View: 9611|Reply: 68
|
"Ini Ke UiTM Nak Tolong Melayu?" Pengusaha Vending Machine Dakwa Ditip
[Copy link]
|
|
Kata orang, bekerja makan gaji memang sukar untuk hidup mewah. Kalau bekerja sendiri, kena caranya memang boleh kaya raya.
Mungkin terdetik dihati kita untuk memiliki syarikat sendiri suatu hari nanti apabila melihat ramai rakan-rakan sudah menjadi usahawan berjaya. Tetapi jangan cepat berangan dulu, ini kerana untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya bukanlah semudah yang disangka. Kerjaya sebagai seorang usahawan sentiasa dibayangi oleh cabaran dan risiko.
Sebagai contohnya, kisah pengusaha vending machine ini mungkin salah satu cabaran besar yang perlu dihadapi oleh seorang usahawan.
Seperti mana paparan video di bawah ini, pengasas Adamo Vending Supply mendakwa telah ditipu oleh pihak pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas beliau memenangi tender.
Untuk meletak vending machine atau mesin layan diri, pengusaha yang dikenali sebagai Encik. Kabul mendakwa beliau dikehendaki membayar sewa tapak untuk setahun secara sekaligus. Sewa tapak berkenaan adalah berjumlah lebih dari RM42,000 untuk setahun.
Selain cara bayaran sewa tapak yang dikatakan tidak masuk akal, pengusaha terbabit turut terkejut apabila tapak yang telah disewa olehnya sudah ada beberapa vending machine yang lain.
Menurut pengusaha itu lagi, beliau cuba meminta penjelasan dari pihak pengurusan UiTM mengenai vending machine yang berada di tapak yang telah disewa olehnya itu. Namun jawapan yang diberikan oleh kakitangan tersebut sangat mengecewakan.
"Encik Kabul tak payah persoalkan lah mesin itu milik siapa. Itu mesin pensyarah kat sini, under koperasi" kata kakitangan tersebut.
Merasa marah dan tertipu, pengusaha itu menghantar emel aduan dan ingin berjumpa sendiri dengan pihak pengurusan tertinggi untuk berbincang lebih lanjut tentang permasalahan yang dihadapinya. Namun emel yang dihantar tidak mendapat sebarang respon dan pihak pengurusan UiTM tersebut juga seperti tidak mahu berjumpa dengannya.
Lebih menyakitkan hati, bukan sahaja aduannya tidak dilayan malah beliau turut menerima surat notis dari pihak pengurusan UiTM mengarahkan beliau membawa keluar vending machine miliknya yang berada di dalam UiTM tersebut. Mungkin sudah hilang sabar dilayan sedemikian rupa, akhirnya pengusaha terbabit mengambil keputusan untuk mendedahkan tentang masalah yang dihadapinya melalui Facebook Live.
"Saya masuk tender dan saya menang tender. Saya bukan main-main. Tapi kenapa dalam tu ada 5 biji mesin lecturer lain?"
"Ini ke UiTM yang dikatakan nak tolong bangsa Melayu. Tak payahlah, tak payah nak tolong-tolong sangat. Ok lah saya akan keluarkan mesin saya".
Di penghujung video, pengusaha itu juga memberitahu bahawa beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kemungkinan berlakunya gejala "main duit dan main wayang" di kalangan pengurusan UiTM tersebut.
Apapun, cerita sebenar belum dapat dipastikan. Jadi janganlah cepat membuat sebarang andaian. Lebih baik kita tunggu pula penjelasan dari pihak UiTM terbabit. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
pensyarah cari duit lebih juga..
tapi kalau secara tender..kita pun sakit ati tetibe ada plak mesin lain menyemak tanpa masuk tender....huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
report je sprm.tak telus |
|
|
|
|
|
|
|
Siut punya pengurusan ! Saman je! |
|
|
|
|
|
|
|
habissla pensyarah yg letak vending machine pun nnt kena keluarkan sama.. hahaha tak pasal2 |
|
|
|
|
|
|
|
Pensyarah pun nak carik duit tepi ka. Sah2 ltk.kt situ free jer
Pstu.kasik tender utk org lain maauk bayar puloh2 ribu. Pstu nk suruh bersaing. Sebulan bayar tapak kena rm 3500 pastu sales kenala lebeh drpd tu kalau x camno nk.kaver kos |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingat penyarah gaji dah masyukkkk...nk gak boh mesin tu kat situ...
Siasat sprm..tgk ada unsur2 rasuah tak |
|
|
|
|
|
|
|
X kisahla rzeki memasing. Tp x adil nk bertender2, menang kena byr sewa setaun pulak |
|
|
|
|
|
|
|
malas nak cakap banyak sangat rasuah nama je tlg melayu tp bangsat kan melayu |
|
|
|
|
|
|
|
kadang-kadang takde pun unsur rasuah, tapi budaya nak tolong kawan-kawan.. agak-agak la oi kalo nak tolong kawan.. kawan kau dapat tapak free, abang kabul pakistan ni kau suruh masuk tender sampai RM42k.. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa le kat Malaysia ni budaya cable fibre optik kuat contact kuat senang2 je boleh dapat yang diidamkan tampa perlu bersusah payah |
|
|
|
|
|
|
|
itu baru vending machine...ade member nak apply keje kosong dengan UITM kene beli pin no...lepas tu amek exam dengan calon2 yg lain...bayangkan kekosongan 1..yg dipanggil utk exam 900++...ape peluang yg ade... |
|
|
|
|
|
|
|
zaman skrg. kalau takde kabel...takde kroni. ko kena suap baru laju buat kerja. hancur lah negara kalau budaya suap menguap ni makin berleluasa |
|
|
|
|
|
|
|
uitm seri iskandar ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
jom tgu next drama ni mcmne kata pihak UiTM plk |
|
|
|
|
|
|
|
Laaa tak tau ke uitm ni bersepah ngan vending mesing. Kat menara tu ada yg murah ada yg mahal. Tapi laris tau sebab petang dah tutup. Belum lagi kena rebut ngan org letak air mineral kat situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by CrowneGlory at 30-5-2017 02:37 PM
UiTM mmg kuat rasuah pun...len kali ko rakam sekali pegawai lahanat tu barula ko viralkan sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Lecturer pun ada vending machine gak?? Hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Lecturer pun ada vending machine gak?? Hmmm |
|
|
|
|
|
|
| |
|