CariDotMy

Title: 2 pelancong Sepanyol maut akibat kemalangan belon udara panas di Cappadocia [Print this page]

Author: Highflyer19    Time: 18-10-2022 09:43 PM
Title: 2 pelancong Sepanyol maut akibat kemalangan belon udara panas di Cappadocia
[attach]2561395[/attach]

ANKARA: Dua pelancong Sepanyol terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan belon udara panas di Cappadocia, Turkiye hari ini, menurut pihak berkuasa tempatan.

Belon udara panas milik syarikat swasta itu dilaporkan berlepas dari Zelve Ruins daerah Avanos dan membuat pendaratan cemas di wilayah Killik akibat cuaca tidak menentu, menurut pejabat gabenor wilayah dalam satu kenyataan.

Ketika kejadian belon udara itu membawa 28 penumpang dan dua kru.

Menurut siasatan awal, kemalangan berpunca akibat angin bertiup kencang secara tiba-tiba, lapor Xinhua memetik kenyataan itu.

Siasatan lanjut sedang dijalankan manakala mangsa yang cedera kini dirawat di hospital.


Cappadocia terkenal dengan belon udara panas dan menjadi destinasi pelancongan terkemuka buat pelawat domestik dan asing.

Destinasi ini menjadi antara lokasi yang membolehkan pengunjung menaiki belon udara panas hampir sepanjang tahun kerana cuaca ideal di rantau ini.

- BERNAMA


https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2022/10/1013997/2-pelancong-sepanyol-maut-akibat-kemalangan-belon-udara-panas
Author: Highflyer19    Time: 18-10-2022 09:45 PM
Salam takziah kpd keluarga...seronok naik belon tu...tak sempurna lawatan ke turkiye kalau tak naik belon di cappadocia
Author: lattehazelnut    Time: 18-10-2022 09:48 PM
Muat pulak 28 org
Author: Highflyer19    Time: 18-10-2022 09:54 PM
Memang itu muatan dia...max rasanya
Author: Solokkk    Time: 18-10-2022 10:02 PM
Takziah…..
Author: green~tea    Time: 18-10-2022 10:17 PM
lattehazelnut replied at 18-10-2022 09:48 PM
Muat pulak 28 org

Bakul dia byk size... ada byk compartment...
Author: syamzana    Time: 18-10-2022 10:50 PM
masa naik seronok best...lepas turun blh plak matsaleh sebelah ckp byk gak berlaku kejadian x best, terus kecut perut. mujur dah naik pasni tobakk tak teringin dah

takziah. mimpi ngeri percutian kalau
Author: .HannahMontana.    Time: 19-10-2022 12:15 AM
untuk sekeping gambar mmg cantik dna menarik permandangan belon belon panas tengah parking atau sedang  terapung di udara

risiko mmg risiko

Aku xminat jenis jenis mcm ini

eosk di syurga lah naik belon panas
Author: Page88    Time: 19-10-2022 12:17 AM
Rest In Peace.
Author: Page88    Time: 19-10-2022 12:17 AM
Rest In Peace.
Author: I.K.A888990    Time: 19-10-2022 01:23 AM
salam takziah
Author: faraway1    Time: 19-10-2022 02:18 AM
Scary nya....
Author: tikusmontok    Time: 19-10-2022 03:47 AM
Jatuh dari belon kah? Mujur tak meletup, kalau tak ramai mangsa.
Author: bungarose    Time: 19-10-2022 06:12 AM
lattehazelnut replied at 18-10-2022 09:48 PM
Muat pulak 28 org

Iyer muat
Ikut size bakul
Time i g satu bakul tu ader 4 sides
5 people each side
Memang best ler antara wishing list g turkey
Author: Themilo    Time: 19-10-2022 07:35 AM
bungarose replied at 18-10-2022 10:12 PM
Iyer muat
Ikut size bakul
Time i g satu bakul tu ader 4 sides

beraninyahhhhh.. btw, uols bayar berapa naik benda tu? USD150 ke?

Author: black_handbag    Time: 19-10-2022 07:45 AM
berita tu xdetail bagitau cane cara meninggal. atau apa jadi sampai meninggal
Author: bungarose    Time: 19-10-2022 03:41 PM
Themilo replied at 19-10-2022 07:35 AM
beraninyahhhhh.. btw, uols bayar berapa naik benda tu? USD150 ke?

200usd per pax
Landing atas lori dia yer bukan atas tanah
Author: clarizsa    Time: 19-10-2022 07:38 PM
I teringin nk p sana
Tapi byk hal menakutkan pulak hmmm
Author: kakikuDibibirmu    Time: 19-10-2022 08:37 PM
Ingat Türkiye ingat burger benjol, apa punya turrrrrr..., inilah akibatnya kalu buku bertemu dengan ruam lampin, itupun ada hati nak interview jadi cikgu katanya! Pepatah Jawa ada mengatakan crab want to teach its children how to walk in straight line, edayildiz tersenyum sinis
Author: dekmieDandy    Time: 20-10-2022 09:59 AM
baru balik turkey bulan lepas

alhamdulillah, takda apa kejadian time naik belon ni, tapi naik kat pamukkale

cuma dalam flight je, 2 orang meninggal
Author: uda    Time: 20-10-2022 10:05 AM
dekmieDandy replied at 20-10-2022 09:59 AM
baru balik turkey bulan lepas

alhamdulillah, takda apa kejadian time naik belon ni, tapi naik kat p ...

Ohh You dalam flight tu. Kalau I, memang menakutkan. Insaf.

Mula2 singgah pakistan kan, then sorang lagi di KLIA. semoga roh arwah ditempatkan bersama2 para sollihin

Author: dekmieDandy    Time: 20-10-2022 10:07 AM
uda replied at 20-10-2022 10:05 AM
Ohh You dalam flight tu. Kalau I, memang menakutkan. Insaf.

Mula2 singgah pakistan kan, then sora ...

iya, sorang tu memang group travel sekali, lagi satu grouo travel lain





Welcome to CariDotMy (https://b.cari.com.my/) Powered by Discuz! X3.4