tongkatwaran75 Publish time 11-5-2016 04:38 PM

{19}Trend Gen Y gemar novel santai, guna bahasa slanga membimbangkan

Oleh Erda Khursyiah Basir

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- "Duda Terlajak Laris", "Mr. Boss", "Miss Stalker", "Suamiku Encik Gula", "Isteri Duda Terhangat" dan "Mr. London Ms. Langkawi" adalah antara novel Melayu terlaris yang disenaraikan di laman web mphonline.com baru-baru ini.

Trend pembaca khususnya generasi Y, yang juga dikenali generasi milenium (yang lahir tahun 1981-1994), lebih gemar memilih bahan bacaan ringan dan santai. Bahan bacaan mereka menggunakan pelbagai istilah 'bahasa moden' yang merangkumi pelbagai slanga terkini, berbanding bahasa Melayu sastera dan bercorak ilmiah, menimbulkan persoalan mengenai 'pengisian' yang bakal mereka peroleh.

Melihat perkembangan ini, Sasterawan Negara ke-13 Datuk Dr Zurinah Hassan berkata trend berkenaan adalah sesuatu yang membimbangkan khususnya dalam pembinaan modal insan berkualiti kepada negara.

Berpendapat ia memberi kesan negatif terhadap penyebaran bahan bacaan berunsur ilmiah selain mengganggu proses pembinaan generasi yang cerdik dan berilmu, beliau pada masa sama berkata ia merupakan ancaman kepada sahsiah dan masa depan bangsa sebagai masyarakat bertamadun yang tinggi nilai sastera dan budayanya.

"Tajuk-tajuk novel seperti itu bukan sahaja menjadi bahan bacaan pilihan golongan muda bahkan menjadi fenomena dan ikutan sehingga terbawa-bawa ke dunia realiti apabila banyak drama dan filem diadaptasi daripada novel-novel tersebut.

"Apa akan jadi jika kita terus melahirkan masyarakat khususnya Melayu, yang asyik berkhayal sedangkan orang lain sibuk memperteguh pendidikan, kemahiran dan memajukan diri mereka untuk merebut lebih banyak peluang yang ada?" katanya kepada Bernama.

LARI DARIPADA REALITI

Berpendapat senario itu berlaku ekoran kecenderungan masyarakat yang secara umumnya lebih suka kepada hiburan, Zurinah, 66, berkata sikap masyarakat yang gemar memilih bahan bacaan bersifat 'escapism' iaitu melepaskan diri atau lari daripada masalah dan kemelut kehidupan sebenar, turut menyumbang kepada trend berkenaan.

"Novel-novel yang menggunakan bahasa yang tidak mengikut nahu yang betul atau dengan kata lainnya mengandungi banyak 'pencemaran bahasa' khabarnya sangat laris dan diulang cetak berbelas-belas kali. Hal seperti ini tidak pula terjadi kepada novel-novel yang serius termasuk karya sasterawan negara dan sasterawan besar yang lain.

"Karya-karya sasterawan seperti Keris Mas dan Shahnon Ahmad mendedahkan perihal masyarakat sebenar (realiti kehidupan) dan mengajak pembaca berfikir, malangnya kebanyakan pembaca tidak berminat kepada cerita-cerita berat yang sebenarnya mampu menjana daya dan tahap pemikiran mereka," katanya.

Justeru, bagaimana mengatasi perkara itu?

Menjawab persolan itu, Zurinah yang mula dikenali melalui kumpulan sajak pertama beliau iaitu "Sesayup Jalan" yang dihasilkan pada 1974 berkata kerajaan perlu giat memainkan peranan dalam menyediakan bahan bacaan ilmiah sekurang-kurangnya melalui Komponen Sastera (Komsas).

"Ini kerana, hakikat sebenar adalah masyarakat masih dan kekal berkeperluan kepada bahan bacaan yang dapat membentuk dan membangunkan minda mereka terutama di kalangan generasi muda khususnya pelajar sekolah yang bakal menjadi pewaris bangsa.

"Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga perlu lebih kreatif menyediakan bahan bacaan yang menarik dan tidak menerbitkan bahan semata-mata mengikut selera masyarakat atau yang laris di pasaran. Pendek kata, terbitkanlah bahan bacaan yang dapat membentuk masyarakat bukan bahan bacaan yang dibentuk oleh masyarakat," tambah beliau.

TARIK MINAT

Zurinah juga berpendapat, golongan sasterawan seperti beliau perlu menghasilkan penulisan yang kekal menjaga nilai sastera tetapi pada masa sama berkeupayaan menarik minat generasi muda ke arah corak penulisan tersebut.

