CariDotMy
Title: Cara Hot Dog (Sosej ) Dihasilkan di Kilang (Gambar) [Print this page]
Author: misshero Time: 15-6-2013 07:10 PM
Title: Cara Hot Dog (Sosej ) Dihasilkan di Kilang (Gambar)
Hot Dog nampak kecil tetapi cara penghasilannya agak rumit dan mengambil masa. Kepada yang suka sangat makan hot dog ni, tengoklah cara menghasilkannya ini.
Author: menjad Time: 15-6-2013 07:17 PM
baru lepas makan sosej!
Author: edee_91 Time: 15-6-2013 09:01 PM
sosej tu hape?
Author: misshero Time: 15-6-2013 09:48 PM
edee_91 posted on 15-6-2013 09:01 PM
sosej tu hape?
sosej tu hot dog, hot dog tu sosej.....
Author: tungkai Time: 15-6-2013 10:33 PM
Sarung sosej dia bungkus guna usus kambing. Kalau kat negara omputih dia guna usus babi. Pernah kecoh kat Melesia dulu
Author: TOPwind Time: 15-6-2013 10:53 PM
misshero posted on 15-6-2013 09:48 PM
sosej tu hot dog, hot dog tu sosej.....
sosej tu lelaki
Apam tu pompuan
Author: edee_91 Time: 16-6-2013 08:04 AM
misshero posted on 15-6-2013 09:48 PM
sosej tu hot dog, hot dog tu sosej.....
ooooo.....
Author: moyas Time: 16-6-2013 08:11 AM
Apasal hot dog? Len x hot ker?
Author: clara_nur Time: 16-6-2013 08:34 AM
kt mesia ni,sosej jenama apa plg sedap ehh
Author: awek_ganu Time: 16-6-2013 10:39 AM
clara_nur posted on 16-6-2013 08:34 AM
kt mesia ni,sosej jenama apa plg sedap ehh
ayamas la yg sedap...
yg lain2 x sedap sgt...yg satu lg brand econsave(ni kt pasaraya econsave aje) pun sedap gak...
Author: hadiraf03 Time: 16-6-2013 10:57 AM
ooooo gituuuuu
Author: Artemesiaa Time: 16-6-2013 05:07 PM
tungkai posted on 15-6-2013 10:33 PM
Sarung sosej dia bungkus guna usus kambing. Kalau kat negara omputih dia guna usus babi. Pernah keco ...
Betul tu kena periksa tanda halal sebelum membelinya
Author: milodino1 Time: 16-6-2013 05:43 PM
skang ni byk sgt jenama sosej kt pasaraya...xthu mana yg btul2 halal ke idok.... tpi ayamas brand mmg sedappp...!!
Author: alesandra Time: 16-6-2013 07:31 PM
dulu masa aku kecik2 aku takut makan sosej..tak tau napa
Author: tepisket.. Time: 16-6-2013 08:46 PM
ramly pon dap gak!
skang memacam, ade cheese la, hape la
Author: zuerinaBP Time: 17-6-2013 11:31 AM
hahaaaaa
Author: gsfreedom1 Time: 17-6-2013 12:59 PM
tetiba lapar lak tgk sosej....
Author: cikatilia Time: 17-6-2013 02:04 PM
sedapnya hot doggg
Author: jarikuku Time: 17-6-2013 02:08 PM
tungkai posted on 15-6-2013 10:33 PM
Sarung sosej dia bungkus guna usus kambing. Kalau kat negara omputih dia guna usus babi. Pernah keco ...
ye betul..
dulu kecoh juga pasal ni
Author: amyainsamad Time: 17-6-2013 02:30 PM
awek_ganu posted on 16-6-2013 10:39 AM
ayamas la yg sedap...
yg lain2 x sedap sgt...yg satu lg brand econsave(ni kt pasaraya eco ...
cap econsave punya sedap?????
Author: cemp Time: 17-6-2013 03:03 PM
mase kecik dulu aku takot nak makan hot dog..da sah2 pikiran aku anjing panas
Author: mizkajura Time: 17-6-2013 03:27 PM
sedap jugak time teringin....
Author: ninja boy Time: 17-6-2013 03:32 PM
dah tua2 ni harus kurangkan makanan berproses
Author: bianglala Time: 17-6-2013 04:55 PM
dulu suka sosej, sekarang tak suka pulak.. hmm
Author: Esperanza Time: 18-6-2013 12:37 AM
Sosej & honey mustard... yums!!
Author: nurr Time: 3-9-2013 04:13 PM
dulu fobia nak makan sosej sbb penah makan pastu muntah..tataw nape..time ms tu teringat lembu punye tutttt
skang dh leh mkn sket2 tp kne makan ngn roti
Author: myakayina Time: 3-9-2013 04:30 PM
Author: mitnick Time: 3-9-2013 05:14 PM
lps blk je dr seminar psl mknn & hak2 pengguna, tros xbrp ade perasaan nk mkn sosej.
