CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2448|Reply: 11

Ekonomi Dan Bisnes Malaysia Makin Merudum, Salah Siapa Semua Ini?

[Copy link]
Post time 11-10-2016 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Kredit Foto: FB Aliff Syukri Terlajak Laris


Ekonomi negara dilihat semakin meruncing dari sehari ke sehari dan antara yang meluahkan rasa bimbangnya secara terbuka ialah Pengasas D'Herbs Healthy Sdn. Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.


Peningkatan kos sara hidup menyebabkan semua perniagaan susut dari segi hasil jualan dan beliau yang selama ini menjalankan perniagaan dalam bidang kecantikan serta kosmetik adalah antara individu yang amat terkesan dengan keadaan ini.


Petikan dari statusnya di Facebook menyatakan, “Ini menyebabkan syarikat saya terpaksa berhijrah ke Thailand dan paling mengecewakan nilai mata wang Thailand jauh lebih tinggi dan gaji mereka jauh lebih tinggi."


Kredit Foto: FB Aliff Syukri Terlajak Laris





Apa yang lebih menakutkan ialah pengalamannya ketika melawat ke Australia untuk tujuan bisnes, di mana beliau mendapati anak-anak Melayu yang berkerja di sana dipandang rendah oleh orang Australia.


"Sehinggakan bila saya memaklumkan saya dari Malaysia, mereka memanggil saya dengan sinis 'Yaa Ohh are you farmer boy', sekaligus memburukkan nama Malaysia. Mengapa mereka berhijrah menjadi buruh kasar?"


Banyak netizen yang meluahkan pendapat masing-masing dan banyak antaranya mencetuskan perdebatan dan kontroversi.
Kredit Foto: FB Aliff Syukri Terlajak Laris





Orang yang berpangkat tinggi dan boleh dikira sebagai salah seorang terkaya di Malaysia turut merasai kesusahan ini, apatah lagi kita ini seorang rakyat marhaen sahaja. Sebab apa semua ini terjadi? Salah siapa? Semoga satu hari nanti akan ada jalan penyelesaiannya. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2016 10:18 AM | Show all posts
lagi nak tanya salah siapa? anwar brahim la.hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya - hakak terlajak laris tak perlu gigih tunjuk pandai - heshe patut g masuk kelas balajar yinglish - heols tak skolah tinggi patut  to things heshe knows sajorr
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
a) mahathir
b) cina dapig
c) cina
d) syiah
e) yahudi
f) kristian
g) isis

sila pilih jawapan yang dirasakan betul
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 12:18 PM | Show all posts
concern aku:
1. bila masa pulak dia dikira salah seorang terkaya di Malaysia? senarai 100  atau senarai dikalangan pengusaha perniagaan kosmetik?
2. apa dosa jadi farmer? apa salah jadi buruh kasar kat oversea? ada aje buruh kasar warga malaysia bekerja di Singapura tu, ok aje? apa salahnya kaalu tu rezeki halal.
3. Perniagaan diasusut tak semestinya pasal tu aje, saingan pun diamik kira, keberkesanan produk pun org titik beratkan. lagipun industri kecantikan dan kosmetik bukanlah keperluan, jadi takde pun manusia masih boleh hidup asalkan ada barang2 makanan. mungkin dia patut mula menanam sayur dan bela daging semua.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 02:18 PM | Show all posts
bnyk kilang2 pindah p thailand.. company yg cari makan ngan kilang2 amat terasa kesannye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2016 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
tipuware replied at 11-10-2016 12:18 PM
concern aku:
1. bila masa pulak dia dikira salah seorang terkaya di Malaysia? senarai 100  atau sen ...

betul tu, berniaga ni ada naik turun. nak takut apa, rezeki ALLAH S.W.T yg bagi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tipuware replied at 11-10-2016 04:18 AM
concern aku:
1. bila masa pulak dia dikira salah seorang terkaya di Malaysia? senarai 100  atau sen ...

yang sebenarnya orang malaysia sekarang dah tak pedulik brand apa. jenama apa. janji murah. boleh pakai atau tidak kemudian cerita. yang aku tau dherbs ni barang dia agak mahal. dalam ketagori premium.


plot twist: datuk terlajak laris patut salahkan azizan osman pasal mamat tu ajar teknik markeketing   rata rata yg bgi kurus azizan ni ending mesti jual kosmetik takpun tudung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2016 11:57 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp mmg betul ape Aliff ni cakap, aq g Australia tga empat ari lepas... mmg diorg x friendly tmbah2 lg klu kite ckp kite Malaysian. Mcm mana kite tgk Bangla kat sini, camtu diorg anggap Malaysian kat  sana. Hadap sgt nak petik buah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Apsal sume orang assume aussie pandang rendah dekat malaysia? Terang2 dia cakap astria, sebuah negara di planet Uranus.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakah DTL akan menurunkan harga produk2nya sebagai salah satu usaha untuk membantu mengurangkan beban hidup rakyat marhaen?? Atau dia akan sekadar merentan sahaja...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.341785 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list