CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: inaez

All about Langkawi (by inaez, lina_lim79 & zul_khaleeda)

 Close [Copy link]
ai_ai_ai This user has been deleted
Post time 21-7-2006 09:01 AM | Show all posts
mana tempat makan yang best di langkawi yer.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2006 09:23 AM | Show all posts
heheheh korang jgn risau.. pakaian bebas.. tapi jgn la korang pakai baju kurung lak.. hehehehhe...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by ai_ai_ai at 21-7-2006 09:01 AM
mana tempat makan yang best di langkawi yer.......




rasanya kat previous page derang ader cter kat mana tempat makan besh...
kalu saper rajin..leh la buat listing kan??
baru syiok...senang org nak pi langkawi jadikan guide...hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 05:23 PM | Show all posts
citer pasal mkn ni...pasal mkn malam aku x de hal sgt.. still standard price...
tapi ni aku nak citer pasal lunch..aku suka mkn nasi ayam pak ya murah n sedap... cuma aku nk citer last day aku kat sana.. teringin nak mkn nasi campur.. aku pi la mkn kat gerai near by city bayview.. korang tau 2 org mkn kena rm 14.70..... gila x gila? lauk cuma ayam grg 2 ketul sayur + ulam n sambal belacan... air sirap...nyesal tul aku.. kalau mkn kat nasi ayam pak ya.. siap nasi tambah x sampai rm 10... fyi nasi ayam rm 3.00 aku suka order cendol rm 1... kalau nak nasi tambah kecil rm 0.30 besar rm0.60.. so aku nasihat kan.. time mkn tghari tu pandai2 la pilih tmpt...
Reply

Use magic Report

w_an85 This user has been deleted
Post time 24-7-2006 01:51 AM | Show all posts
Originally posted by lina_lim79 at 21-7-2006 05:23 PM
citer pasal mkn ni...pasal mkn malam aku x de hal sgt.. still standard price...
tapi ni aku nak citer pasal lunch..aku suka mkn nasi ayam pak ya murah n sedap... cuma aku nk citer last day aku ka ...


akak lina_lim79 kat mane kedai  nasi ayam pakya tu
Reply

Use magic Report

macadamianut This user has been deleted
Post time 24-7-2006 02:39 AM | Show all posts
langkawi is beautifullll
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2006 08:34 AM | Show all posts
kedai nasi ayam pak ya tu kat pekan kuah.. mesti bole nmpk.. coz tepi jalan je
Reply

Use magic Report

w_an85 This user has been deleted
Post time 24-7-2006 02:54 PM | Show all posts
Originally posted by lina_lim79 at 24-7-2006 08:34 AM
kedai nasi ayam pak ya tu kat pekan kuah.. mesti bole nmpk.. coz tepi jalan je


lama akak x online nampak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2006 08:51 AM | Show all posts
nak up kan balik topik ni...
ni tanya la ekkk..kalu pegi ari Jumaat....memang tak besh ke??
Kalu g ari jumaat..tempat apa yang bukak kat langkawi tu ekkk??
tarikh yang aku plan..clash plak ngan tarikh kawan aku....
any suggestion?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 02:16 PM | Show all posts
nak up kan lagi topik nie..hehe..Telaga Harbour korang g tak??macam cun jek tempat tue...tempat kapal? kat sini...exclusive tul tempat dia..kalu nak jenjalan jek leh ke gie?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 04:10 PM | Show all posts
Owen pegi telaga harbour tu tapi takde apelah boring jer kapal pun tak lah banyak sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 04:14 PM | Show all posts
nak tanya ..kalau bawa kereta .berapa yek cost perjalanan dari kl ke jeti..tengah nak pilih samaada nak naik kapal terbang, keretapi atau bawak kereta sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 04:16 PM | Show all posts
sitislam kalau ber 2 worth it la pi ngan flight kalau ramai2 rasa nya better drive...

off topik : owen cemana cameron?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 04:32 PM | Show all posts
tu la tengah rancang ni nak bawa anak-anak..rasa nak gi pergi dgn keretapi balik naik flight..tapi hubby lak kata boring naik keretapi..kalau drive lak takut penat lak 6
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 05:30 PM | Show all posts
Sapa pernah stay kat Sea View Hotel, ok ker tak?? Harga dia kira lebih kurang ngan Eagle Bay Hotel... Nak cari hotel yg dekat ngan town.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 12:56 PM | Show all posts
Offtopic Lina, nanti kiter update bz sket gambar pun tak upload lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ai_ai_ai This user has been deleted
Post time 27-7-2006 01:15 PM | Show all posts
err ada ker shahab perdana kat pantai cenang yer.... :hmm:

anyone pernah stay kat sini????
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 01:24 PM | Show all posts
Kedamaian Telaga Tujuh