Author: nreezt Time: 3-9-2013 05:49 PM
mitnick posted on 3-9-2013 05:14 PM
lps blk je dr seminar psl mknn & hak2 pengguna, tros xbrp ade perasaan nk mkn sosej.
kenapa? kenapa?
Author: mitnick Time: 3-9-2013 05:51 PM
nreezt posted on 3-9-2013 05:49 PM
kenapa? kenapa?
disebabkan bhn2 yg digunakan (menurut penceramah itu). eksrak sana, ekstrak sini.
Author: TravelerPoyo Time: 3-9-2013 06:04 PM
teringat sosej kat ikea.... nk pegi sekarang jugakkk! hahaha
Author: malaywood.NET Time: 3-9-2013 11:04 PM
dr dulu tertanya tanya kenapa diberi nama hot dog..
Author: shamsadis Time: 4-9-2013 09:14 AM
Sosej Omakane Keluaran Bumiputera
https://www.facebook.com/Omakane‎
"Pengunjung bukan sahaja dapat menimba ilmu melalui aktiviti ceramah, seminar dan kursus yang disediakan, malah dapat informasi mengenai produk makanan halal terbaharu di pasaran. Antara produk tersebut termasuk sosej keluaran Omakane Sdn. Bhd. yang boleh terus dimakan tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0503&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_02.htm#ixzz2dsl1XpN6
Hakcipta terpelihara
Omakane – Jenama IslamMukminBrands | Jenama Islam, Makanan Dan Minuman | August 1, 2013
Omakane adalah jenama Makanan Segera yang terdiri daripada Sosej Pelbagai Perisa. Omakane adalah Jenama Islam yang diusahakan oleh Syarikat Omcorp Sdn. Bhd yang berpengkalan di Kajang, Selangor. Syarikat Omcorp Sdn. Bhd dimiliki oleh orang Islam.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Omakane
http://www.mukminbrands.com/2013/08/01/omakane-jenama-islam/
OMAKANE PRODUK TEKNOLOGI JEPUN KINI DI MALAYSIA
Oleh : Normazita @ Siti Hajar Mansor & Rahmat bin Elli (Peserta KKBS Siri 1/2012 )
[email protected]/ [email protected]
PUTRAJAYA, 27 MEI 2012 – Bersempena Sambutan Hari Belia Negara 2012, booth pameran Festival Jepun turut memperkenalkan produk makanan baharu yang dikenali sebagai ‘ OMAKANE ’.atau makanan yang merupakan sosej segera yang boleh dimakan tanpa perlu dimasak dan disejuk bekukan.
Mula dipasarkan di negara ini oleh Syarikat Bumiputera Omcorp Sdn. Bhd. dengan kerjasama Syarikat Jepun, Hayashikane Co. Ltd. ‘OMAKANE ’ halal dimakan dan boleh di dapati dalam tiga perasa,iaitu Tori Fish, Otak- otak dan Cheese In. Ia tahan dalam suhu bilik sehingga enam bulan serta rendah kolesterol dan tinggi kandungan protein. Makanan ini merupakan inovasi tenologi Jepun dan dijual pada harga RM1 sebatang sempena HBN 2012.
Produk ini boleh didapati di pasaraya utama seperti Carrrefour dan Giant pada harga RM 1.30 sebatang. Selain jualan produk, booth Festival Jepun turut mengadakan pameran lukisan dan pertunjukan pentas setiap malam bermula pada 23 Mei lalu dan berakhir pada hari ini.
http://www.kbs.gov.my/index.php/bm/component/content/article/1610-omakane-produk-teknologi-jepun-kini-di-malaysia
Sosej Omakane Keluaran Bumiputera
Author: shamsadis Time: 4-9-2013 09:18 AM
clara_nur posted on 16-6-2013 08:34 AM
kt mesia ni,sosej jenama apa plg sedap ehh
yang paling sedap pernah aku makan sehingga September 2013
keluaran bumiputera
Author: Mamason Time: 4-9-2013 10:56 AM
shamsadis posted on 4-9-2013 09:18 AM
yang paling sedap pernah aku makan sehingga September 2013
Ada jual kat mana sosej mcm nie??? nampak sedappp laaa.... how much?
Author: shamsadis Time: 4-9-2013 11:09 AM
Mamason posted on 4-9-2013 10:56 AM
Ada jual kat mana sosej mcm nie??? nampak sedappp laaa.... how much?
aritu beli kat Giant, Kinrara...harga dalam RM1 lebih gitu...sedap woooo...yang best takder bahan asing dalam campuran dia so tak takut nak makan...
