CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 27788|Reply: 62

Untold history - Misteri tasik kenyir yang ramai belum tahu

[Copy link]
Post time 14-2-2017 10:09 AM | Show all posts |Read mode




Lama sebelum ditenggelami air, dasar Tasik Kenyir yang suatu ketika dahulu subur dan permai pernah menjadi sebahagian daripada kawasan penempatan penduduk terawal di Hulu Terengganu.


Walaupun tidak lagi menjadi sebutan, nama-nama kampung seperti Melor, Keliok, Berching, Petang, Mentong, Melaka, Kuala Terenggan, Kerbak dan Belimbing pasti akan kedengaran apabila ada yang menjejak sejarah empangan hidroelektrik itu. Namun kini cerita masyarakat yang dahulu berkampung jauh di hulu Sungai Terengganu itu bukan sesuatu yang diketahui umum. Kebanyakan kisah-kisah lisan yang turun dari generasi ke generasi itu semakin dilupakan.


Bertempat di Kampung Dura, Kuala Berang nama Abbas Othman cukup dikenali sebagai bekas penduduk yang pernah mendiami perkampungan di dasar Tasik Kenyir sebelum ditenggelami air pada 1984. Pada usia 77 tahun, Abbas boleh dikatakan antara generasi terakhir ‘penghuni dasar tasik’ yang sanggup berkongsi kisah hidup di kampung asalnya iaitu Kampung Kuala Terengganu.


Ketika berkongsi memori zaman kanak-kanaknya, Abbas mengakui kehidupan kampung kira-kira 60 tahun lalu itu jauh berbeza dengan kehidupan sekarang. Katanya, kehidupan di kampung itu boleh diibaratkan berada di dalam dunia yang tersendiri. Abbas berkata, kedudukan kampung yang terpisah jauh dengan penempatan lain menyebabkan penduduk bergantung penuh pada sumber alam sehinggakan wang ringgit tidak mempunyai sebarang nilai.


“Semasa kecil saya tak pernah tengok duit kerana orang kampung tak guna duit untuk beli barang.

“Nak beras tanam padi, nak ikan ambil di sungai,” katanya.


Menurut Abbas, wang hanya akan dikeluarkan dari guri (sejenis tempayan kecil) beberapa kali setahun ketika ada penduduk mahu mudik ke Kuala Terengganu untuk membeli garam dan pakaian. Tambahnya, perjalanan menaiki rakit buluh ke Kuala Terengganu kira-kira 50 kilometer dari kampungnya ketika itu memakan masa empat hingga lima hari.


“Perjalanan menggunakan rakit buluh sangat mencabar kerana penduduk terpaksa mengharungi sungai yang berarus deras dan berbatu.


“Biasanya satu rakit memuatkan tiga hingga empat orang. Mereka akan kayuh secara bergilir-gilir. Ada masanya rakit pecah dipukul arus,” ujarnya.


Menurut Abbas, kehidupan di tengah belantara yang dilalui oleh penduduk di situ mula mendapat perhatian kerajaan sekitar 1950-an sehingga menyarankan penduduk supaya berpindah. Katanya, kerajaan menjanjikan pampasan tanah seluas empat hektar kepada yang berpindah ke Kuala Berang.


“Perpindahan pertama bermula pada 1950 selepas penduduk merasakan kehidupan di dalam hutan itu diselubungi kemiskinan.

“Mereka pindah secara berperingkat kerana ada yang tidak mahu berpindah sebab sayangkan tanah kebun dan sawah yang luas,” ujarnya.


Menurut Abbas, beliau dan keluarganya berpindah sebanyak tiga kali iaitu dari Kampung Kuala Terenggan ke Kampung Petang dan ke Kampung Berching sebelum menetap sepenuhnya di Kampung Dura sejak 1959. Tambah beliau, tempoh perpindahan penduduk dari ‘dasar’ Tasik Kenyir itu dilakukan kira-kira 20 tahun sebelum pembinaan empangan Stesen Hidro Elektrik Sultan Mahmud di Kampung Jenagor, Kuala Berang.


“Seingat saya, ada lebih kurang 80 keluarga yang terlibat dalam perpindahan peringkat pertama,” katanya.
Selain penduduk dari Kampung Petang dan Berching, Kampung Dura kini turut dikongsi penduduk dari Kampung Kelitok dan Berching.


