Edited by Naurah_rik at 14-4-2017 12:52 PM
Assalamualaikum.
Rasanya lama tak post dekat bod nih. Hari ni tergerak hati untuk kembali menulis. Sebenarnya lebih kepada mencari jawapan pada teka-teki.
Macam ni, 2 hari lepas saya tak berapa sihat. Balik je dari opis terus berbaring atas sofa. kepala ni sakit ya amat. Mengantuk.
Akhirnya tak sedar ke diri terlena sampai ke maghrib. Masa ni saya tak pasti sama ada saya bermimpi atau jaga. Apa yang saya ingat, saya memandang ke arah tingkap yang terbuka sedikit. Saya mendengar seseorang bercakap memperkenalkan diri. Saya terus amati suara tu dan apa yang saya masih ingat sampai sekarang adalah kata-kata "AKU SINGA DATANG BERLATARKAN SENJA". Lepas tu saya rasakan diri 'seoalah terlepas'.
Kata-kata ni agak mengganggu saya dalam 2 hari ni. Ada tak sesiapa yang dalam thread ni yang bijak pandai terjemahkan.
(Hati saya cakap ini adalah tipu daya syaitan)
|