PEMANDANGAN indah di Telaga Tujuh.
--------------------------------------------------------------------------------

Ada yang mengatakan Telaga Tujuh merupakan tempat pahlawan-pahlawan zaman dahulu bermandi-manda dan ada sesetengahnya percaya bahawa kawasan tersebut sehingga hari ini masih menjadi tempat mandi puteri-puteri dari kayangan.

Walau apapun cerita dongeng itu, yang pasti Telaga Tujuh boleh memenuhi cita rasa mereka yang inginkan kelainan.

Bagaimanapun, mereka yang berhajat untuk berkelah di Telaga Tujuh mesti bersedia untuk mendaki 360 anak tangga simen yang dibina untuk memudahkan laluan orang ramai.

Telaga Tujuh terletak di aras ketinggian kira-kira 150 meter dan di kiri kanan anak tangga itu masih kekal hutan hujan semula jadi. Sekali-sekala anda akan terserempak dengan monyet, lotong dan banyak lagi binatang lain.

Kicauan burung-burung daripada pelbagai spesies yang mengiringi perjalanan sedikit sebanyak menghilangkan keletihan mendaki kaki Gunung Mat Cincang untuk sampai ke Telaga Tujuh.

Begitulah yang dialami oleh kumpulan tiga wartawan yang dibawa oleh Mutiara Burai Bay Resort, Langkawi untuk meneroka keindahan alam semula jadi di kawasan Telaga Tujuh baru-baru ini.

Dalam perjalanan menuju ke Telaga Tujuh kami dibantu oleh pemandu pelancong terkenal, Jurgen Zimmerer. Jurgen adalah rakyat Jerman tetapi fasih berbahasa Melayu.

Beliau yang telah lebih 10 tahun tinggal di negara ini telah menghasilkan buku Nature Guide Langkawi untuk kemudahan pelancong.

Pendakian kami menuju ke Telaga Tujuh memang menakjubkan kerana Jurgen menerangkan setiap apa yang ditemui sepanjang perjalanan kami.

Daripada nama pokok sehinggalah kepada berjenis-jenis binatang yang ditemui. Bagi Jurgen, semua yang ada di sini mempunyai nilai yang tidak terhingga.

Beliau berkata, Pulau Langkawi akan terus maju dalam industri pelancongan sekiranya ia mampu mengekalkan apa yang ada sekarang.

Pelancong asing yang datang ke sini dikatakan hanya tertarik dengan keadaan semula jadi Pulau Langkawi dan bukannya disebabkan statusnya sebagai pulau bebas cukai.

Pengetahuan luas Jurgen mengenai hutan dan Pulau Langkawi membuat kami merasa malu kerana sebagai rakyat asing beliau lebih mengetahui daripada kami mengenai pulau legenda ini.

Selepas kira-kira 20 minit mendaki, kami sampai ke Telaga Tujuh. Kepenatan mendaki hilang serta merta apabila berdiri di atas batu-batan di Telaga Tujuh.

Memang sungguh cantik melihat panorama dari Telaga Tujuh. Kami boleh melihat Teluk Burau dan laut yang terbentang luas.

Berada di Telaga Tujuh seolah-olah berada di puncak keindahan alam semula jadi. Oleh itu, sesiapa sahaja yang memilih untuk berkunjung ke sini, pasti tidak akan menyesal.

Semasa berada di Telaga Tujuh, kami melihat beberapa pelancong asing dan tempatan asyik mandi-manda di beberapa buah kolam.

Dikatakan terdapat tujuh buah kolam di sini dan kolam-kolam ini dikatakan telaga pada zaman dahulu.

Mereka langsung tidak berminat untuk menoleh ke arah kami, mungkin terlalu seronok berendam di dalam kolam di Telaga Tujuh.

Bagaimanapun, Jurgen menasihatkan kami supaya berhati-hati apabila berjalan di atas batu di Telaga Tujuh.

