CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1660|Reply: 9

'Menyesal guna produk ini' - Kulit muka bersisik selepas guna produk kecantikan

[Copy link]
Post time 12-1-2017 11:44 AM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR - Banyak produk kosmetik dijual di media sosial dengan pelbagai tuntutan bahawa produk merekalah yang terbaik. Namun, perlu diingatkan bahawa bukan semua produk itu mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi sebagai pengguna, anda perlu bijak membuat semakan agar tidak menjadi mangsa bahan-bahan kimia terlarang.



Terbaru, seorang wanita berusia 20'an terpaksa menanggung derita selama dua minggu apabila produk kecantikan yang digunanya telah menyebabkan kulit mukanya bersisik.

Produk apakah itu?


"Seperti mana yang anda semua tahu, sudah dua minggu lebih saya menghadapi semua ini. Mujur sudah semakin pulih dan ini adalah wajah saya selepas menggunakan produk tersebut. Nampak seperti sisik ular kan?



"Ini pengajaran untuk saya sendiri agar lebih berhati-hati memilih menggunakan produk kecantikan di masa akan datang," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2017 12:45 PM | Show all posts
Sekadar bagi statement cam ni cam kurang berkesan untuk nasihatkan dan bantu orang lain lebih baik lagi kalau dia dedahkan jenama product yang merosakan mukanya tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kimak sangat taknak reveal nama product. Baik ko simpan ja muka sisik ikan ko tu dik non.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Produk ape tu? Dulu p farmasi sebab masalah breakout. Tak teruk sgt tapi rimaslah sebab jarang berjerawat. Dorang cadangkn product buatan m'sia c*******m. Tapi alergik teruk pulak jadinya haishhh sampai muka bengkak mcm alien lg....tak sangka.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 02:08 PM | Show all posts
Salah satu sebab aku x berkenan dengan produk2 kosmetik yang berlambak di jual secara online oleh peniaga2 Malaysia adalah tiada jaminan dan warranty.

Kalau kes seperti adik ni, confirm pengeluarnya tidak mahu bertanggungjawap.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 03:45 PM | Show all posts
Simpati dengan mangsa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2017 03:55 PM | Show all posts
buapakperut replied at 12-1-2017 02:01 PM
Produk ape tu? Dulu p farmasi sebab masalah breakout. Tak teruk sgt tapi rimaslah sebab jarang berje ...

Cosmoderm ka sis? Nmpk ok je tgk produk tu..xda la nmok repacking sgt
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi aku jalan2 dlm aeon. Pastu ade promo cream kulit jenama terbaru. Budak tu datang kat aku terus nak sental cream tu kat tangan. Aku cakap, kalau ape2 terjadi kat kulit aku, aku saman. Aku nak ambil video mase dia nak sapu tu. Pastu terus dia takut2 dan x yakin. Sale girl tu pun x yakin dgn barang yg dijual.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2017 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 12-1-2017 06:54 PM
Tadi aku jalan2 dlm aeon. Pastu ade promo cream kulit jenama terbaru. Budak tu datang kat aku terus  ...

aala, da bgga la tu mrah org cmtu skli?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
lil_sparky replied at 12-1-2017 07:55 AM
Cosmoderm ka sis? Nmpk ok je tgk produk tu..xda la nmok repacking sgt

Dia bukan repacking. Hatta dokter pn sarankan tapi kulit tak ngam kot. Calit sikit menjelma jadi alien. Kelopak mata jadi karipap. Nasib bdn sensiitif sgt.org lain ok kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.053355 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list