CariDotMy

Title: Misteri : Sumpahan Sang Ikan [Print this page]

Author: Syd    Time: 4-2-2009 10:32 AM
Title: Misteri : Sumpahan Sang Ikan
Dok terbaca, katanya ada beberapa jenis ikan nih dikatakan ada sikit special laaa..
Ada sesetangah keturunan tak boleh makan, kalau makan gak rasalah penangan nye...hehe


1. Sumpahan Ikan Tapah di Perak
  - keturunan Pak Kaduk
   - asal Lambor Kiri, Lambor Kanan
  - tak boleh makan ikan Tapah


ni ropa ikan tapah






/- calling calling for stormyrain. meh citer pasal orang kampung hang nih.
Author: Syd    Time: 4-2-2009 10:36 AM
then....dikatakan plak...

2.  Sumpahan Ikan Patin di Brunai.
   - Keturunan Pengiran Laga.
   - (keturunannya banyak di Sarawak tak boleh usik ikan patin sedikitpun)




ni ikan patin (ni orang dapat patin ka taman negara). ikan patin brunei ada beza ka?

ada orang brunei tak sini? meh laa share....



Author: Syd    Time: 4-2-2009 10:42 AM
3.  Ada keturunan tak boleh makan ikan kekacang / alu-alu,
   - Kalau makan naik kelopak garam, gatal2 (macam alergik).
   - Kononnya ikan tu dah kena sumpah dek bota laut.



Author: mummyqis    Time: 4-2-2009 10:44 AM
aku ader gak dengar...pantang larang ni...ada tu sampai bleh mati...
cuber story sikit nak tahu gak
Author: Syd    Time: 4-2-2009 10:44 AM
yang 1 2 3 tu jupe kat thread pantang larang keturunan kat bod misteri, seram tu laa

tu hari p bod N9, ada plak tjupe thread, dok tanya
betul ke orang minang tak leh makan ikan talang?





Author: Syd    Time: 4-2-2009 10:49 AM
Title: Reply #6 shamila7479's post
ikan yang mana satu goreng sodap?
Author: shamila7479    Time: 4-2-2009 10:49 AM
1st time dngr ni..
tapi kalau aku, goreng pun sodap
Author: singgahjer    Time: 4-2-2009 10:49 AM
Title: Balas #1 Syd\ catat
yg ni aku pernah dengar dan pernah baca dlm mastika..
smpi ada yg mati kalau langgar pantang larang ni....
Author: Syd    Time: 4-2-2009 10:55 AM
Title: Reply #8 singgahjer's post
Misteri: Kancing emas penawar sumpahan
Oleh Mohd Idris Sulaiman


Keturunan Pak Kaduk jika terkena air ikan tapah akan alami gatal-gatal, sakit kulit terbakar

HASMAH menceritakan pengalaman mengalami sakit seperti kulit
terbakar kerana tersentuh ikan air tapah


SUMPAHAN ikan tapah sehingga kini terus menjadi misteri terutama membabitkan waris Pak Kaduk yang percaya keturunan lelaki itu tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkhianati secara sengaja atau tidak, ikan berkenaan.

Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan Pandak Logam Pandak Demat, seorang daripada keturunan Pak Kaduk yang terbabit sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang ikan tapah.

Pandak Logam dilahirkan pada 1873 dan meninggal dunia pada 1963 pada usia 90 tahun.

Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas yang ditemui dalam perut ikan tapah yang masih ada, ia berbentuk 慹mpat segi iris wajik
Author: Syd    Time: 4-2-2009 11:05 AM
Title: Reply #9 Syd's post
stok-stok bahan diangkut dari bod misteri. koleksi si sya_sugar. hehe.









Hajjah Asmah bt. Pandak Logam bersama air rendaman keronsang emas yang didakwa sebagai penawar penyakit daripada sumpahan ikan tapah tersebut



Inilah keronsang emas yang telah dibungkus rapi untuk memudahkan penyimpanannya


/- katanya selain keronsang emas, kancing emas lebih kurang mcm tu laa..buleh gak
Author: Syd    Time: 4-2-2009 11:11 AM
ikan kelisa ada orang makan tak?






terbaca, ada keturunan2 tertentu tak leh makan.


masak apa sodap ikan kelisa nih?
Author: Syd    Time: 4-2-2009 11:14 AM
Pantang Larang Di Sungai


1. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.



