CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11384|Reply: 42

ANGKER : AKU DAN FAMILI

[Copy link]
Post time 13-6-2016 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mek_tok at 13-6-2016 03:20 PM

Dari 5 beradik, aku anak ke3.  Semua perempuan.
Walau keluarga sekeliling ada pengalaman dengan hantu tapi aku tak pernah.
Sampai tahun 2009, aku terkena.  Kalau boleh taknak ingat, sebab memori tu pedih.  

Awal 2009 aku kenal sorang lelaki, sekarang dah jadi suami.  
Dia putus tunang akhir 2008, mungkin sebab takut ikatan tak jadi lagi.. dengan aku,  dia terus buat keputusan untuk bina masjid.  Atau sebab aku terlalu cantik dan dia takut terlepas

Urusan dipermudahkan, kami kawen Julai 2009.  Tak berapa bunting pelamin, tapi aku disahkan mengandung.  Seksa morning sickness yang sangat teruk aku alami.  Sebulan terbaring, sebulan ambik cuti tanpa gaji, hampir sebulan tak boleh bercakap, bila mulut cuba dibuka aku muntah.  Masa tu arwah mak yg jaga di kampung asalnya iaitu di Selangor, kebetulan suami kene kursus sebulan jugak dekat satu institut yang tak berapa jauh dari rumah yg arwah mak sewa.  Bila aku dah ok, arwah mak dan dua lagi adik aku angkut duduk dengan aku dekat Putrajaya.  Alhamdulillah, suami pun setuju memandangkan arwah mak digantung tanpa tali oleh abah.. dan aku satunya2 anak yang bekerja dan ada pendapatan sendiri.  Kakak dua orang dah kawen dan surirumah sepenuh masa. Adik bongsu masih sekolah, adik bawah aku tak kerja.  

Sepanjang mengandung, aku perasan aku payah sangat nak solat.  Kalau suami atau mak tanye aku akan tipu cakap dah solat.  

Kandungan dah masuk 4 bulan, aku dah dapat rasa gerakan dalam perut.  Standard bulan kelima baru akan rasa tapi aku dapat rasa awal.  Gerakan tu sangat kuat, arwah mak pernah letak tangan kat perut aku dan arwah mak dapat rasa.  Terkejut dia...

Raya haji tahun tu, turn aku.. Balik Pahang.. Nenek dan arwah mak asal selangor tapi dapat felda kat pahang.  Dan aku adik beradik semua lahir kat pahang.  

Kami bertolak dari Putrajaya dah malam, malam raya haji.. Sebab jem kami sampai rumah nenek dekat pukul 2 pagi.  Simpang luar sebelum felda nenek aku dah rasa lain, rasa seram semacam dan sejuk habis tangan.  Suami pegang tangan aku dan mengaji.  Arwah mak  dan adik no 4 yang duduk seat belakang pun rasa lain tapi diorang diam, adik bongsu dah lama lena.  Perjalanan diteruskan, dalam 3 minit sebelum rumah nenek kami perasan ada asap kat satu rumah.  Mungkin orang bakar lemang kot, aku bersuara.  Tepat sampai rumah nenek, enjin kereta tak mati pun lagi tiba2 enjin kereta berasap dan bila buka enjin berapi.. sebelum balik pahang, suami dah servis dan kereta memang dalam keadaan baik. Sebab penat drive, suami kata esok baru dia tengok..

Aku dan suami tidur bilik atas, bilik tu berpenghuni, penghuninya sepupu2 kecil aku, anak pakcik yang tinggal dengan nenek.  Aku tidur lena malam tu.  

Hari kejadian, hari raya haji tahun 2009.  Hari jumaat.  

Lepas jumaat, kami adik beradik  cadang nak jalan2 kat jerantut, kebetulan suami pun nak tengok apa yang rosak dengan kereta.. kot2 ada bengkel cina yang buka.  Walau enjin berasap dan berapi malam tadi tapi kereta masih boleh bergerak.  Kami pergi dua kereta, kereta along dan kereta kami.  Angah beraya di rumah mertua dan akan sampai malam nanti.  Mekanik cina cakap kereta ada problem wayaring..  Sekejap je dia buat dah setel..

