki dia kan, alhamdulillah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2017 02:40 PM | Show all posts
suka dengor slang ganu mat dan
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Best gak rancangan dia tu.. very the natural.. xde la scripted sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus mat dan n wifey nya
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2017 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dia punya slang pekat abes. aku yg ganu ni pun kalah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.056925 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list