View: 3156|Reply: 14
|
Bisnes Ayam Panggang Ini Baru Sahaja Tular, Sudah Ada Pihak Yang Busuk Hati
[Copy link]
|
|
Siapa sangka bisnes yang semakin berkembang dan selepas menjadi viral di laman sosial, tiba-tiba mengalami kerugian mendadak.
Bukan kerana tiada pelanggan yang datang mahupun tidak laku, sebaliknya bisnes tersebut disabotaj oleh mereka yang busuk hati dan hasad dengki.
Itulah yang terjadi kepada bisnes Ayam Bakar Pasu Terlangkup (ABPT) yang menjadi viral baru-baru ini, apabila pasu-pasu yang digunakan untuk memasak ayam didapati pecah dan dirosakkan dengan sengaja.
Menurut pemiliknya Yusdey Ismail, 40 gerainya di Sungai Petani, Kedai habis apabila pasu-pasu yang digunakan untuk memasak ayam diketuk dengan alatan keras oleh pihak yang tidak diketahui. Sebanyak 18 pasu rosak teruk daripada 43 buah pasu di situ.
Menafikan membuat cerita, Yusdey berkata kerugian yang dialaminya juga bukan dengan angka yang sedikit.
"Ada yang kata saya fitnah atau sengaja reka cerita, itu tak betul, pasu-pasu itu memang ada kesan pecah akibat diketuk dengan benda keras, saya agak tukul besi.
"Saya pun tak sangka boleh jadi macam ni apatah lagi sekarang ni bulan Ramadan...kerugian ini saya anggap sebagai dugaan saya di bulan puasa," katanya kepada Mstar Online.
Terpaksa menanggung kerugian sehingga RM2,000 bagaimanapun tidak membuatkan usahawan ini mahu mengalah.
Netizen pula mengutuk perbuatan mereka yang bukan sahaja mengamalkan sikap hasad dengki yang negatif ini, malah sebaliknya sanggup merosakkan harta benda seseorang demi kepuasan nafsu sendiri.
"Busuk hati dan dengki susah dipisahkan dengan orang kita, moga iman kita dikuatkan."
"Kenapa tak simpan pasu itu di dalam, kalau diletak racun atau apa sahaja boleh jadi lagi teruk."
Apa pun, perbuatan khianat ini tidak sesekali pun dapat diterima oleh sesiapa pun. Lebih-lebih lagi ia dilakukan dalam bulan yang baik ini. Moga kita semua terhindar dari sifat yang buruk ini. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
fazamania replied at 15-6-2017 07:55 PM
Thread dh ada la ngok
Thread kat mane tak jumpa pon |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun macam ada nengok thread ni .. |
|
|
|
|
|
|
|
fazamania replied at 15-6-2017 07:55 PM
Thread dh ada la ngok
dayah bagi link thread tu tak jmpe ar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke orang busuk hati?
Entah entah orang gila yg buat |
|
|
|
|
|
|
|
Yucks gross tak dinafikan memang semua bangsa pun buat kerja dengki ni tak kira cina india melayu borneon tapi seriously bangsa MELAYU dr MALAYA ni busuk hati yang amat. Time I baru posting kt sekolah ni I dah drive kereta sendiri..blm sah jawatan lagi....sedangkan guru yg dah 5 tahun posting masih gigih naik van sewa terutamanya yg datang dri malaya entahlah agaknya memang suka brhimpit dgn students ke atau dah beli keta tapi bagi keluarga dia yg pakai kt malaya sana... so long story short ada guru bagitau I kononya guru malaya sorang ni bagitau semua guru kata ada lelaki putih2 chubby2 drive kereta DGN NO yg sama dengan kereta I tu mengorat dia....send gambar segala nak ngorat dia.. nak mfitnah laki I lettew tapi malangnya ada guru pernah nampak laki I sendiri yg tak putih tak gems tu so derang tanya2 lah I ada adik ke apa.. kurang ajar tak? Sampai nak libatkan family i sedangkan family i mampu lah tak ada masa nak curi2 bgambar dgn keta i.... bila I tanya siapa gerangannya yg dingorat itu...tak nak sebut nama... bila I nak tengok gambar kot2 boleh siasat siapa lelaki sial itu pun tak nak kasi. I cuma nak tengok gambar tu coz nak tengok lelaki tu dalam keta ke atau gambar tepi keta je ka....tapi Dasar pmfitnah buat cerita kan. Tak mau tunjuk gambar konon. Jeleslah tu org ada keta mewah. Tu pun nak jelez Kereta tu liabiliti la ngok. Org pakai sebab nak senang |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam terlungkup ni kat PD pun ada tapi cari2 tak jumpa pulak :zz |
|
|
|
|
|
|
|
suka2 replied at 16-6-2017 07:16 PM
Ayam terlungkup ni kat PD pun ada tapi cari2 tak jumpa pulak :zz
hr tu aku jmpa mlm2 kat tepi jalan depan bomba kt PD..
tp aku perasan mcm dh ramai tiru konsep ni...kt melaka ada satu..dekat2 dgn kuih keria antarabangsa tu.
klu francais mesti la ltk nama banner ayam pasu terlangkup tu kan..
ni sb tiru org so x berani ltk la kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi x mustahil melayu dengki....
ritu ada je pernah org tunjuk vdeo bagai....tp kes lain la...tapi motif sama....busuk ati dgn bisnes org
|
|
|
|
|
|
|
|
merrissa replied at 17-6-2017 01:00 PM
tapi x mustahil melayu dengki....
ritu ada je pernah org tunjuk vdeo bagai....tp kes lain la... ...
Maybe la kan..
Tp itulah benda takde bukti mcm2 kemungkinan.
Kalau betul org dengki hopefully bisnes dia bertambah maju .
Makan hati la yg dul dengki2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap x ayam ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|