Lepas tu kami jalan-jalan dalam pasaraya kat jerantut.  Time tu aku dah rasa lain macam, perut rasa semacam, macam nak buang air besar..  Kejap sakit kejap hilang.  Mula2 aku diamkan, tapi rasa tak tahan sgt, aku speku aku just nak buang air.. aku bgtau arwah mak dan cakap aku dan suami nak cari toilet sebab pasaraya tu tak ada toilet untuk pembeli,  mintak mak dan yang lain tunggu kat situ.  

Kami sampai di masjid, aku keluar kereta dan masuk toilet.. Aku jenis pembersih dan kemas, toilet masjid terlalu kotor.  Aku tak boleh.  Suami faham dan kami cari toilet lain.  Sampai di satu petrol pump, aku masuk toilet dan mencangkung.  Rasa sakit memang masih ada tapi aku rasa lain.  Aku raba kemaluan dan terasa kemaluan macam terbuka. Aku takut, mata dah mula bertakung dengan air.  Belum sempat aku panggil suami, terasa ada benda keluar dari kemaluan terus ke dalam lubang toilet.  Aku bangun,  sarung seluar dan panggil suami masuk, cerita kat suami dengan air mata.  Suami suluh dalam lubang takde ape-ape2.. langsung takde kesan.. Kami speku, aku dah keguguran tapi darah langsung tak ada.  Suami tenangkan aku dan menuju ke hospital jerantut.  Suami inform arwah mak.  

Sampai hospital, nurse yang check bagitahu yang aku mungkin dah keguguran, tapi doctor akan buat further check-up. Sambil tunggu doktor aku rasa sakit macam nak buang air lagi, bila pergi toilet darah keluar tapi tak banyak..
Sampai turn aku, doktor cek dan aku disyaki keguguran, doktor tak boleh buat rawatan sebab kekurangan alatan dan aku akan dihantar  ke hospital temerloh yang lebih besar dan canggih. Terpaksa tunggu lama sebab hospital tu kekurangan staf memandangkan hari raya haji dan ambulans yang ada dah pun berlepas ke hospital lain, terpaksa tunggu ambulans tu sampai untuk pickup aku dan hantar ke hospital temerloh.  Hampir 5 jam aku tunggu, dan dalam pukul 10 malam aku naik ambulans.  Rasa sakit cuma datang kejap2 dan darah cuma akan keluar bila ambulans yang laju langgar bonggol, dalam ambulans aku terpaksa duduk coz ada sorang makcik yang lebih kritikal.  Duduk menambahkan rasa sakit bila ambulans terentak.  

Cut the story, aku disahkan keguguran oleh seorang doktor lelaki berbangsa singh.  Tapi baby dah keluar habis, tanpa apa yang tertinggal kecuali uri.  Malam tu aku keseorangan kat wad, ahli keluarga tak boleh menunggu.  Wad tu agak besar dan tak byk patient, aku ditempatkan di satu wing seorang diri, katil sebelah dan depan semuanya tak berpenghuni.  Malam tu aku menangis, sedih dan masih keliru coz semua yang jadi sangat cepat... dan tak ada darah pun yang keluar.

Aku discharge keesokan paginya, kebetulan nenek memang dah berhasrat untuk buat kenduri doa selamat hari tu sebab aku dan makcik yang bongsu sama2 mengandung.  Nenek tolong suami cuci uri, tapi nenek rasa lain macam coz uri sangat hitam, lebam semacam dah 5 hari terbiar kat luar. Proses mencuci diteruskan dan uri selamat ditanam. Suami dapat call dari mak mertua di kedah dan bgtau yang keguguran aku lain macam, ustaz di kedah (suami anak murid pada ustaz ni) bagitau yang keguguran aku disebabkan gangguan pelesit..  Suami mengucap panjang, namun perkara ni dirahsiakan dari aku.. Kenduri doa selamat diteruskan coz preparation semua dah dibuat.  Aku duduk dalam bilik sepanjang majlis sambil menangis.