"Inilah yang menguji kewibawaan seorang sasterawan. Pujangga Melayu sememangnya orang yang bijak menggunakan bahan sastera untuk membentuk masyarakat, seperti mana nenek moyang dahulu menggunakan pantun dan nyanyian untuk menyebarkan ajaran dan nasihat berguna.

"Agama Islam sendiri tersebar luas di Nusantara melalui nazam iaitu sejenis puisi lama yang disampaikan dengan nyanyian. Contohnya, Nazam Sifat 20 dan nyanyian lagu Burung Kenek-Kenek iaitu: Burung kenek-kenek, hinggap di atas dahan, pesan datuk nenek, jangan lupa pada Tuhan," ujarnya.

Beliau berkata usaha berterusan perlu dijalankan bagi menyebarkan puisi dan lagu-lagu sama ada melalui cetakan atau menggunakan platform seperti You Tube dan media sosial.

SANTAI TAPI ADA NILAI

Ditanya bagaimana nilai positif dan aspek ilmiah boleh diterapkan dalam bahan bacaan bercorak santai dan 'ringan', Zurinah berkata pendekatan yang lebih positif, kreatif dan pelbagai perlu disuntik selaras dengan minat generasi muda.

"Dalam menghadapi cabaran ini, kita juga perlu menerima hakikat bahawa semua perkara akan berubah, begitu juga dengan bahasa. Bahasa akan melalui perubahan namun keindahan dan pengisian yang sepatutnya ada pada bahasa itu perlu dikekalkan sampai bila-bila.

"Contohnya, tema kisah cinta yang masih menerapkan nilai tatasusila budaya di samping menyelitkan unsur-unsur pengajaran, nilai murni dan motivasi. Ini wajar dimasukkan sebagai elemen dalam sesebuah penulisan kerana ia dapat membantu dalam pembinaan watak pembaca yang baik sekali gus membentuk masyarakat berilmu dan berakhlak," jelas beliau.

Mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berhubung sambutan terhadap pendidikan sastera di sekolah-sekolah negara ini yang dilihat agak membimbangkan kerana pelajar lebih berminat mengikuti bidang sains, Zurinah menegaskan bahawa kedua-dua bidang tersebut adalah saling bergantungan dan tidak boleh dipisahkan.

"Persepsi dan tindakan majoriti masyarakat pada hari ini yang meminggirkan pendidikan sastera atas alasan kemajuan pembangunan teknologi hanya boleh diperoleh melalui pendidikan sains semata-mata, perlu diperbetulkan.

"Sastera sangat penting dalam membentuk nilai murni. Apa ertinya kemajuan jika ia boleh terhapus dengan tangan-tangan manusia yang rakus termasuklah ahli politik yang mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan maruah bangsa dan negara," katanya.

-- BERNAMA

revolusi_30 Publish time 11-5-2016 04:39 PM

Elok buka di bod Buku

@spiderman80

insulin Publish time 11-5-2016 04:48 PM

Aq, aq, aq..... :lol::lol:

sharlenetexas Publish time 11-5-2016 04:53 PM

ini baru urban :lol:

chinta89 Publish time 11-5-2016 04:56 PM

ak suka buku mcm Badai Semalam.. Cerita Seorang Seniman.. Latifah Rabbaniah etc..

skg ade ke penulis2 buku mcm tu?

Glass_shoes Publish time 11-5-2016 04:56 PM

Gen y je ke? Bkn acik2 kepam suka jugak ke?;P

tongkatwaran75 Publish time 11-5-2016 05:03 PM

slanga Gen B di CI...
qu..qu..qu...bongoks ;P

sharlenetexas Publish time 11-5-2016 05:04 PM

Datuk Dr Zurinah Hassan mak kepada penulis Siti Raihani. Siti Raihani sezaman dgn Hizairi Othman, Rosie Haslinda, Lily Haslina, Mawar Shafie, Norzailina Nordin dan ramai lagi. Nama2 inilah yang menyerikan lagi majalah Dewan Siswa. Kehilangan Hizairi membuatkan ramai tertanya2 dia masih hidup atau mati. Sayang betul muka hensem dan ada kerjaya tapi patah. Aku suka buku2 yg arwah ayah dia tulis.

bluehedgehog Publish time 11-5-2016 05:05 PM

insulin replied at 11-5-2016 04:48 PM
Aq, aq, aq.....

sentap letewww:$

tongkatwaran75 Publish time 11-5-2016 05:06 PM

qu peduliks pe kalew lew bukaks treds atew teedaks...