/- ada sesapa yang sudi nak meng-explain maksud pantang larang nih? lompat ke perut lantas dikekah ke apa?
Author: Syd    Time: 4-2-2009 11:24 AM
Title: Reply #11 Syd's post
tahu dah.

ikan kelisa lebih dikenali arowana, orang tuo dulu panggil ikan nie ikan sarung golok.

jenuh dok carik, ikan sarung golok nih apa
Author: ^^langkasuka^^    Time: 4-2-2009 11:33 AM
Title: Balas #11 Syd\ catat
goreng pon sodap..
Author: Syd    Time: 4-2-2009 11:39 AM
Title: Reply #14 ^^langkasuka^^'s post
laaa

ikan tu rupanya orang makan yek

ingatkan buat perhiasan je


Author: Syd    Time: 4-2-2009 11:40 AM
tadi aku terbaca, kat bod melaka

ada forumer keturunan bugis, tak leh makan ikan talang
Author: mummyqis    Time: 4-2-2009 11:48 AM
ko carilar syd...
karang aku baca jer
Author: Syd    Time: 4-2-2009 11:51 AM
Title: Reply #17 mummyqis's post
carik apa?

tang ikan yang mana satu?
Author: Syd    Time: 4-2-2009 12:18 PM



Author: Syd    Time: 4-2-2009 01:43 PM
Title: Reply #5 Syd's post
Ikan talang atau ikan panau ni amat tidak sesuai dimakan oleh orang yang berpenyakit kulit tetapi bagi sesiapa yang tidak berpenyakit kulit boleh lah makan.Daging ikan ni amat lemak rasanya dan sangat sedap kalau digoreng atau dimasak asam pedas.

Ikan kering talang amat sedap kalau di masak lemak bersama nangka muda(gori) atau pisang.Bagi orang cina dia orang tak makan ikan ni kerana  mereka mengatakan ikan ni sebagai
ikan TOPEKONG.......????




dah tahu dah naper orang 'pantang' makan ikan talang...



Author: pokwo    Time: 4-2-2009 03:04 PM
pasal cerita pantang larang ni kakak ipar aku orang sarawak..keturunan Melanau..keturunannya xleh makan ikan haruan. kalau makan bdn jadi gatal2..kalau makan ikan keli boleh jadi gila...pernah jgk aku tanya abg aku..tak try ke makan ikan tu..dia cakap kalau setakat gatal2 ok ler...kalu jd gila mcm mana????
Author: ctredzuan    Time: 4-2-2009 03:16 PM
Originally posted by Syd at 4-2-2009 11:24 AM
tahu dah.

ikan kelisa lebih dikenali arowana, orang tuo dulu panggil ikan nie ikan sarung golok.

jenuh dok carik, ikan sarung golok nih apa


ikan kelisa ni bukan ikan sarung golok, ikan sarung golok ni kepala dia mcm sarung parang mcm ikan aji2 gitu , dia tirus panjang, rupa sekali pandang ikan tenggiri, ikan ni ramai tak makan, kalau dapat akan buang tp hb pernah mancing ke laut, dia cakap tekong gorengbuat makan pagi sedap ya amat!

ikan kelisa @ arowana air tawar kan, dia bukan duk laut, sarung golok duk laut, kelisa ni suka makan lipas, lipan, sanggup ke korang goreng makan, hee... tp kelisa ni ikan termahal, kan, kiranya sapa2 makan, memang mahal le sekor dia yg besar, bak raja makan santapan gitu

citer ikan kekacang ni, memang wujud kat kelantan, zaman dulu kala, keturunan wan dr tanah arab datang berdagang ke laut china selatan masa tu ribut taufan kat laut, mereka solat hajat,tolong selamatkan mereka semua, Allah datangkan sekumpulan ikan kekacang dan janji keturunan wan ni kat ikan2 tu, keturunan dia akan muntah darah sekiranya makan ikan kekacang, berikutan dr ikan itu tolong derang mendarat dengan selamat.

