CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5847|Reply: 43

9 Produk ‘Islamik’ Ini Bukti Orang Kita Berniaga Sambil Tunggang Agama. Akhir Za

[Copy link]
Post time 21-2-2017 10:18 AM | Show all posts |Read mode
  • Minggu lalu, orang ramai tidak henti-henti bercakap mengenai satu topik yang sangat hangat di media sosial iaitu 'Valet Doa'


    • Kedengaran memang agak pelik, bagaimana doa pun boleh 'divaletkan'?

      Valet Doa merupakan satu servis untuk mendoakan hajat-hajat seseorang secara terus di Masjidil Haram, Mekah. Servis ini direka khas bagi sesiapa yang mempunyai hajat yang urgent, tetapi tidak dapat untuk ke Mekah dalam masa terdekat.
      says.com


  • Namun, kalau diperhatikan, zaman sekarang ni memang sudah banyak 'servis' sebegini rupa. Yang membezakan adalah jenis dan bentuk kegunaannya saja. Antaranya:

  • 1. Valet doa

    • Seperti yang kami ceritakan sebentar tadi, valet doa ini adalah satu servis di mana anda boleh mengupah seseorang untuk membacakan doa secara terus di Masjidil Haram, Mekah. Servis ini dicipta khas untuk mereka yang tidak berkemampuan ke Mekah tetapi mempunyai beberapa hajat yang ingin dikabulkan.

      Valet Doa diasaskan oleh Nasrin Harin, 40, atau lebih dikenali dengan nama Haji Arin yang mana servis ini telah ditubuhkan pada 31 Januari 2017 yang lalu.

      Pakej bermula dari RM250 sehingga RM5,000 bergantung kepada lokasi doa dibuat dan jumlah doa yang dipohon. Semakin banyak doa, semakin tinggi caj yang dikenakan.

      Jadi agak-agak kalau kita bayar untuk 5 doa, berapa doa yang akan dikabulkan? Hmm...
      says.com


  • 2. Kelas Al-Quran jet peribadi mewah
      • [color=rgba(255, 255, 255, 0.8)]Image via SAYS


    • Kelas yang menawarkan pakej mengaji Al-Quran dan meletakkan yuran kos sebanyak RM33,400 ini telah menjadi bualan orang ramai sejak minggu lalu. Kelas ini bakal dikendalikan oleh Johan Qariah tilawah Al Quran terkenal iaitu Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman. Kelas ini dianjurkan oleh syarikat pengurusan jet peribadi iaitu Elite Jets Sdn Bhd yang terletak di Shah Alam.

      Hmmm... pakej yang ditawarkan pun boleh tahan bermula daripada harga ratusan ribu hingga mencecah jutaan ringgit!

      Jika anda nak join kelas tilawah di dalam jet mewah ini tanpa terbang ke awan, yuran yang dikenakan HANYA RM2,000 sejam. Dan sekiranya anda ingin mengikuti kelas tilawah sambil terbang di udara anda perlu membayar sebanyak RM33,000 sejam.

      So macam mana? Nak cuba?
      says.com


  • 3. Sapuan Sunnah

    • Geleng kepala pun ada kami dibuatnya tatkala melihat iklan sebegini. Produk yang dijual adalah produk seks dan model yang digunakan pula adalah 'ala-ala' perempuan berniqab dari timur tengah.

      Kami sendiri pun tak faham 'Sapuan Sunnah' apa yang dimaksudkan. Tapi yang penting pendekatan dan bahasa yang digunakan amat memalukan.
      says.com


  • 4. Milo + Air Zam Zam

    • Seperti kita tahu, air zam zam memang banyak khasiatnya. Ia merupakan air dari telaga yang terletak di kawasan Masjidil Haram, sebelah tenggara Kabah, berkedalaman 42 meter. Disebabkan air ini hanya boleh diperolehi di tanah suci Mekah, jadi untuk menarik pembeli, satu gerai yang menjual air milo telah menjual air minuman tersebut yang dicampurkan bersama air zam-zam. Gambar ini telah tersebar luas di laman sosial sejak tahun lepas lagi.
      says.com


  • 5. Baju Melayu Sunnah

    • Bukan saja 'Sapuan Sunnah', Baju Melayu pun ada yang dijual dalam versi sunnah. Berdasarkan gambar di atas, katanya tukang jahit pernah bermimpi berjumpa nabi. Jadi agaknya setelah bermimpi, tukang jahit terus mendapat ilham menghasilkan Baju Melayu ini.

