CARI-HBZ Publish time 11-5-2016 04:34 PM

Henti Segera Tabiat Main Gajet atau Baca Buku Semasa Berak

Oleh : Dean BZ


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201605/11/164129gplf4f1v6fc61toh.png



Zaman ini, ramai yang sukar berpisah dengan gajet/telefon bimbit. Kemana sahaja berada pasti disitu ada gajet.Tabiat ini dilihat semakin menjadi-jadi hingga saat "menunaikan hajat" ditandas juga ada yang membawa gajet.


Kebanyakan lelaki lah paling gemar membawa gajet ke tandas mungkin kerana ada perkara yang boleh dilakukan dikala kebosanan menunggu "urusan" selesai. Bukan tak ada perempuan yang gemar bawa telefon bimbit atau baca novel ketika membuang air besar, cuma mungkin peratusannya lebih rendah berbanding lelaki. Mungkin lah kot!


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201605/11/162508etwygt8itxueuc7j.jpg



Jangan pandang ringan tabiat ini, mungkin dilihat tiada salahnya namun sebaliknya ia juga merbahayakan kesihatan.


Memetik dari laporan Mirror, membaca buku atau "main telefon bimbit" disaat berak akan menyebabkan kuman lebih cepat tersebar kepada anda.


"Ketika anda "flush toilet", air kencing, air tahi dan kuman akan terpercik hingga 6 kaki ke pelbagai arah (mungkin tak nampak)," kata seorang profesor mikrobiologi, Charles Gerba.


Sementara itu untuk yang suka membaca buku ketika berak, pakar kesihatan dari Bnai Zion Medical Centre, Ron Shaoul, mengatakan perbuatan tersebut mendatangkan risiko lain selain terdedah kepada kuman.

"Orang-orang yang berak sambil membaca buku cenderung menghabiskan waktu di tandas lebih lama dibandingkan tanpa membaca buku. Akibatnya mereka banyak mengalami haemorrhoid atau ambeien," katanya.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201605/11/162846joy49ysllllqbboy.gif



Jadi brader-brader sekalian, jika anda tergolong dalam golongan diatas cepat-cepatlah hentikan perbuatan itu. Mungkin kesannya tidak terlalu drastik tetapi secara logiknya punca utama penyakit berpunca dari kuman.


Risiko untuk mendapat kuman akan lebih rendah jika tidak bermain gajet atau membaca buku di tandas. Ya lah, selepas berak boleh cuci tangan dengan pencuci tetapi telefon bimbit dan buku nak cuci pakai apa pula? Semoga bermanfaat. - CARI Infonet.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201605/11/163255ygqp6qu8jsxk8aq6.jpg

qronaldo7 Publish time 13-5-2016 04:07 PM

bosan lah. kne cari ilham

AYAKAISHI_AYASY Publish time 14-5-2016 08:59 PM

Tapi bosan

darthery Publish time 20-5-2016 03:06 PM

adeh... xbest x baca buku sambil memerot

Emperor95 Publish time 20-5-2016 04:37 PM

tiada tabiat seperti itu pun {:speco

mbhcsf Publish time 21-5-2016 02:01 AM

adab bawa benda yg dihormati seperti buku dalam toilet ni bagus ke?

tapi betul, tangan tu kena cuci bebetul selepas qada ' hajat.

dan amalkan tabiatbawa tissue toilet , kena lap area tu - untuk keringkan.

toilet kat malaysia tak ada sangat nak sediakan tissue.

ash_91 Publish time 21-5-2016 01:05 PM

mcm mna korang boleh baca buku time memerut ?

seriuss, aku nk fokus melepaskan hajat pun struggle, nk baca buku lg la takkk
HAHAHAHAH{:1_563:}
Pages: [1]
View full version: Henti Segera Tabiat Main Gajet atau Baca Buku Semasa Berak


ADVERTISEMENT