kalau tak silap keturunan raja jembal kelantan takleh makan, keturunan raja jembal adalah tuan guru nik abdul aziz, kan..
Author: Syd    Time: 4-2-2009 03:28 PM
Title: Reply #21 pokwo's post
hehheheh

tul gak tu


Author: Syd    Time: 4-2-2009 04:00 PM
Cara elak alah ikan talang


SEBUT saja ikan talang tentu berkait rapat dengan ikan kering yang lumrah berada di pasaran tempatan terutama di kalangan pembekal ikan masin di seluruh negara, namun tidak kurang juga mereka yang kurang berminat untuk makan kerana akan menimbulkan pelbagai penyakit.

Tentu ada cara untuk mengelak daripada terkena penyakit berkenaan selepas memakannya. Justeru Petua Pak Nuri kali ini cuba mendapatkan ikhtiar bagi mereka yang alah jika menyentuh atau makan ikan talang yang dikatakan sangat enak itu.

Daripada risik yang diperoleh daripada beberapa rakan yang berpengalaman jika seseorang itu alah dengan ikan talang terutama menyebabkan gatal seluruh badan selepas memakannya langkah yang perlu diambil ialah dengan mengoreng sebahagian ikan talang hingga garing dan tumbuk isi ikan terbabit hingga hancur dan halus lalu disapukan di tempat alahan untuk beberapa kali lalu membiarkannya hingga kering.

Spesies ikan talang yang terkenal dengan menyambar umpan di permukaan air sangat ganas ketika bertarung terutama apabila merasai dirinya (ikan) sudah menjadi mangsa pemancing. Bagaimanapun keganasan itulah yang sangat digemari kaki pancing kerana dapat menguji kemahiran masing-masing.

Apa pun yang diperkatakan terhadap spesies ikan yang cuma dikaitkan dengan ikan kering itu sebenarnya mempunyai rasa isi yang lazat walau dicelah-celah tulang tajam berselerak itu. Cara untuk mendapatkan isi ikan berkenaan dengan tidak menjejaskan isinya anda perlu kukus ikan talang berkenaan sehingga masak, kemudian mengeruk isinya menggunakan garfu.

Isi ikan talang yang sudah tidak bertulang itu boleh dimasak mengikut selera masing-masing tapi yang terbaik anda boleh buat sup atau bebola ikan serta digoreng tepung.

Kepada penggemar nasi goreng boleh juga menjadikan talang sebagai sebahagian dariapda rencahnya. Mereka yang alah boleh mencuba petua yang diturunkan diatas atau jika rasa takut jangan paksa untuk memakannya.
Author: stormyrain    Time: 5-2-2009 09:36 PM
syd dah tepek semua .. aku nak cerita apa lagi? tapi di perak ni memang banyak tempat ambik sempena nama tapah.

ada tapah, di kaki jalan nak naik ke cameron highland

ada tapah road, di perjalanan antara tapah nak ke teluk intan

dan ada sungai tapah di ipoh.

aku dengar keturunan yg pantang mkn ikan tapah ni memang berpantang sungguh2. hinggakan anak2 pun takut nak cuba-cuba makan ...

keturunan tak makan ikan tapah ni bagaimanapun ramai di lambor. lambor ni kalau korang nak tahu banyak makan-makan lama sultan perak zaman dulu. kiranya pasir salak tempat lahirnya nasionalisme melayu, pun idak lah jauh sangat dari sini.

berbalik kepada ikan tapah (since ini bod mancing ikan ) aku belum pernah jumpa dgn sesiapa pun yg pernah makan ikan ni sama ada di tapah, lambor mahupun di ipoh.

[ Last edited by  stormyrain at 5-2-2009 09:46 PM ]
Author: Syd    Time: 6-2-2009 09:57 AM
Title: Reply #25 stormyrain's post
u try test laa?

u keturunan apa?

Pak Kaduk?

Pak Pa**ir? - siyes, u buat i gelak laa last nite..hhaahahah


Author: stormyrain    Time: 6-2-2009 11:05 PM
u try dulu ...