      Hmm... tapi musykil juga bagaimana pula ia boleh dipanggil sunnah? Mungkin ada yang kurang jelas, sunnah dalam Islam bermaksud sikap, tindakan, ucapan dan cara Rasulullah SAW menjalani kehidupan sehariannya. Contohnya, memakan kurma sewaktu bersahur dan berbuka di bulan Ramadan. Jadi bagaimana pula Baju Melayu ini boleh dilabelkan sebagai sesuatu yang 'sunnah'?
      says.com


  • 6. Telur Halal
      • [color=rgba(255, 255, 255, 0.8)]Image via SAYS


    • Yang ini pula telur yang dijual dengan cop 'Halal'. Pening kepala pun ada tatkala membaca penerangan dan info mengenai telur ini. Katanya ayam-ayam yang menghasilkan telur ini telah diperhatikan pergaulannya agar tidak terlibat dengan pergaulan dan seks bebas.

      "Kami menjamin setiap penjantan hanya boleh membuahi 4 indukan sesuai syari'ah."

      Hmmm sungguh musykil bagaimana pula telur ini diklasifikasikan sebagai halal. Jadi, ayam kampung kat kampung kita tu boleh makan ke tidak?
      says.com


  • 7. Ayam terapi Al-Quran

    • Bukan sekadar telur, ayam juga kini dijual setelah diterapikan dengan ayat suci Al-Quran. Katanya, ayam-ayam dibela dalam gelombang Al-Quran. Wow agak rare dan power, tapi bagaimana mereka lakukannya?

      Ayam ini juga dikatakan boleh membuat minda kita jadi lebih tajam kalau kita makan. Bukan itu sahaja, kesihatan kita pun akan bertambah baik dengan memakan ayam-ayam terapi ini.

      Menurut sumber, selepas semua ayam ini siap disembelih dan dibersihkan, peniaga akan simpan dalam bilik sejuk beku dan ketika itu, ayam berkenaan akan melalui proses terapi dengan alunan bacaan ayat Al-Quran dan Ruqyah.

      Berbeza dengan harga ayam biasa, ayam-ayam yang digelombangkan dengan bacaan Al-Quran ini dijual pada harga RM14 sekilo. Dua kali ganda daripada harga ayam biasa.
      says.com


  • 8. Air terapi gelombang azan

    • Kalau ayam pun dah digelombangkan dengan Azan, tak kan air pun kita tak nak gelombangkan? Katanya air ini sangat bagus diminum dan diedarkan oleh Furqan Network Marketing.

      Cuma kami tertanya-tanya bagaimana air ni dibuat ?

      Di azan kan setiap botol?
      Di azan kan dalam tangki air?
      Di azan kan dalam kolah air?
      Di azan kan dalam kolam?
      Di azan kan di sungai?

      Kalau begitu, bagaimana pula dengan air kolam masjid yang hari-hari terima gelombang azan? Itu belum lagi dengan gelombang surah Al-fatihah yang imam bacakan setiap kali solat. Mesti lebih mahal kan?
      says.com


  • 9. Air terapi Al-Khodafi
      • [color=rgba(255, 255, 255, 0.8)]Image via SAYS


    • Jika anda fikir air terapi azan tak cukup bagus, anda boleh dapatkan air Al-Khodafi ini. Katanya air ini boleh merawat saka, sihir, santau dan gangguan mental kerana keistimewaannya. Air ini dirawat dengan kaedah Nano Hydronium serta mengandungi pelbagai bahan baik seperti sarang anai-anai (yang sudah makan 22 juzuk ayat Al-Quran) dan air hujan malam Jumaat 10 Muharam. WOW!

      Yang kami pelik, kalau malam Jumaat 10 Muharam tu tak hujan, macam mana pulak diorang nak dapatkan?
      says.com


  • Serius geleng kepala dan layak diberi facepalm. Isu ini turut dikemukakan olehseorang pengguna Facebook, Auni Ameera dalam satu post yang dimuat naiknya minggu lalu.

    • Dalam post tersebut, beliau berkata ramai Melayu muslim kini menunggang agama tanpa rasa bersalah. Baca di bawah:
      says.com

    • Untung lah orang Melayu,
      Boleh tunggang Agama macam Tunggang Bini Kau..

