Foto: www.timefornaturalhealthcare.com
Minum segelas air sejuk selepas bangun pagi sebelum mencuci mulut. Pasti ramai yang sudah dengar tentang petua ini bukan?
Namun kebanyakan dari kita hanya mengamalkannya melulu tanpa mengetahui khasiat yang sebenarnya dari sudut kajian sains.
Jadi bagi memahaminya, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Azman Ismail ada penjelasannya.
Menurut beliau, badan kita mempunyai suatu molekul yang tersangat penting untuk kesihatan, iaitu Nitric Oxide ( NO ) yang bertindak mengawal tekanan darah, sebagai 'neurotransmitter', anti-penuaan, antioksidan, antiradang dan banyak lagi peranan pentingnya.
Bakteria tertentu di dalam rongga mulut dan hidung kita menghasilkan NO secara semulajadi, terutamanya ketika kita tidur dan NO yang terhasil tadi akan terkumpul di dalam air liur.
Foto: thedailymeal.com
Maka apabila bangun dari tidur dan minum air sejuk, NO di dalam air liur akan dibawa ke dalam perut kosong dan diserap ke dalam peredaran darah.
Buat pengetahuan, NO adalah sangat penting untuk kesihatan jantung manusia dan adalah kurang bijak sekiranya kita mengamalkan berkumur dengan segala bentuk ubat pencuci mulut semata-mata untuk menghilangkan bau mulut.
Ubat pencuci mulut hanya akan menghapuskan bakteria pembuat NO di dalam rongga mulut. Jadi bagi mereka yang tiada masalah penyakit mulut, jangan sesekali kumur menggunakan ubat pencuci mulut okay? -CARI
Foto: www.pagalparrot.com
|