CARI-MAMS Publish time 14-5-2016 12:38 PM

Jom Beramal Bersama AG & Menangi Duit Raya Dari Yeo's


201605CtEAdIQdNvI

Artikel Oleh Vincent Loo | Video Oleh Desmond | Suntingan Visual Oleh Ling Angie


Menjelang bulan Ramadan yang penuh kesyukuran, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Sdn Bhd sekali lagi menganjurkan Yeo's Ceria Ria Beramal Bersama Bintang.

Seperti tahun sebelum ini, AG Azmeer seorang penyampai radio popular, sekali lagi diberi tanggungjawab untuk mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum menghulurkan tangan dalam bentuk sumbangan nilai derma kepada rumah kebajikan yang diwakilinya iaitu Rumah Titian Kaseh yang berlokasi berhampiran dengan Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Sumbangan nilai derma boleh diperoleh dengan pembelian sebarang produk minuman dan makanan Yeo's dan ianya akan disalurkan kepada rumah kebajikan yang diwakili AG itu.

Cara penyertaan Yeo's Ceria Ria Beramal Bersama Bintang ini amat mudah iaitu dengan merujuk kepada www.yeos.com.my

Oleh itu, sahutlah seruan AG dengan membeli minuman Yeo's Laici yang diwakilinya sebagai usaha menyokong AG sambil membantu mereka yang memerlukan dalam bulan Ramadan yang mulia ini. - CARI Infonet

cendolsantan Publish time 17-5-2016 10:15 AM


pejam kelip Ramadan sudah berdekatan, saya teruja sangat dengan pihak Yeo's mengadakan program Ceria Ria Beramal Bersama Bintang, hebat. Sama-sama kita menyokong usaha murni Yeo's ...

otomatic_prince Publish time 17-5-2016 10:57 AM

AG dari tahun lepas kan buat kempen ni dgn yeos?

jiwarasa Publish time 19-5-2016 06:55 PM

kenapa tak ambil johan pulak

rastaf Publish time 26-5-2016 03:44 PM

Saleh yaacob aka abang jem pun ok

seramado Publish time 26-5-2016 04:31 PM

AG punya pengaruh besar ke?? kalau yeos amek retis lain mesti lagi letop
Pages: [1]
View full version: Jom Beramal Bersama AG & Menangi Duit Raya Dari Yeo's


ADVERTISEMENT