Author: supernaturalee Time: 4-9-2013 11:18 AM
malaywood.NET posted on 3-9-2013 11:04 PM
dr dulu tertanya tanya kenapa diberi nama hot dog..
yelah, t'tny jgk, napa diberi nama hot dog?
ade kena mengena dgn anjing ke?
so, sosej dimana???? (ala iklan pizza hut)
Author: Mamason Time: 4-9-2013 11:23 AM
shamsadis posted on 4-9-2013 11:09 AM
aritu beli kat Giant, Kinrara...harga dalam RM1 lebih gitu...sedap woooo...yang best takder bahan ...
owhhh...kat giant ada eh? kat bahagian sejuk beku ke? or memang dia jual kat bahagian mana? kalau betul ada harus dicari jugak boleh rasa ...sbb memang nampak menarik pun kan? hehehe... Anak2 I suka sgt hot dog... setiap pagi buat hot dog utk breakfast pun depa rela.... tapi tak boleh laa selalu2 kan....
Author: shamsadis Time: 4-9-2013 03:34 PM
Mamason posted on 4-9-2013 11:23 AM
owhhh...kat giant ada eh? kat bahagian sejuk beku ke? or memang dia jual kat bahagian mana? kalau ...
ada ....diaorang letak depan kaunter selalunya dalam rak warna merah berdekatan dengan makanan siap masak....urban nya anak2 ko makan sosej selalu
Author: alphawolf Time: 4-9-2013 04:10 PM
Kalau ikut cerita, sekitar hujung abad ke-19, ada penjual makanan ni jual makanan Jerman (sosej tu la antaranya) dan diberi nama dachsund sandwich. Dachsund tu satu jenis anjing yang badan panjang (macam sosej). Sebab ada sorang kartunis akhbar tak reti nak eja 'dachsund' dia tukar aje jadi 'hot dog'...gitu le....
Author: Mamason Time: 4-9-2013 04:17 PM
shamsadis posted on 4-9-2013 03:34 PM
ada ....diaorang letak depan kaunter selalunya dalam rak warna merah berdekatan dengan makanan sia ...
Owhhh...xper, nanti kalau gi Giant mama cari... hehehe...urban?? mana ada urban, bukan laa hari2, buat yg senang jerk sbb mama kerja, kalau nak buat nasik lemak pagi2, jenuh teman...ujung2 minggu boleh ler layankan...kalau idak, simple cenggitu udah, asalkan breakfast udah..... paling senang makan coco crunch letak susu jerk... laaaagiiiiii hepi mama... hehehehe...
Author: shamsadis Time: 4-9-2013 04:23 PM
Mamason posted on 4-9-2013 04:17 PM
Owhhh...xper, nanti kalau gi Giant mama cari... hehehe...urban?? mana ada urban, bukan laa hari2, ...
selalu aku bawak p camping atau mancing je sosej omakane nie...senang...tak perlu masak bukak makan lagipun kene dengan selera tekak Melayu nie
Author: Mamason Time: 4-9-2013 04:25 PM
shamsadis posted on 4-9-2013 04:23 PM
selalu aku bawak p camping atau mancing je sosej omakane nie...senang...tak perlu masak bukak maka ...
Iyer??? wahhh nie yg teruja mama nak cari ni...senang kalau nak gi mana2 buat bekal yer dok??? lagi satu boleh bagi anak2 bawak gi sekolah... hehehehe....sonangg omak ekau... hahahaha...
Author: cik_luna Time: 4-9-2013 08:13 PM
suka makan sosej!
tapi tgok pic tuh aku mula nak
Author: bumblebee77 Time: 4-9-2013 09:01 PM
kilang kat msia mcm tuh gak ke?
Author: RedClip Time: 5-9-2013 05:00 PM
oooo macam tu ek buat sosej
Author: azilamie2 Time: 25-9-2013 02:55 AM
oh dengan bersusah payah gakla buat
Author: BelovedTaeyeon Time: 25-9-2013 09:34 AM
Salaam.
Kat Malaysia orang panggil hotdog.
Kat Barat orang panggil sausage.
Banyak jenis sebenarnya...besar dan kecil.
Banyak istilah.
Salami pun ada.
http://en.wikipedia.org/wiki/Salami
Pernah kemaruk nak rasa...sanggup gi beli kat Mid Valley
Mahal.
Ingat pesanan Dr. Oz; jangan makanan yang kita tak tahu kandungan dan khasiatnya a.k.a yang diproses di kilang.
Cam sosej, pizza, burger etc.
Last edited by BelovedTaeyeon on 25-9-2013 09:37 AM
Author: larikesurga Time: 25-9-2013 04:20 PM
aku nye sosej sedap...
Welcome to CariDotMy (https://b.cari.com.my/) |
Powered by Discuz! X3.4 |