Assalam forumer sekalian.. Masalah ni dah 3-4 tahun berlarutan. Start nya dari dia mula boleh mengenal makhluk2 pelik ni sehingga la sekarang. Tahun ni umur anak lelaki saya tu 9 tahun. Dia mula2 bercerita bab penampakan ni ketika dia berumur dlm lingkungan 5 tahun. Scenario dari yang mula2 berlaku : 1. Ketika tu kami balik kampong. Dalam pukul 8 gitu dia tiba2 berdiri dalam keadaan static dan pucat. Asal kejadiannya, dia cuba untuk tegakkan balik penyapu yang jatuh disebelah pintu dapur. Aku masa tu minta mak aku bacakan selawat sambil raup wajah dia (ketika tu mak aku yang paling hampir dengan dia). Selepas kejadian tu dalam beberapa bulan selepas tu dia beritahu aku, “mama, farhan terkejut waktu balik kampong hari tu tengok tangan kedut2 tu masuk bawah pintu dan jatuhkan penyapu uwan”… aku shocked sambil WTF ?? Aku tanya dia macammana rupa tangan tu.. dia siap describe beritahu aku yang tangan tu kurus, warna hijau dan berurat2,kuku dia tajam dan panjang.. 2. Selepas kejadian tu ada beberapa kali dia kata dalam bilik dia ada kakak… OMG… serammmm nye aku… 3. Dan dia beritahu kat dlm stor aku ada monyet… again… mak seremmmm nak oiii.. 4. Paling kerap sekarang ni situasi tu berlaku ketika sekarang ni.. - Dia transit balik sekolah dan lepak rumah nenek dia sebelum aku balik keja dan jemput dia balik.. dia bagitau bawah tangga rumah nenek dia kat dapur tu ada monyet besar warna hitam melompat keluar sewaktu dia keluar dari bilik air.. dia cakap dia benci sebab benda tu buat dia terkejut.. - Monyet besar tu duduk tegak kat ruang tamu atas kerusi urut nenek dia sambil memandang ke atas.. 5. Dan yang paling aku tak suka, sekarang ni dia asyik nampak menda alah tu kat rumah aku pulak.. - Sewaktu dia kat dapur dan nak ke ruang tamu, dia kena melintas bilik aku dulu…. Dia kata dia nampak 2 ekor makhluk tu menyorok balik pintu (macam kita menjengah nak tengok orang dan cepat2 tarik kepala supaya orang tak perasan kita ada kat belakang pintu tu). Dia marah sebab terkejut.. - Balik dari sekolah, dia nampak menda alah tu duduk atas sofa aku sambil duduk tegak memandang ke dia.. again, dia marah sebab dia geram menda tu buat dia terkejut - Balik dari kampong, dia yang mula2 sekali masuk rumah dan again, dia nampak makhluk tu kat meja makan aku berdiri tegak dan seekor lagi dalam bilik baju dan bila dia laung Allahuakbar 2 ekor tu terus hilang - Dan yang terbaru waktu nak tidor malam tadi, dia kata kat aku menda tu sebelah dia.. paras kepala sahaja tepi dia. Dia kata dia takut sebab dekat sangat.. aku again macam nak lari pun ada.. seremmm betul.. aku rasa kepala aku kembang mcm belon dah… tp sebab kesian dan nak calm kan dia aku ajak dia baca ayat kursi sama2.. 3 qul dan yakinkan dia bahawa benda tu Cuma jahat dan nak takut2kan dia ajer… lepas tu dia kata menda tu jauh sikit dah tapi yang ni dia describe baju menatang tu mcm baju kelawar tu berkepak dan terapung aje.. - Adoi aku ni dah jadi serem bila tinggal sensorang kat rumah.. tak pasal2 aku rasa mcm menda tu ada ajer surrounding aku.. Kepada yang boleh tolong tengok2kan anak aku ni PM aku please…….. atau kepada sesiapa yang boleh referkn aku kat mana2 ustaz sekitar kl ni @ cheras ni tolong ye.. Tk semua.. |