Bangga rasanya meluncur di jalan raya menggunakan sebuah kenderaan yang hebat dan berkuasa.
Hasil kerja keras dan usaha yang tidak berbelah bagi, tidak mustahil bagi sesiapa pun untuk memiliki kenderaan yang diimpikan.
Namun, apalah maknanya harta dunia kalau tidak digunakan untuk berbuat kebaikan dan berbakti kepada masyarakat.
Inilah mesej yang cuba disampaikan dalam satu video yang bertajuk #AyahMacho, mengisahkan tentang seorang bapa dan anaknya berdepan dengan suatu kejadian tanah runtuh.
Mereka telah menjadi penyelamat dengan mengangkut sukarelawan dan alat-alat bantuan ke lokasi kejadian menggunakan kenderaan pacuan empat roda baru miliknya.
Walapun perjalanan yang dilalui berliku dan penuh dengan halangan disebabkan keadaan tanah yang licin serta berbahaya, namun semua itu tidak menjadi masalah kerana sifat ingin membantu begitu menebal dalam diri mereka.
Apa yang memberikan inspirasi adalah sesuatu yang telah berlaku, bukan sahaja mengejutkan diri anaknya malahan orang lain yang turut berada di tempat kejadian.
Tonton bagaimana kisah En. Ramli, seorang petani bersama kenderaan adiwiranya Hilux 2.4G dalam video di bawah.