View: 2350|Reply: 5
|
Cuti Bersalin Pun Sangat Penting Untuk Bapa, Kenapa?
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
Kini, semakin ramai yang sedar tentang cuti melahirkan turut penting bagi kaum bapa, bukan hanya untuk kaum ibu.
Mengapa? Ini kerana keduanya turut memainkan peranan penting ketika anak baru dilahirkan.
Adanya kajian terbaru dari Oxford University terhadap 192 keluarga yang baru memiliki anak. Aktiviti ibu dan juga bapa dirakam oleh pakar termasuklah ketika ineteraksi bersama anak.
Hasil penelitian sememangnya mengejutkan. Bayi lelaki yang berusia tiga bulan ke bawah, yang memiliki banyak interaksi dengan bapanya, memiliki sikap yang lebih tenang ketika berusia satu tahun.
Sebaliknya berlaku, interaksi yang jarang berlaku, anak akan menunjukkan sikap buruk dan agresif apabila semakin membesar.
Ini secara tak langsung membuktikan jalinan emosi antara anak dan bapa sejak kecil sangat penting dalam pembentukan jati diri dan sikap anak bila semakin membesar. Ini juga bermakna cuti kehiran untuk bapa juga penting agar kedua-dua pihak dapat menjalinkan hubungan lebih dekat dan juga berkesan, selain membantu si ibu yang sedang berpantang. - CARI Infonet
Sumber: Kompas
Sumber foto: Carian google |
|
|
|
|
|
|
|
so bapak perlu cuti 3 bulan juga la kan |
|
|
|
|
|
|
|
untung la kalau bapa dapat cuti 3 bulan jugak .. ni cuti di beri seminggu pun kira syukur |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dapat 2 minggu pun dah besar rahmat
rasanya the first 2 weeks is the most critical |
|
|
|
|
|
|
|
penting sbb utk tlg jaga anak2 yg lain |
|
|
|
|
|
|
| |
|