[ Last edited by  stormyrain at 7-2-2009 12:05 AM ]
Author: kfc    Time: 8-2-2009 11:34 PM
Title: Balas #9 Syd\ catat
Salam..

Tuan Syed orang Lambor ke.....Tau detail tentang crita Pak Kadok....Pak Kadok tu Moyang Kepada Moyang saya...Pantang larang tu memang keturunan Pak Kadok terpaksa Perakui secara tidak langsung.....
Author: Syd    Time: 9-2-2009 09:42 AM
Title: Reply #28 kfc's post
wahhhh

ada forumer keturunan tok kaduk kat sini


meh laa share citer....


/- kisah2 yang orang lain tak tahu pasal ikan tapah, keturunan tok kaduk ni, selain yang dikisahkan dalam artikel diatas. mmg teruk ke penangan sumpahan ikan tapah nih?
Author: kfc    Time: 10-2-2009 11:03 PM
Title: Balas #29 Syd\ catat
Salam....

Boleh dikatakan ape yang Tuan crita tu banyak yang betul.. .Sebaiknya mencegah lebih baik dari mengubati.Kita kena amik IKTIBAR dari crita tersebut.Banyak maksud yg tersirat disebalik crita tersebut.Baik jadi Jahat jadi Baik, Mulia jadi Hina Jadi Mulia.SEMUA yang baik-baik dari ALLAH TA"ALLA.....
Author: Syd    Time: 11-2-2009 05:16 PM
alaa...

dah bertuan-tuan plak




rasa mcm dah tua
Author: donut_1752    Time: 28-2-2009 04:21 PM
Originally posted by Syd at 4-2-2009 10:55
Misteri: Kancing emas penawar sumpahan
Oleh Mohd Idris Sulaiman


Keturunan Pak Kaduk jika terkena air ikan tapah akan alami gatal-gatal, sakit kulit terbakar

HASMAH menceritakan pengalama ...




aku knal family yg x muley mkn ikan tapah ni
skunk d kt rawang...aku dpt taw pn mse ikut fmily dieowg braya kt tapah
Author: encikdodol    Time: 13-3-2009 01:46 PM
Title: Balas #16 Syd\ catat
bini ku tak makan ikan tuh..
ade keturunan bugis la.. kate mak bpk die, boleh kena putih2 cam sopak gitu.. taktau la ye ke tak sbb b4 tak penah dgr.. dan tak penah pulak kaji secara saintifik.. :victory:

[ Last edited by  encikdodol at 13-3-2009 13:49 ]
Author: Syd    Time: 13-3-2009 02:17 PM
Title: Reply #33 encikdodol's post
so..mmg ada lah pantang larang nih
dalam keturunan bugis


Author: ctaz    Time: 13-3-2009 03:51 PM
Originally posted by Syd at 4-2-2009 10:32
Dok terbaca, katanya ada beberapa jenis ikan nih dikatakan ada sikit special laaa..
Ada sesetangah keturunan tak boleh makan, kalau makan gak rasalah penangan nye...hehe


1. Sumpahan Ikan Ta ...



keturunan teman memang dilarang sama sekali mkn ikan nih......jgn kata mkn...
kena air ikan tu pon tak bole.....
Author: Syd    Time: 25-5-2009 02:50 PM
Ikan merah

Menurut kepercayaan Orang Laut pantai barat, negeri Johor. ikan juga mempun瓂ai badi. lkan vang dikatakan kuat badinya ialah ikan merah yang ganjil daripada biasa. lkan ini mempunyai sisik yang terbalik atau sisiknya tegak. Sekiranya ikan merah seumpama ini ditangkap, ia hendaklah dipukul teriebih dahulu, atau dijirus dengan air sejuk dari kepala hingga ke ekor beberapa kali hing璯a sisiknya kembali normal.