      Lepas dapat tittle 'Imam Muda', 'Dai'3', 'PU' boleh la jadi duta products and then jual barang, sambil jual barang selit Agama untuk Mindfuck costumer... Kalau yang nama top tu tak payah jual barang, satu kali ceramah boleh dapat sampai ribuan ringgit, Masjid terpaksa pecah duit tabung untuk jemput Ustaz sampul. (Kalau tak dapat jadi duta jadi Ustaz sampul pun jadilah).
      Bila barat buat cerita Noah atau Jesus anda meroyan cakap cerita tu boleh merosakkan Aqidah, Tapi Melayu sendiri pun pergi rosakkan Aqidah orang dengan letak Agamawan program reality TV sebagai Icon.

      Lepas jual agama buat pulak product versi agama dan jual nama Allah.. Lepas guna nama Nabi dan Allah mereka pergi SPIN Quran dan claim ayat 'this and that' ada fadilat tertentu.. Orang Kita makin lama makin Keji dalam beragama, JAKIM macam tak tau nak buat apa, Duduk dalam Office keluar statement macam tak ada fungsi.
      facebook.com

    • Orang jual Agama:
      Islamic Authority tak tau nak buat apa.

      Ustaz menipu atas nama Nabi:
      Islamic Authority tak tau nak buat apa.

      Ustaz tunggang Agama untuk Profits:
      Islamic Authority tak tau nak buat apa.

      Agamawan keluar statement Bodoh dan Memalukan Agama:
      Islamic Authority tak tau nak buat apa.

      Agamawan mencaci-maki dalam Masjid:
      Islamic Authority tak tau nak buat apa.

      Wanita tak tutup aurat:
      Islamic Authority meroyan bab dosa takut ummah Rosak dan Aqidah jadi sesat, Sibuk nak tangkap orang buat maksiat n nak skodeng remaja berjimak. Si Pencabul, Perosak dan Si Penjual agama bebas berleluasa .




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2017 10:19 AM | Show all posts
ni apa lancau bukak thread tarak sumber ni??

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg percaya dan membeli produk ni sejuta kali lebihbodoh dari lembu:zz
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:21 AM | Show all posts
tak tau nak nangis ke nak gelak  
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:22 AM | Show all posts
ni apa sial punya thread main cilok posting orang kat fb ni??

@spiderman80 kasi RA30 la

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:30 AM | Show all posts
valet doa tu dah boleh hapuskan, mana-mana pon kalau ikhlas berdoa akan dimakbulkan. baik kumpul duit g je sendri tertunai jugak rukun islam yang ke 5
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2017 10:32 AM | Show all posts
sempena liidulfitr yang bakal menjelma
akak bercadang utk mencari baju melayu dan baju kurung Syiah.
baru ada kelainan

being different matters
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:32 AM | Show all posts
iman ummah lebih kuat mungkin bila pakai barang2 sebegini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2017 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
nononcrux replied at 21-2-2017 10:30 AM
valet doa tu dah boleh hapuskan, mana-mana pon kalau ikhlas berdoa akan dimakbulkan. baik kumpul dui ...

bongoknya yg percaya valet doa ni. kita doa sajalah lepas semayang direct terus dgn Allah. ini dahlah tak menjalankan hidup sbg org islam tp nak valet doa minta mcm2. hapraknya manusia begini
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:36 AM | Show all posts
produk boleh halau hantu setan. murah saja siap free gift. buy one free one. mari hapuskan setan dgn produk terhebat zaman ini. 100% asli


Lourdes Round Color Holy Water Vial.




[size=13.3333px]Lourdes water vial in a color glass bottle depicting a picture of St Bernadette kneeling to the Virgin Mary.
[size=13.3333px]This bottle measures 9cm tall (3.5 inches) and holds 45ml (1.5 US fl oz) approx.
[size=13.3333px]You can be assured this genuine Lourdes water is authentic from Lourdes.

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:51 AM | Show all posts
anak murid azizan phd ke ni semua?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:52 AM | Show all posts
Wanita tak tutup aurat:
Islamic Authority meroyan bab dosa takut ummah Rosak dan Aqidah jadi sesat, Sibuk nak tangkap orang buat maksiat n nak skodeng remaja berjimak. Si Pencabul, Perosak dan Si Penjual agama bebas berleluasa .


dia igt jakim ada kuasa taraf polis ka nk buat semua ni? nk banteras valet doa bagai?  nk tngkap cmtu.
belum lagi sebut ajaran sesat bagai, igt dorg tk buat keje ka?


bahlul punye orang..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:53 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 21-2-2017 02:32 AM
sempena liidulfitr yang bakal menjelma
akak bercadang utk mencari baju melayu dan baju kurung Syiah ...

saya pule nak bukak gerai di bazar menjual makanan2 yg selalu dimakan oleh2 org yahudi,
cmfrm meletop2..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 11:51 AM | Show all posts
Nak meniaga sangat tapi duk main dengan agama
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 12:45 PM | Show all posts
sangat mengarut..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 12:58 PM | Show all posts
terbaca ni semalam kat The sun

SINCE it is a Monday, I have decided I would take the day off writing about current issues. This week's piece is a satire with fictional characters.

