CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3976|Reply: 5

Dialog Keramat Malam Raya, Tak Boleh Lupa Punya

[Copy link]
Post time 28-6-2016 05:13 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za

Memang sangat nostalgia, meskipun sehingga kini pengumuman tarikh hari raya masih diumumkan saban tahun namun perasaannya tak sama seperti waktu kanak-kanak dahulu.


Ia merupakan saat yang sangat ditunggu-tunggu, sehingga kadang kala tersengguk di depan tv. Nak tahu pengumuman tarikh punya pasal.


Jom ikuti coretan netizen ini seperti yang dipaparkan di blog Ustazlove.com:





Sumber foto: onthespot





Masa kecik2 dulu, maklumat sangat terhad.. semua bergantung kepada TV dan akhbar.. jadi, apa yg keluar kat TV, itulah yang akan dipegang.. berbanding sekarang, dengan adanya media alternatif (facebook, twitter, blog, e-mail, forum dsb), maka maklumat daripada TV dan akhbar masih boleh ditapis dengan jayanya..

Apabila diberitahu tarikh melihat anak bulan Syawal, maka waktu tu memang semua mata akan tertumpu kepada seorang.. iaitu penyimpan mohor besar raja2..

Kalau yang takde TV tu, maka suara radio la yang akan menjadi tumpuan.. aktiviti bermain mercun ke, membuat kuih raya ke.. semua akan dihentikan sementara.. seolah2 masa telah terhenti.. Lalu debaran pun menjelma..

“Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t. Maka dengan ini, saya Penyimpan Mohor Besar Raja2 Melayu, setelah diperkenankan oleh Duli2 Yang Maha Mulia Raja2, adalah dengan ini, mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Aidilfitri __ Hijrah jatuh pada hari…”

Itulah antara dialog keramat.. Biasanya dulu masa kecik2, kalau malam ni pengumuman raya, esok tu belum raya lagi.. lusa baru raya.. maka akan kedengaran la keluhan anak2 kecik, termasuk la Ustaz Love.. sbb tak boleh nak beraya lagi.. Tapi, bagi para ibu, biasanya mereka lebih suka kalau raya tu lewat sehari.. sbb memberi peluang kepada mereka untuk membuat persediaan terakhir sebelum menyambut lebaran.. kira sempat lagi la nak buat 18 jenis kuih malam tu..

Kalau diumumkan hari raya tu jatuh pada hari esok, maka akan kedengaran la jeritan budak2, termasuk bapak budak.. kerana seronoknya dah habis puasa.. yang budak2 tu seronok dapat makan siang.. bapak budak plak seronok dapat ______ siang. Takyah risau nak kena kifarah..

Serentak itu, akan kedengaran la dentuman meriam buluh dan meriam tanah yang menunggu masa je untuk diletupkan.. Kanak2 akan berlari2 riang sambil bermain bunga api.. suasana luar rumah jadi meriah, sebab ramai orang keluar rumah.. Masa tu, masjid dan surau kebiasaannya tinggal imam dan bilal je.. lepas Isyak, Imam dan Bilal akan bertakbir.. masa tu baru ramai orang datang nak bertakbir.. semangat betul..  - CARI




Sumber asal: Blog Ustazlove
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2016 09:55 PM | Show all posts
Dolu2 pengumuman tu amat dinanti-nantikan sebab bergantung kepada kemunculan anak bulan semata sekarang dah ikut kalender so masing dah tahu tarikhnya tak perlu berdebar2 menunggu pengumuman lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 08:08 AM | Show all posts
dia ni baru lagi.. yang lama tu rare..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 08:18 AM | Show all posts
yg dulu2 lagi best..

cakap seketui-seketui

suspen lain mcm
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 09:11 AM | Show all posts
yg dulu lg best, dengan duduk tegak macam robotnya...muka serius, cakap lambat2 bikin suspen ja....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2016 03:17 PM | Show all posts
penyimpan mohor yg sebelum ni yg paling legend....semoga roh nya dicucuri rahmay
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.048262 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list