Batu-batan di Telaga Tujuh amat berbahaya sekiranya hujan. Ini disebabkan ia licin dan air dari Telaga Tujuh juga deras mengalir.

Kepenatan mendaki Telaga Tujuh tidak berakhir di sini, kami kemudiannya dibawa meredah hutan menuju sebuah kolam yang dikenali sebagai Kolam Hijau yang terletak di ketinggian 180 meter.

Perjalanan ke Kolam Hijau lebih mencabar kerana kami yang tidak berpengalaman terpaksa berjalan di celah-celah pokok dan semak samun. Sekali-sekala kami bertiga yang semua perempuannya memeriksa kaki, takut digigit pacat.

Jurgen dan tiga lagi kakitangan Mutiara Burau Bay Resort yang menemani kami terpaksa berjalan mengikut rentak kami. Mereka takut kami akan ketinggalan.

Sepanjang perjalanan itu, kami dapat melihat kesan tapak kaki binatang liar termasuk babi hutan. Selepas kira-kira 15 minit perjalanan, kami sampai di Kolam Hijau.

Kolam Hijau merupakan sebuah kolam yang tidak berapa besar tetapi dalam. Kedudukan kolam itu amat strategik untuk pendaki berehat sebelum meneruskan pendakian.

Airnya sungguh jernih dan banyak ikan di dalam kolam tersebut. Dari sini, kami dapat melihat keindahan hutan yang masih tidak diusik.

Selepas berehat hampir 45 minit di Kolam Hijau kami mengemas barang dan mula berjalan pulang ke Mutiara Burau bay.

Perjalanan pulang terasa agak cepat dan sebelum turun di kaki bukit kami sempat singgah di kawasan air terjun. Air terjun di sini juga tidak kurang menarik ramai pelancong.

Adalah bertepatan kepada sesiapa sahaja yang masih tercari-cari destinasi melepaskan ketegangan untuk memilih kawasan Telaga Tujuh sebagai destinasi percutian.

Kedudukannya amat strategik di kaki Gunung Mat Cincang dan perjalanan tidak sampai 10 minit dari Mutiara Burau Bay Resort.

Lebih daripada itu, kawasan Telaga Tujuh juga tidak jauh dari Oriental Village iaitu kompleks membeli-belah yang baru beroperasi. Di Oriental Village anda boleh membeli apa jua yang diminati atau menjamu selera di Krathong Thai Restaurant.

Di restoran ini pelbagai hidangan seperti ikan kukus, kerabu buah epal, ketam kukus atau yang paling istimewa tomyam sedia memenuhi cita rasa anda. Ia lebih serasi apabila turut dihidangkan dengan minuman air kepala muda.

Perjalanan ke Telaga Tujuh mengambil masa kira-kira 50 minit dari Kuah dengan menaiki kereta sewa. Pelancong dari Kuala Lumpur boleh menaiki penerbangan Mas atau AirAsia ke lapangan terbang antarabangsa Langkawi di Padang Mat Sirat atau mereka yang datang dari Kedah boleh menaiki feri dari Kuala Kedah. Bagi pelancong dari Perlis mereka boleh menaiki feri dari Kuala Perlis.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 03:47 PM | Show all posts
nak tnye...
kete sewa kat langkawi ni....
better booking awal (since kita kat KL lagi)
or dah sampai sana baru carik and booking??

wa nak carik kete murah2 jer..
kot dpt rm30 sehari..lagi bestttt..jimattt duit aku...hehehe
pegi 3 beranak jer... me ..hubby..and my boy 2thn

lagi satu nak tnye..yg hotel twinpeak tu..sesuwei tak for me yg ada bdk kecik ni??
kalu dok awana plak..jauh tak dari pekan kuah?
me nak gi sana bln sept ni..by flight..
tujuan utama nak gi sana..nak gi holiday sekuarga..
shopping mopping tu..2nd in the list...(depands pada budget..hehehe)
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 03:57 PM | Show all posts
sampai kat sana.....boleh terus booking kete....kat airport byk kete sewa...kuar2 dari flight dah nampak kaunter menyewa kete....kalau bukan cuti sekolah..rega kete murah lah...rasa nya around 40-50 iswara boleh dpt kot..

awana jauh dari pekan kuah...tapi dia kata tepi pantai lah...view cantik......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.452399 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list