View: 3355|Reply: 3
|
Ini Akibat Selalu Abaikan Anak-Anak Ketika Mereka Memerlukan Perhatian
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Setiap ibu bapa yang diberi rezeki dan amanah untuk menjaga anak-anak sudah pasti tidak dapat lari dari tanggungjawab.
Menjaga dan mendidik anak bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai ibu bapa yang tidak sedar anak kecil sangat memerlukan perhatian penuh dari kedua ibu bapa mereka.
Sebagai contohnya ketika mereka ingin bermain-main dengan anda, janganlah sesekali memarahi mereka kerana disaat itu mereka dalam proses mempelajari sesuatu yang baru dalam hidup mereka.
Ibu bapa perlu lebih peka dan sentiasa melayan setiap gelagat anak-anak agar mereka tidak merasa tersisih. Ajarlah mereka sesuatu perkara yang betul dan jangan biar mereka menerokai sesuatu yang ingin dipelajari secara bersendirian.
Kadang-kadang kita penat dengan kerja seharian dan selalu mengabaikan anak-anak kita. Sedarlah, mereka amat memerlukan perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa mereka lebih-lebih lagi buat ibu bapa yang menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak.
Bayangkan berapa jam kah masa yang anda luangkan untuk anak anda dalam sehari selepas seharian bekerja? Jom lihat video dibawah ini tentang kemungkinan besar yang terjadi pada ibu bapa yang mengabaikan anak mereka. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
haihhh..betul tu..kadang2 kita ingt benda kecik..tapi benda ni lah yg selalu terlepas pandang..sian anak2.... mcmana pn sibuk kita kerja, penat mcmana pn kita jgn lupa lemparkan senyuman, cium dan belai anak2 kita...peluk lah anak2..sbb nanti bila dah besar dia lak yg xnk dipeluk bila time kita nak peluk dia.. sekejap je masa berlalu... |
|
|
|
|
|
|
|
dugaan masa sekarang..balik kerja penat, pastu time u la anak2 super manja..semoga diberi kesabaran untuk melayan anak2..harta dunia akhirat ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
anak aku dah start pandai nak bermanja
once aku jejak kaki kat muka pintu je dah mintak dukung
dah dukung taknak turun plak
nak solat pun dia tak bagi
terpaksalah umpan laptop suh dia tengok tarian zumba @ kpop
menari lah dia
sambil tu aku berkejar mandi, solat, makan..
pastu barulah spend masa kat dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|