lkan merah yang memakan anak ikan yang masih hidup dalam mulutnya juga tidak boleh diusik. lkan yang masih hidup itu tidak boleh dikeluarkan dari mulutnya. Kalau ini dilakukan, pelakunya akan terkena badi. Pernah terjadi nelayan yang cuba mengeluarkan anak ikan yang masih hidup dari mulut ikan merah telah terke璶a badi. Kemudian menyebabkannya tidak sedarkan diri di tempat kejadian itu. Matanya terbeliak putih, tangannya asvik memegang lehernya meminta tolong kerana terlalu kesakitan.
Author: hjrayle    Time: 8-11-2009 09:09 PM
keturunan nenek dato aku tak leh makan ikan patin...
sumpahan ...macam..kalau tak cacat , gila,
Author: KartikaBudiasih    Time: 11-11-2009 07:28 PM
x pernah dengar pantang larang makan ikan
Author: manjung87    Time: 6-2-2010 07:58 AM
Eh benor.. Mak teman pernah citer, sepupu dia or adik dia ntah pernah termakan ikan tu.. Habih gatai gatai satu badan kabornyer.. Maybe citer ni benor.. Tp boleh gak jadi allergic reaction.. Maybe genetics issue ke..
Author: yastross    Time: 8-2-2010 10:25 AM
39# manjung87

Lagi...syok gak baca kisah nih..
Author: ekin_mache    Time: 8-3-2010 08:19 PM
saya keturunan raja jembal kelantan ngan adek saya..
yang kami tahu ..kami tak boleh makan rebung,ikan duri,keladi,

apa lagi erk..yang tak leh makan..
kami dah 8 tahun terkena penyakit kulit ...mungkin terlanggar pantang larang

ikan kekacang tu ada dalam keropok ikan
Author: ngah_mache    Time: 9-3-2010 12:40 PM
3# Syd
Author: ngah_mache    Time: 9-3-2010 12:47 PM
salam..abang syd,dulu dulu time saya masih kecil..mak dengan nenek saya selalu cerita yang kitorang nih darah keturunan raja jembal..tapi saya tak berapa pasti sebab semua tu kan kisah lama lama...kisah nenek moyang kami dulu2..
tapi mak saya selalu pesan yang kitorang memang tak boleh makan ikan kekacang dengan rebung buluh..tapi kitorang tak pernah tanye pom kenapa..tapi bila dah besar kitorang dah termakan semua tuh..so sekarang niy saya dengan kakak saya dah terkena 1 penyakit kulit yang tak sembuh2 sampai sekarang..kitorang dah 8 tahun mengalami penyakit niyh..d0ktor adew cakap pnyakit niy pnyakit keturunan..tapi kami tak terfikir plak yang keturunan kami adew pantang larang sampai macam tuh..abang syd boleh tolong saya terang kan balik tak kat saya tentang pantang larang keturunan raja jembal dengan akibat melanggar nya..trima kasih...
Author: yastross    Time: 9-3-2010 07:31 PM
salam..abang syd,dulu dulu time saya masih kecil..mak dengan nenek saya selalu cerita yang kitorang nih darah keturunan raja jembal..tapi saya tak berapa pasti sebab semua tu kan kisah lama lama...kis ...
ngah_mache Post at 9-3-2010 12:47


Woww...betoi ke nih!!! menarik utk dibongkarrr!!! Tp sape lak yg nk membongkarkannye ekkk???.
Kene masuk kat bod misteri kott...
Author: cmf_peace    Time: 4-4-2010 01:31 AM
Pantang Larang Di Sungai


1. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.



/- ada sesapa yang sudi nak meng-explain maksud pantang larang nih? lompa ...
Syd Post at 4-2-2009 11:14


Salah tu.. jika nampak toman membawa anak, jangan luper lontar gewang kat kawanan anak dia...
hehehe
Author: yastross    Time: 4-4-2010 04:56 PM
45# cmf_peace

Kalau dh kaki pancing...mmg x leh nk wat pe arrr!!!!
Hehehehe....tegar amat tuuuu!!!
Author: tabasco    Time: 20-4-2010 07:52 PM
ikan kaloi ade yang makan tak?
aku penah bela ikan kaloi putih besar akuarium.
tapi dah mati.aku tak makan pun.tak sanggup nak makan.




Welcome to CariDotMy (https://b.cari.com.my/) Powered by Discuz! X3.4