Wanita sememangnya unik dan kadang-kala sukar untuk difahami. Ada yang sopan, peramah, cantik, perasan cantik, pemalu, tak tahu malu, cepat melenting, gedik dan macam-macam lagi.
Tapi tahukah anda? Penulis ada terbaca sesuatu info menarik yang dikongsikan disebuah blog tetapi tidak dapat dipastikan pula dari manakah sumber asalnya. Rupa-rupanya disebalik perwatakan pun kita boleh mengenal dari manakah asalnya seseorang wanita itu. Wow hebat bunyinya kan!
Berikut adalah perwatakan gadis mengikut negeri-negeri di Malaysia yang mungkin ada betulnya atau mungkin juga tidak betul. Jadi jangan ambil hati jika ada yang tak betul kerana ini mungkin hanya penelitian secara rawak oleh penulis asal "fakta" ini melalui pengalaman tersendiri.
Selangor/Kuala Lumpur : Palsu sebab bertepek make up, perangai moden
Perak : Banyak berkulit hitam manis, bercakap agak riak
Negeri Sembilan : Raut wajah kasar, kalau cantik pun biasa-biasa saja, watak pelbagai
Melaka : Rupa paras biasa saja, agak keras hati dan mulut agak celupar
Pahang : Ramai yang cantik manis tetapi agak sombong, susah untuk mesra
Johor : Paling tak cantik sebab mata sepet tetapi berfikiran terbuka
Kelantan : Paling cantik, berwajah lembut dengan tutur kata tetapi kuat perkauman
Terengganu : Kurang sikit sahaja dari gadis Kelantan dari segi rupa
Utara : Agak kasar dalam nada pertuturan dan gurauan tetapi mudah mesra
Tidak dinyatakan pula perwatakan gadis Melayu dari Sabah dan Sarawak, jadi boleh tak anda kongsikan bagaimana pula karakter gadis-gadis dari Sabah dan Sarawak berdasarkan penelitian anda? - CARI
perangai wanita di malaysia tidak hodoh seperti yang dinyatakan dalam artikel di atas. Entah bagaimana penulis menilai, masih diragui. Perangai baik atau buruk bergantung kepada individu sendiri. Sosio-ekonomi, pendidikan, budaya dan cara pergaulan juga menyumbang terhadap peribadi seseorang.
yg selangor ni ramai sgt perantau so xle nk ckp... iols yg asal selangor ni (mak, bapak, atuk, nenek dan moyang dua2 asal selangor) kalo nk ckp org selangor ni urban sikit tu betui la...tp yg make up tebal2 neh yg iols kenal ramai yg luar selangor...