sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, jom kita semua mendekatkan diri dengan Al Quran . Rosyam Nor sebagai satu contoh yang kita boleh tengok. jika kita tak boleh baca atau tak lancar membaca pun, takpe, yang penting , JANGAN MALU
Sabda Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang bermaksud:
“2 kalimah yang ringan di lidah,
berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:
SubhanAllahi wa bihamdih,
SubhanAllahil-`Azim“
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
sewaktu amal kita ditimbang di mizan kelak , kita akan berada dalam keadaan yang sangat risau , sangat takut , apa yang kita harapkan sangat pada waktu itu ???
Sesuatu yang berat di timbangan amal tersebut....iaitu "Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim”, Ertinya “Maha Suci Allah dengan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung
sebut 100x sehari , memakan masa lebih kurang hanya 4-5 minit, kerana zikir ini sampai sanad nya kepada Nabi SAW,jadikan amalan harian tetap https://youtu.be/sisYD0ffjLQ