Usai majlis, tetamu bersalaman dengan tuan rumah.  Atok perempuan jiran sebelah rumah nenek, bertanya dan berbisik pada nenek.. Kakak gugur ke? (kakak panggilan aku dalam famili).  Nenek tercengang, tak ada siapa yang buka mulut tentang berita keguguran aku.  Suami di tempat lelaki, bersalaman dengan atok lelaki dan anak lelaki diorang (suami dan mak kepada atok perempuan yang bertanya), terasa lain kata suami dan mereka bersalam langsung tak memandang muka.  

Malam tu, disebabkan risau, aku disuruh tidur di ruang tamu.  Aku baring terlentang dengan bacaan yasin dipasang pada handphone tanpa henti. Baru je nak lena aku terasa kaki aku direntap, kepala aku jatuh dari bantal, tak begitu kuat tapi aku rasa.. Suami dapat panggilan dari ustaz, aku disuruh diubati. Benda tu masih lagi ada pada aku dan menghisap darah kotor..

Suami mulakan proses mengubat, aku baring terlentang.. Mulut suami terkumat kamit membaca ayat2 suci.. tangannya menggengam  dan dihayun lembut dari hujung kepala hingga ke hujung kaki aku, sampai di hujung kaki tangan suami seolah2 merentap sesuatu dan terus  dibuang ke luar rumah. Serentak tu, bunyi macam pasir di campak ke dinding luar rumah nenek..Meremang bulu roma suami aku..  Anak sedara aku iaitu anak angah dan adik no 4 nampak bayangan hitam kat luar rumah nenek berdekatan pokok pisang.  Dan aku mula rasa ada darah yang keluar...

Suami bercerita, dia tak sedap hati sepanjang perjalanan balik pahang tapi dia diamkan..  Malam kami sampai, aku tidur lena tapi dia tak boleh tidur disebabkan sepanjang malam terdengar bunyi tapak kaki berjalan atas siling bilik kami tidur.  Alhamdulillah, gangguan aku setakat itu je, tahun 2010 kami dikurniakan baby lelaki dan tahun ni aku mengandung lagi


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2016 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sis, camna nenek sebelah rumah tu blh tau u gugur?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 04:50 PM | Show all posts
Adakah saka?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada lg ek pelesit zmn moden ni.mujian tu tt.Alhamdulillah dah berjaya melepasinya
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2016 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
BuBuComey replied at 13-6-2016 04:31 PM
Sis, camna nenek sebelah rumah tu blh tau u gugur?

Wallahualam.. Takut nk menuduh.. Tapi kata ustaz pelesit kepunyaan org dekat..
Tapi next saya akan cerita kisah kat rumah nenek, ada kaitan jugak dgn atok laki n perempuan tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-6-2016 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
awaynepian replied at 13-6-2016 06:17 PM
Ada lg ek pelesit zmn moden ni.mujian tu tt.Alhamdulillah dah berjaya melepasinya

Betul, sy pun xnk dah counter bnda2 mcm ni.. Sy penakut sgt
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambung lagi TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2016 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
mek_tok replied at 13-6-2016 10:36 PM
Betul, sy pun xnk dah counter bnda2 mcm ni.. Sy penakut sgt

Tt ddk felda jengka ka?saya org jengka jgk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2016 07:58 AM | Show all posts
Scorpyan replied at 14-6-2016 01:24 AM
Tt ddk felda jengka ka?saya org jengka jgk

hehe hampir tepat.. atas sikit dari jengka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2016 07:59 AM | Show all posts

sat na.. sy habiskan kerja dulu
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
mek_tok replied at 13-6-2016 10:35 PM
Wallahualam.. Takut nk menuduh.. Tapi kata ustaz pelesit kepunyaan org dekat..
Tapi next saya ak ...

