Jianxi: Seorang kanak-kanak mati dilanggar sebuah bas mini ketika mencangkung di tepi jalan raya untuk membuang air kecil.
Video pengawasan menunjukkan kejadian di Ningdu, daerah di wilayah Jianxi itu tular di Internet di China.
Seorang kanak-kanak yang dikatakan berusia enam tahun dilihat menarik seluarnya sebelum mencangkung untuk membuang air kecil di tepi jalan.
Kira-kira 10 saat kemudian, sebuah bas mini melanggarnya.
Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi tidak dapat diselamatkan kerana kecederaan yang dialaminya terlalu parah.
Pemandu bas berkenaan ditahan polis untuk disoal siasat.
Bagaimanapun, kebanyakan netizen di China menyalahkan ibu bapa kanak-kanak itu, tidak pemandu terbabit.
“Saya bersimpati dengan pemandu itu. Yang salah ialah perbuatan membuang air kecil di tepi jalan. Ibu bapanya yang perlu bertanggungjawab,” tulis seorang netizen.
Post time 6-2-2017 04:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ya Allah terangkat tayar bas masa langgar.. mak bapak kenapa x pegang tngan anak tu..smpai anak ke tgh jln sorang2 sbb nk kncing..yg driver pun kenapa x brhentikan bas utk elak lnggar budak tu..murung aku baca cerita2 mcm ni..
haaaaaaaaa bangsa Tongsan ni...berak la lagi merata rata...padan dengan muka
harap kat Malaysia ni nampak je bangsa Tongsan berak merata klu xlanggar dengan kereta.... ko langgar je dengan basikal.