bluehedgehog Publish time 11-5-2016 05:21 PM

pelik, tongkat bukak tered di bod Buku & Kesusasteraan

fly_in_d_sky Publish time 12-5-2016 09:42 AM

nasib la fly tak layan sangat novel santai sebab terlalu kosong
first and last beli buku novel santai ... buku tuan anas mikhail
macam ala biasa jer .. takde apa sangat

so fly kembali pada yang dahulu
mencari buku dari penulis buku lama ...
indah sungguh bahasanya ...
ada nilai-nilai yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian ... malah jadi peringatan
ada unsur keagaaman ...

maybe Ramlee Awang Murshid penulis yang kira ada kesemuanya buat masa ini
sekarang nie banyak penulis sampah ...
tak baca pun takpe ...

better baca buku dari DBP ... boleh diterima pakai
kalau buku dari FIXI ke Lejen ke apa tu ... setakat isi masa lapang and bagi otak tu trigger
sebab out of the box .. pasal penggunaan bahasa tu ... not so lah

adi143 Publish time 14-5-2016 08:12 PM

Gaya bahasa macam ni memang jadi kesukaan budak zaman sekarang, duit baucer buku banyak yang habis kat novel macam ni

fly_in_d_sky Publish time 16-5-2016 07:02 AM

adi143 replied at 14-5-2016 08:12 PM
Gaya bahasa macam ni memang jadi kesukaan budak zaman sekarang, duit baucer buku banyak yang habis k ...

kerosakkan bahasa ... tak boleh salahkan pembaca
author yang menulis patut dipersalahkan? atau penerbit buku?

adi143 Publish time 16-5-2016 09:17 AM

Banyak kesalahan dekat penerbit, mereka boleh pilih untuk terbitkan buku yang bagaimana, lagipun novel yang laris kebanyakan dibeli guna baucer buku, hasil dari pemerhatian sewaktu dikedai buku.

ladyFinger12 Publish time 16-5-2016 11:30 AM

Penerbit ada kuasa veto utk memilih manuskrip yg mereka hendak terbitkan. Kalau dlm manuskrip ada bahasa yg kasar dan tak bersesuaian, editor akan cantas.

Tapi itu lah... dah penerbit pun mmg nak buku2 dia genre kasar, lucah, ganas maka begitulah buku2 terbitannya... Ni lady merujuk kpd tokeh fixi :$Bukan tak ada kawan2 / rakan2 dlm bidang yg sama tegur tp fulus masyukkk beb!

Macam tu lah juga dgn buku2 genre cinta, kahwin paksa, love-hate relationship ni... Permintaan tinggi.

Btw, as penulis, lady rasa tanggung jawab penulis juga utk tidak menghasilkan karya2 lagha dan menenggelamkan pembaca dlm dunia khayalan semata. Hiburan is one thing... tp pengisian juga penting :)

Ipo Publish time 16-5-2016 11:47 AM

dilema...........dilema........

ladyFinger12 Publish time 16-5-2016 11:52 AM

Ipo replied at 16-5-2016 11:47 AM
dilema...........dilema........

antara permintaan dengan tanggung jawab...
bagaikan dandelion yg bisa terbang ditiup angin...



tetibe... ;P

purpledesire Publish time 22-1-2017 08:53 PM

saya hanya baca dan beli novel Ramli Awang Murshid shj..huhuu

fly_in_d_sky Publish time 23-1-2017 09:14 PM

purpledesire replied at 22-1-2017 08:53 PM
saya hanya baca dan beli novel Ramli Awang Murshid shj..huhuu

ok ler tuh ... layan RAM
tapi buku dari Maya Iris pun boleh tahan
Trilogi Mahar Cinta Cinderella (1), Suami Konspirasi (2) and Fugitif (3)
bukan novel cinta ... tajuk jer tapi plot kurang cinta ..


cuma satu jer la ... proof reading bagi novel melayu agak lemah ler
sometimes macam tangkap muat ...
kekadang saya baca .. rasa ala ... ni salah eja or eh ni ayat berulang yang tadi ...


tapi serius ... pengunaan bahasa dalam novel amat penting
tak kisah ler nak guna font italics untuk bezakan english dan bahasa malaysia
tapi ... ejaan kena betul ..
kalau disalahgunakan ... alamat budak melayu tak reti nak eja ayat yang betul ...
oral pass ... writing fail .. haiss
buat malu pada bangsa asing - non malay ...
Pages: [1] 2
View full version: {19}Trend Gen Y gemar novel santai, guna bahasa slanga membimbangkan


ADVERTISEMENT