CariDotMy

Title: ---{@ Bunga Rasmi Negeri Korang? @}---- [Print this page]

Author: razifah    Time: 7-11-2006 05:59 PM
Title: ---{@ Bunga Rasmi Negeri Korang? @}----
Bunga Negeri Melaka :pmuka:





Kesidang atau nama botaninya "canangrium scortechinii" merupakan sejenis tumbuhan kecil tetapi keras dan dahannya mengembang di atas junjung yang dibina untuknya. Seluruh bahagian pokok ini mengandungi getah, daunnya mirip daun sirih, rimbunannya memberi naungan kepada pokok-pokok lain yang berdekatan. Bentuknya yang kecil dan sifatnya yang lembut menjadikan Kesidang sebagai bunga yang dijadikan hiasan di tempat-tempat yang terhormat.

Masyarakat tradisi Melaka menjadikan Kesidang sebagai bunga dandanan rambut wanita, hiasan pengantin dan alat-alat upacara adat seperti tepak sirih dan bunga rampai.

Kesidang melambangkan kesederhanaan watak dan peribadi masyarakat Melaka yang ramah dan sopan-santun.




--------{@ ini lah bunga rasmi negeri melaka. Negeri lain pula mcm mana? Sesape ader info?

[ Last edited by  razifah at 3-1-2007 03:21 PM ]
Author: kempot    Time: 7-11-2006 08:35 PM
teringat la  plak umah lame kat tmn kesidang melaka... ghupenye ade name bunga kesidang e..

ape bunga negeri johor... hehe.. tak tau la plaks..

[ Last edited by  kempot at 7-11-2006 08:37 PM ]
Author: nazurah    Time: 8-11-2006 07:47 AM
Bunga rasmi negeri johor adalah bunga inai merah...and bunga rasmi pasir gudang pulak bunga cempaka kuning...nnt chek google cari chek tepek kat sini k...
Author: Mas916    Time: 8-11-2006 07:55 AM
penang apa plak...arr..bunga pokok pinang ek....kuikuikui...
Author: nazurah    Time: 8-11-2006 07:57 AM
yang ni inai merah...aka crepe myrtle



yang ni plak cempaka kuning

Author: DkNatasah    Time: 15-11-2006 08:02 PM
Title: simpur
BRUNEI DARUSSALAM hmm bunga resmi nya bunga simpur hehhe sorry nanti bila ada gambar ada tasha paste kan kemari
Author: nazurah    Time: 16-11-2006 03:37 PM
I tahu bunga simpur tu apa...

kat johor kita panggil daun tempe...psl guna daunnya yg lebar tu wat bungkus tempe. Bila tgk satu rancangan brunei tajuknya florist jejari hijau...dia guna bunga simpur utk buah gubahan. lawa gak..
Author: alibnmat    Time: 16-11-2006 10:59 PM
species inai merah (pic) tu yg digunakan utk menginai jarikah?
Author: nazurah    Time: 17-11-2006 08:24 AM
uikss....bukan alib...

yg menginai jari tu bunganya lebih kecil dan daunnya juga lain. Inai merah ni selalu org tanam tepi jalan...tak pnah plak try inai jari ngn inai merah ni...
Author: mrsaafifi    Time: 17-11-2006 10:23 AM
penang bunga rasminya bunga tanjung..

pahang bunga teratai..

perlis x ingat lah pulak.. boleh tanya ngan datin seri shamsiah
Author: razifah    Time: 20-11-2006 05:34 PM
Originally posted by mrsaafifi at 17-11-2006 10:23 AM
penang bunga rasminya bunga tanjung..

pahang bunga teratai..

perlis x ingat lah pulak.. boleh tanya ngan datin seri shamsiah


datin tu sape?:hmm:
Author: haniman    Time: 21-11-2006 09:49 AM


Pokok ni di KL orang panggil pokok bunga kerak nasi.  Di sebelah pantai timur Bungak Tikam Teladam.  Wangi bau ni.  Kak iman tanam pokok ni menjalar di pagar rumah.
Author: razifah    Time: 21-11-2006 03:13 PM
Originally posted by haniman at 21-11-2006 09:49 AM


Pokok ni di KL orang panggil pokok bunga kerak nasi.  Di sebelah pantai timur Bungak Tikam Teladam.  Wangi bau ni.  Kak iman tanam pokok ni menj ...