Ohh..gittew..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2016 09:46 AM | Show all posts
Oh ya... lupa nak tulis..
gerakan baby dalam perut masa kandungan mencecah 4 bulan bukan dari baby, tapi mungkin datang dari benda yang mengacau... Kata ustaz, baby mungkin berlawan dengan benda tersebut masa dalam perut.. wallahualam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2016 12:06 PM | Show all posts

RE: ANGKER : AKU DAN FAMILI

Edited by mek_tok at 14-6-2016 12:09 PM

Nenek menjanda awal..
Arwah atok meninggal masa makcik yang bongsu baru berumur 2 tahun lebih dan nenek dalam awal 40 an..
Meninggalkan 5 orang anak, dan 4 orang masih lagi bersekolah.. Nenek tabah membesarkan semuanya...

Sebagai janda muda dan muka persis heroin hindustan zaman dulu2,  nenek jadi bahan gosip lelaki2 difelda sama ada yang bujang atau dah beristeri. Tak ketinggalan untuk mencubanasib adalah atok lelaki jiran sebelah rumah. Atok lelaki jiran sebelah pernahmenyuarakan hasrat untuk menjadikan nenek isteri kedua dan perkara ini diketahui isterinya iaitu atok perempuan jiran sebelah.  Maka berperang la rumah sebelah.  Hubungan jiran juga makin retak disebabkan hal ini.  Atok lelaki jiran sebelah marahkan nenek sebab pinangannya ditolak, atok perempuan jiran sebelah pula menuduh nenek menggatal dengan suaminya.  Sejak tu rumah nenek tak pernah aman dan sering diganggu...

Antara siri gangguan yang terjadi :
1.  Makcik no 3 yang lemah
Adik arwah mak yg no 3 ni agak lemah berbanding adik beradik yang lain.  Atok perempuan jiran sebelah memang suka hantar makanan ke rumah.  Orang pertama dalam rumah nenek yang akan rasa makanan yang diberi adalah makcik no 3, lepas rasa makanan tu dia akan tak sedarkan diri tapi belum sampai tahap histeria.  Jadi sampai sekarang, bila ada makanan yang dihantar dari rumah sebelah, kami ditegah sama sekali untuk menjamah.  Mak cik no 3 jugak selalu pengsan di bawah ampaian baju di antara rumah nenek dan rumah sebelah.

2.  Bilik nenek
Dalam bilik tidur nenek, entah berapa banyak hantu jembalang yang pernah datang.  Nenek berani orangnya tapi nenek marah sebab tidurnya selalu terganggu.  Mana tak, tengah lena tidur tiba2 ada yang berdiri kat tepi katil, merangkak atas kelambu, memanjat macam spiderman kat dinding bilik. Angah pernah diganggu masa tidur bilik nenek dan aku saksi gangguan tersebut.  Raya 2 tahun lepas kami beraya di pahang, satu malam lebih kurang pukul 1 ke 2 pagi.  Angah satu family tidur di bilik nenek dan aku suami dan anak tidur di ruang tamu betul2 di depan bilik nenek.  Aku yang baru cuba nak lelapkan mata tengok angah buka pintu bilik dan terintai2, sebab mengantuk aku abaikan dan tidur.  Esoknya angah cerita yang dia terdengar bunyi ketukan pintu yang agak kuat, sebab ingatkan ada yang nak ambil barang so angah buka pintu dah tengok tapi tak ada siapa pun.  Malam tu angah tidur tak lena, ke toilet pun berteman sebab takut.  Nenek banyak berhabis duit untuk berubat, sebab penat asyik diganggu.  Dari rawatan percuma sampai bayaran untuk berubat beratus2.  Kemuncak untuk gangguan dalam bilik nenek bila nenek berubat dengan orang dari felda sebelah.  Lepas rawatan terakhir atau bahasa perubatan mistik putus ubat, time tu bulan puasa tahun lepas..  Malam putus ubat tu nenek dikejutkan dengan kedatangan dua ekor jelmaan berbulu dan hitam tapi bermuka atok lelaki dan perempuan jiran sebelah.  Bermuka bengis dan marahkan nenek.  Nenek baca apa yang diingat dan benda tu hilang.  Lepas kejadian tu bilik nenek dah tak seram macam selalu, aku pun dah tak takut nak masuk bilik nenek lagi  

Next cerita tentang rumah nenek dan kawasan sekitarnya..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai skrg ke gangguan kat nenek TT tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2016 07:59 AM | Show all posts
Bommi040 replied at 14-6-2016 06:02 PM
Sampai skrg ke gangguan kat nenek TT tu?

