CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4148|Reply: 22

Kisah Sedih Seorang Anak Kecil Meratapi Pemergian Ibunya

[Copy link]
Post time 10-6-2016 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Satu video menyayat hati yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki meratapi pemergian ibunya menjadi viral di Facevook sejak beberapa hari lalu.


Darwish kelihatan tidak mahu berenggang dan terus memeluk ibunya yang sudah meninggal dunia di sebuah hospital di Alor Setar sehingga jam 5  pagi.


Video berkenaan telah dimautnaik oleh saudara ibu saudara arwah, Puan Sharifah Asma Syed Kechik.


Menurut Puan Asma, anak saudaranya itu tidak menghidapi sebarang penyakit kecuali dapat darah tinggi secara tiba-tiba sahaja.


"My niece tak pernah ada sakit apa-apa pun sebelum ini. Cumanya, bila dia pregnant, dia dapat darah tinggi tiba-tiba sahaja. Itu pun semasa dia hamil, dia pun tak tahu sampailah kandungan dia berusia 3 bulan, baru dia tahu.

"Masa kejadian itu, dia hamil 6 bulan. Pada mulanya dia sakit tengkuk dan kepala. Dia minta anak dia picitkan. Selepas itu tiba-tiba saja dia tidak sedar. Then suami dia pulang dari office terus menghubungi ambulance, bawa pergi ke hospital.

"Menurut doktor, pembuluh darah dia dah pecah dan darah sudah spread ke otak dan perlukan pembedahan segera. Terpaksalah bawa ke Hospital Besar Alor Setar. Tapi pada masa itu, dia dah elok dan boleh bercakap lagi.

"Sebelum pembedahan, dia nak tengok Darwish sebab Darwish sangat rapat dengan dia. Nak tidur pun, ibu dia yang kena tidurkan dia.

"embedahan berlangsung selama 12 jam. Selepas keluar dari bilik pembedahan, dia terus koma dan langsung tiada sebarang respon. Beberapa hari kemudian, bayi dalam kandungannya meninggal dunia. Arwah pula under ventilator.

"Selepas beberapa hari, doktor buat keputusan untuk memberhentikan ventilator sebab dia dah tak ada respon. Masa itu, kalau sesiapa yang ada di ICU akan menangis teruk. Mana mampu nak melihat ratapan anak-anak dia bila doktor nak buka life support itu? Operation dia di kepala, jadi tempurung kepala dibuka. Bayangkan macam mana sakitnya kan?

"Sedih sangat. Arwah sempat berpuasa beberapa hari saja sebelum meninggal. Kakak Darwish pula SPM tahun ini. Anak yang bongsu, perempuan, berusia lebih kurang 4 tahun. Tapi yang paling teruk, Darwish. Daddy dia kata kadang-kadang itu itu Darwish menangis sampai jam 4 ke 5 pagi sebab nak mummy dia," katanya dipetik tulisan MyMediaHub.


Begitu lah besarnya pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu hingga anak kecil seusia Darwish pun tidak mampu menerima pemergian ibunya. Sama-sama kita doakan semoga roh arwah tenang disana dan Darwish terus tabah menerima hakikat pemergian ibunya yang tersayang. - CARI Infonet.











Sumber - Siakapkeli.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2016 05:45 PM | Show all posts
sayangilah ibu pada sesiapa yg masih mempunyai ibu
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2016 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sama sama kita doa kan ibu darwish ditempatkan dengan org yg beriman
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2016 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada budak ni haritu mlm lepas kebumi ayahnye xbg tutup pintu..sbb takut ayah balik xde org bukakn pintu..sedih gila...
Mlm tu meracau2 minta pak sedara bawa dia gi kubur ayahnye..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2016 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
aku,dulu.bapok ninggey,leh tenang je.x viral pun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2016 10:58 AM | Show all posts
Esmiria replied at 10-6-2016 11:41 PM
aku,dulu.bapok ninggey,leh tenang je.x viral pun.

sbb ko saiko bipolar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2016 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya..moga arwah ditempatkan dlm kalangan org2 beriman.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2016 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tgk berair2 mata aku. terus g dapur pelok mak. mak aku dh pelik. ko dh knp dik. huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2016 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
aku x sanggup tgk video tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 01:48 PM | Show all posts
AL fatihah...besar dugaan adik ni...sabar lah sayang..moga roh ibu mu di tempatkan di kalangan orang beriman.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 02:36 PM | Show all posts
Al-Fatihah...semoga arwah ditempatkan dikalangan para solihin...Adik darwish sabarlah menghadapi dugaan..doa bnyk2 utk mummy okey..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 02:58 PM | Show all posts
X tgk video..cukup baca n tgk gambar..sedihnyaa lahai..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 03:06 PM | Show all posts
Esmiria replied at 10-6-2016 11:41 PM
aku,dulu.bapok ninggey,leh tenang je.x viral pun.

budak ni bukan dia yg viral..
orang lain yg viralkan..

masa kematian mak dia, dia baru umur berapa tahun...saya ulang EMAK..
cik es pula ayah mati AYAH..masa tu cik es umur berapa..

masih xterlambat,boleh lagi sekarang pun cik es nak viralkan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 03:12 PM | Show all posts
baru tgk video..sedihnya..

dia usap mak dia tu mcm selalu2 dia buat..
manja dengan mak,nangis
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
yamapi85 replied at 11-6-2016 10:58 AM
sbb ko saiko bipolar.

lava suspect detect.ni mesti kes x puah hati dgn gua ni.@spiderman80
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 09:15 AM | Show all posts
*nangis teruk kaka...*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2016 09:32 AM | Show all posts
tak sanggup aku nak tgk video tu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 10:33 AM | Show all posts
aku yg tua ni pun mse arwah mak baru2 meninggal mmg rase lost.. lama gak nk dpt kn balik kekuatan utk teruskan idup... tiap kali solat nangis, mse mula2 naik opis lepas cuti compasionate, bos pggl, konon nk cool kan aku, bos bukak je mulut tnye how are u... aku terus meleleh air mata.. nangis2.... perpisahan itu mmg menyakitkan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 11:05 AM | Show all posts
sedihnya tengok video tu... meleleh airmata. tabahlah duhai anak, moga ibumu ditempatkan dikalangan org2 yg mendapat rahmatNya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 11:28 AM | Show all posts
mak abah meninggal, aku leh terima hakikat ajal maut. lg pun dua2 sakit. so mmg dah bersedia. tapi bila adik meninggal kes sama cam mak budak tu, aku sedih sampai sekarang. pergi dgn tak di sangka. tak prepare apa2.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.065810 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list