Tak sangka ade banyak namalah kak iman.....anyway tq for d info....
Author: mrsaafifi    Time: 22-11-2006 01:00 PM
Originally posted by razifah at 20-11-2006 05:34 PM

datin tu sape?:hmm:


datin seri shamsiah tu isteri kepada mb perlis, dato' seri shahidan kassim..
Author: ecam    Time: 23-11-2006 05:12 PM
aku x tau lak ns punya bunga rasmi apa
bunga pokok cili api kottttttt
entah laaaa
Author: razifah    Time: 3-1-2007 03:15 PM


Pokok bunga rasmi Majlis Daerah Perak Tengah
Author: razifah    Time: 3-1-2007 03:17 PM


Bunga rasmi daerah melaka tengah
Bunga Siantan


Nama saintifik: Ixora Fistula
Author: razifah    Time: 3-1-2007 03:18 PM


Ciri-ciri bunga:
Nama Saintifik: Bougainvillea Spesies
Nama Biasa: Bunga Kertas
Keluarga: Nyctaginaceae

Bunga Rasmi Majlis Perbandaran Alor Gajah
Author: nazurah    Time: 3-1-2007 05:17 PM
Originally posted by razifah at 3-1-2007 03:15 PM


Pokok bunga rasmi Majlis Daerah Perak Tengah


ni pokok janda kaya kan??
Author: haniman    Time: 3-1-2007 05:27 PM


Anggerik bunga rasmi Bandaraya Shah Alam
Author: razifah    Time: 4-1-2007 08:37 AM
Originally posted by haniman at 3-1-2007 05:27 PM


Anggerik bunga rasmi Bandaraya Shah Alam


:hmm:........cantik. ade citarasa lah org yg jadikan bunga ni sebagai bunga rasmi shah alam.
Author: razifah    Time: 4-1-2007 08:41 AM
Title: Reply #19 nazurah's post
Ifa tak pasti pulak zurah......asal dinamakan mcm gitu yeks...
Author: haniman    Time: 4-1-2007 08:56 PM


Ini memang pokok janda kaya.

Tapi kan, hee hee orang tua-tua pesan, jangan tanam pokok janda kaya depan rumah, nanti betul2 jadi janda kaya.

Tahyul ker
Author: razifah    Time: 5-1-2007 01:53 PM
Kak Iman....nape dipanggil janda kaya yek? Konpius lah....
Author: haniman    Time: 5-1-2007 11:19 PM
Dia dipanggil pokok janda kaya sebab banyak bunga dari daun agaknya.
Author: holmes    Time: 18-1-2007 01:20 AM
Originally posted by DkNatasah at 15-11-2006 08:02 PM
BRUNEI DARUSSALAM hmm bunga resmi nya bunga simpur hehhe sorry nanti bila ada gambar ada tasha paste kan kemari


Bunga Simpur









Author: razifah    Time: 18-1-2007 10:02 AM
Title: Reply #26 holmes's post
Holmes.....dapat katne pic nie? tak pernah nampak kat mesia rase nyer:hmm:
Author: nazurah    Time: 18-1-2007 02:15 PM
heppp ifa... pokok ni melambak kat malaysia....!!!
kat tepi jalan jek. kalo kat johor org panggil pokok simpur ni...POKOK TEMPE sbb daunnya org guna utk bungkus tempe.


sesape yg tk pnah tgk pokok ni...sila naik ERL ke KLIA...all the way from KL Sentral to KLIA ada tumbuh pokok ni kat tepi landasan...
Author: stripper_j    Time: 22-1-2007 05:16 PM
Title: Simpuh air
Ooo ini le yg korang pggil simpur..namanya yg sj tau Simpuh Air.

Dah banyak dorang tanam tuk lanscaping ...dulu tak laku pokok ni hehe



.
Author: rinafarha1709    Time: 23-1-2007 02:47 PM
perlis bunga kertas
Author: haniman    Time: 23-1-2007 04:52 PM
Originally posted by stripper_j at 22-1-2007 05:16 PM
Ooo ini le yg korang pggil simpur..namanya yg sj tau Simpuh Air.

Dah banyak dorang tanam tuk lanscaping ...dulu tak laku pokok ni hehe



.





Pokok ni bukan sama jenis dengan ketapang ker.  Daun dan bunganya seakan-akan.
Author: Hasnaa    Time: 16-3-2019 03:02 PM
mrsaafifi replied at 17-11-2006 10:23 AM
penang bunga rasminya bunga tanjung..

pahang bunga teratai..

bunga tanjung bukan ke bunga rasmi selangor? tadi search dia keluar bunga tanjung bunga rasmi selangor ? ke slh? sbb nak cari utk buat assignment hehehehe


Author: annamz    Time: 9-4-2019 11:57 AM
Sabah bunga refflesia
Author: Arissa_Adaj    Time: 29-5-2019 01:09 PM
Perak = bougainvillea
Author: Arissa_Adaj    Time: 29-5-2019 01:10 PM
rinafarha1709 replied at 23-1-2007 02:47 PM
perlis bunga kertas

Perak bunga kertas a.k.a bougainvillea

Author: antikorokprovok    Time: 26-11-2020 01:23 PM
Edited by antikorokprovok at 26-11-2020 01:27 PM

Bunga yang melambangkan identiti bandar Kuala Terengganu dan negeri Terengganu adalah Bunga Alamanda atau orang Terengganu panggil bunga loceng. Ada di logo Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.






Welcome to CariDotMy (https://b.cari.com.my/) Powered by Discuz! X3.4