sekarang takde gangguan dah...
last gangguan tahun lepas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2016 08:45 AM | Show all posts
check in. bulan pose ni mata ngantuk jer dpt citer best2 ni baru segar. nnti tt sambung lg yer
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 08:45 AM | Show all posts
skeri meri nye rumah nenek..yang pelik janin dah jatuh dalam tandas tu la ek tp xda darah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2016 04:12 PM | Show all posts

JELMAAN KERBAU

Ingat cerita yang first? Rumah yang berasap di malam hari raya haji.  Depan rumah tu ada hutan n paya kecil yang penuh dengan pokok mengkuang. Selain pokok mengkuang, ada la beberapa pokok hutan..


Cerita ni bukan dialami tt atau keluarga tapi kawan2 tt... Kita namakan mereka Ahmad, Ali dan Abu.
Ahmad kerjanya ustaz kat sekolah agama, Ali pulak ada bisnes dan diorang menetap kat felda nenek, Abu kerja kat KL.
Kebetulan si Abu balik kampung dan Ahmad ada nak beli barang di Kuantan, diorang bertiga bercadang berjimba la bersama-sama memandangkan dah lama tak berjumpa..

Jimba punya jimba, tengah malam baru diorang gerak balik dari Kuantan, perjalanan lebih kurang hampir 2 jam.  Kereta di pandu Ahmad.. Dalam lebih kurang pukul 12 malam baru diorang smpai felda.  Disebabkan rumah si Abu paling jauh, so diorang decide untuk hantar Abu dulu.  Untuk ke rumah Abu akan lalu hutan mengkuang tu, tapi masa hantar Abu tak ada apa-apa yang pelik berlaku.  

Tiba turn nak hantar Ali.. Untuk ke rumah Ali, diorang kene lalu sekali lagi hutan mengkuang tu dan masuk simpang betul2 sebelah hutan tu.  Yang peliknya, masa masuk simpang ke rumah Ali, jalan tu penuh dengan kerbau sedangkan masa hantar Abu tadi tak ada pun nampak kerbau-kerbau ni.. Terlalu banyak, kereta terpaksa dibawa slow takut terlanggar atau dilangar kerbau-kerbau tu.  Tapi dalam banyak-banyak kerbau, Ahmad dan Ali terperasan ada seekor kerbau berwarna putih dengan tanduk yang panjang. Diorang teruskan jugak perjalanan dan Ali pun selamat sampai rumah.  

Ali yang terlalu penat, masuk je rumah terus tido, tanpa basuh kaki atau cuci muka.  Misteri kerbau tadi dah selamat hilang dari kepala otak beliau.  Yang dia nampak masa tu cuma tilam dan bantal.  Dalam pukul 5.00 pagi Ali terjaga dari tidur lepas terdengar bunyi kecoh2 tapi mata dia masih lagi mengantuk jadi dia sambung tidur lagi.  

Esoknya abang Ali cerita, dalam pukul 5 pagi tu, anak abang Ali yang berumur lebih kurang 2-3 tahun menangis.  Puas la diorang suami isteri cuba pujuk.  Puas di tepuk, dipujuk tak jugak diam.  Dibawa jalan2 dalam rumah tapi budak tu masih lagi menangis.  Last2 mungkin sebab penat, budak tu tertidor sendiri.  

Ali cuba tanya anak buah dia, kenapa menangis.  Budak tu jawab, dia nampak ada lembaga besar bertanduk panjang dengan selendang putih.  Ali terperanjat, sebab kerbau putih yang dia nampak malam tadi pun bertanduk panjang.  Salah Ali jugak, sampai2 rumah tak amik wudhu sebelum tidur..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2016 04:14 PM | Show all posts
ainsinchan replied at 15-6-2016 08:45 AM
check in. bulan pose ni mata ngantuk jer dpt citer best2 ni baru segar. nnti tt sambung lg yer

dah sambung.. nanti sambung lagi..

Banyak sebenarnye cerita, tapi nak kene recall satu-satu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.136990 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list