Tan Sri and Puan Sri are sitting in their teak wood themed living room, enjoying their morning coffee. Tan Sri is in a glum mood and he has been like that for the past two weeks. His coffee grows cold, while he stares out at his fake grass garden which doubles as a putting green.

His foul mood started when he was barred from flying to London to celebrate his birthday, all because he didn't pay his income tax. And thus, the couple had to downgrade his celebration to the Kuala Lumpur Ritz Carlton – like mere common people.

Instead of asking his accountant what was wrong, Tan Sri had instead decided to ask for guidance from a higher power – God.

Thus, he had hired a valet to say a prayer for him in the Holy City, in hopes that God would be able to alleviate his problem. Yet, after two weeks, there has been no word from the valet, nor have his prayers been answered.

Now, he was considering if he should ask for a refund.

Puan Sri was also getting worried. After a week of her husband not getting any word from his "prayer valet", she had hired another valet to say a prayer at the Holy City as well – asking for guidance on how to assist Tan Sri and shake him out from his glum mood.

And she has yet to hear any word about her prayers either.

Puan Sri shakes off the distraction and looks at her phone, noticing an alert had gone off – they are due at the airport in two hours for a lesson on reading scriptures.

She reminds Tan Sri of the appointment, and he downs his coffee before heading up to get ready.

He hopes that guidance will appear soon enough during the RM33,000 per hour per pax scripture reading session on a private jet. The use of the jet was to remove all distractions in an effort to get closer to God.

Puan Sri is excited at the prospect of such an innovative idea on learning to read scripture away from the masses and up in the sky.

She would have to ask her friend Nancy if this is what she meant by joining the "Mile High Club" in her 20s as an air stewardess – albeit a religious compliant certified one.

Meanwhile, their son has just finished working out at the gym and returns to see them off, while also browsing Facebook.

He notices a video by the religious department which throws more light on the internal struggle of an aspirant, and recommends sublimating his desires by taking up a pastime like horse riding.

And what a coincidence, he had always wanted to be an equestrian.

He decides to try it out, heeding the department's advice to get married, but where could he get to know compatible women quickly?

He finds a service called "Certified Speed Dating" hosting a session at a cafe in Setapak.

Taking a shower and dressing up, he decides to hire a ride sharing service to the cafe. What a stroke of luck, a luxury car turns up.

The prodigal son sits in the comfortable car, while the driver lectures him on the need to pass a religious bill regardless of corruption in the government.

Upon reaching the location, and registering to take part in what comes next, he notices the cafe seems to be having issues serving the needs of its clients.

He reads some online reviews from users claiming "the cafe doesn't live up to its name" and one manager apologising for the "staff shortages" due to immigration rules and enforcement.

However, this does not stop him from taking part in the speed dating session, and finding a woman he is interested in – one who wears a shawl and dreams of marrying a pilot.

All in a week for a wealthy Malaysian family.


citer pasal tansri dgn puan sri tu hakak boleh relates dgn  so called produk/servis sunnah tapi yg citer anak die tu hakak tak dpt kaitkan dgn which so called produk/servis sunnah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2017 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Haiiiishhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2017 01:08 PM | Show all posts
JAKIM bab salib, patung besar gedebak, babi, makanan yang dinamakan DOG sahaja akan spt cacing kepanasan dan meroyan.....bila hal mcm ni dah takde kuasa...ISTILAH SPT BIARLAH  ORG ISLAM SENDIRI MENGHANCURKAN ISLAM ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Telur halal tu cam comel je
Bini x lebih dr 4
Agak2 camne diorg nikahkan ayam tu
Ada tok kadi, saksi, kne ada penterjemah bahasa ayam
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade yg jual syampu penghalau saka tu lgla haru. Habih satu kampung sedara mara berduyun2 beli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.054884 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list