Pada masa sekarang, bekas kampung yang bertukar menjadi tasik itu masih boleh dilihat berpandukan beberapa batang sungai yang masih mengekalkan nama asalnya,



Lagenda lain




Cerita lain yang menarik berkaitan Tasik Kenyir adalah kisah pemburuan ikan gergasi Arapaima Gigas. Diceritakan bahawa ikan Arapaima Gigas adalah kisah ikan gergasi yang dibawa masuk ke Malaysia pada zaman 1980an yang kemudiannya dibuang ke Tasik Kenyir. Kenapa buang? Sebab ikan ni membesar dengan memakan modal yang besar. Saiz ikan dewasa melebihi 2 meter, akuarium biasa tak mampu untuk menampung saiz ikan yang membesar seperti tiada had ini.


Selain memerlukan ruang yang besar, kos makanan yang besar juga menjadikan ia tidak berbaloi untuk dibela secara peribadi (melainkan jika anda ada kedai ikan untuk dijadikan tarikan pelanggan datang kedai). Akhirnya nak jimat kos, Tasik Kenyir telah tempat paling sesuai untuk dilepaskan. Apa kesannya? Ikan gergasi ni menjadi pemangsa nombor satu di Tasik Kenyir.


Ini tidak bagus untuk sebuah santuari ikan. Akhirnya mantan Menteri Besar Terengganu telah offer RM10,000 untuk sesiapa yang menangkap ikan arapaima ni hidup-hidup




Sumber rujukan 1Utusan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 10:34 AM | Show all posts
owh ye ape jd ek ngn ikan arapaima tu.. dh ditangkap blm?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa cerita misterinya
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke ada naga
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai ajak pergi memancing kat sini tp saya takut nk pergi
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 12:16 PM | Show all posts
tu jer misteri nak citer? hurmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2017 12:20 PM | Show all posts
scary ja tengok air yang tenang kat tasik tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 12:54 PM | Show all posts
yg jadi misterinyer..pusat bebas cukai tasik kenyor tu dah siap ker belum?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 01:42 PM | Show all posts
siang nmpk lawa..mlm mcm scary sikit
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
xnampak misteri pong.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahu rupanya perkampungan ke dasar tasik kenyir ni dulu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 12:48 PM | Show all posts
pernah stay atas house boat selama 3 malam, ikut geng memancing. memang sunyi. dengar bunyi hidupan hutan jer...pagi2 aman damai, seronok. ikan pun banyak. tak sangka, nama Terenggan tu adelah nama kampung dulu2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 12:58 PM | Show all posts
bibirmerah replied at 14-2-2017 11:12 AM
Ramai ajak pergi memancing kat sini tp saya takut nk pergi

ramai kene kacau dgn cik Lang
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 01:01 PM | Show all posts
doubleA replied at 14-2-2017 11:47 PM
Baru tahu rupanya perkampungan ke dasar tasik kenyir ni dulu

empangan buatan kan..siap ade jumpe rangka n alat2 org mesolitik ke paleolitik ntah..aku pegi ms dia buat pembukaan dlm 30 thn lps
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 01:49 PM | Show all posts
watachiwa replied at 15-2-2017 01:01 PM
empangan buatan kan..siap ade jumpe rangka n alat2 org mesolitik ke paleolitik ntah..aku pegi ms d ...

aah tasik kenyir tasik buatan. ingatkan memang kawasan tu takda apa2 rupanya perkampungan dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 01:52 PM | Show all posts
doubleA replied at 15-2-2017 01:49 PM
aah tasik kenyir tasik buatan. ingatkan memang kawasan tu takda apa2 rupanya perkampungan dulu.

kampung yg mcm ke dalam la..sbb dia kawasan hutan ekceli sblm ni kalo x silap..
sbb tu kalo tgk tasik kenyir tu nampak pokok2 kuar dr tasik kan..dulu2 aktif pembalakan kat situ..

kalo perasan scene m nasir lawan si Adlin Aman Ramli dlm PGL
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2017 02:33 PM | Show all posts
Besar mana agaknya ikan tu sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh asal tasik kenyir ni sebuah kampung??
Interesting. Mungkin terengganu asal dari kampung Terenggan ni.

Ingatkan tasik chini je ada lagenda naga ni..

Kat tasik kenyir ni banyak ikan kelah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 03:00 PM | Show all posts
mana misterinyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 03:50 PM | Show all posts
watachiwa replied at 15-2-2017 01:52 PM
kampung yg mcm ke dalam la..sbb dia kawasan hutan ekceli sblm ni kalo x silap..
sbb tu kalo tgk t ...

macam ni ada ranting/dahan pokok jela yg terkeluar


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.058117 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list