Pantun Apa Saja - 4 Rangkap
Edited by reeny at 2-12-2016 12:29 PMhttp://data.whicdn.com/images/9441106/Snow%2520rose_large.jpg
Sedikit info tentang pantun :
PANTUN adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi. PANTUN dicipta sebagai suatu pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara disamping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.
Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Manakala rima ujung bagi pantun empat kerat ialah a-b-a-b.
tersenyum mesra si anak dara
Disebalik selendang sembunyikan muka
Sembah takzim pembuka bicara
Atas permintaan gelanggang dibuka
Budak-budak bermain gasing
Gasing diletak di atas para
Jangan malu janganlah runsing
Gelanggang dibuka untuk beramah-mesra
Untuk page pertama, setiap post akan diberikan kredit +5
Page yang ke-2 dan ke-3 nilai kredit adalah +4
Bonus kredit di post #100 bernilai +100
kredit +75 akan diberikan di post #289, #363, #444, #575, #699, #803, #999, #1025, #1065, #1230, #1455
@Ipo @ipes2 @Super-M @awanjingga @EvieWanKenobi @khairulazuan
Kain kasa membalut luka
Luka dipercik api berbara
Gelanggang empat kerat telah dibuka
Sila check in dengan segera bila petang hari pun hujan
walau berpayung basahlah juga
terima kasih atas undangan
menjengah masukrumah PantunApaSaja{:1_152:}
Pada wajah terlukis resah
Rasa hati sukar sembunyi
Masuk sudah duduk pun sudah
Air kopi tak sampai lagi:lol: Terbang kelawar diwaktu malam
Dahan berkilau disangka madu
Bunga mekar dalam genggaman
Terlampau genggam menjadi layu alangkah sedap apple pie,
jalan jem sampai Tampin,
saya ni baru je sampai,
harap boleh cek-in..;P lumba lari dalam guni,
anak kambing jatuh perigi,
rumah sunyi tiada penghuni,
mana semua pergi?:o;P EvieWanKenobi replied at 10-5-2016 06:13 PM
lumba lari dalam guni,
anak kambing jatuh perigi,
rumah sunyi tiada penghuni,
Apa dipandang pada saya
Tiada harta kurang rupawan
Mungkin sedang sibuk bekerja
Atau berada diatas jalanan:o
dubuk replied at 10-5-2016 05:55 PM
Terbang kelawar diwaktu malam
Dahan berkilau disangka madu
Bunga mekar dalam genggaman
Tebang kayu dalam hutan
Dari hutan bawa ke jeti
Sudahlah layu dalam genggaman
Berdarah tangan tertusuk duri:lol:
Edited by EvieWanKenobi at 10-5-2016 06:57 PM
@awanjingga
paras rupa bukan ukuran,
bila bekerja penuh dedikasi,
jika memandu ikut peraturan,
semoga selamat menuju destinasi..:) Awang anak tok adi
Bangun pagi mandi perigi
Saya tengah masak tadi,
Alih2 rumah lain korang pergi. dubuk replied at 10-5-2016 05:55 PM
Terbang kelawar diwaktu malam
Dahan berkilau disangka madu
Bunga mekar dalam genggaman
Masuk hutan mencari kayu,
Kayu cendana juga gaharu,
Kalau bunga sudah layu,
Cari sahaja bunga yang baru, awanjingga replied at 10-5-2016 05:51 PM
Pada wajah terlukis resah
Rasa hati sukar sembunyi
Masuk sudah duduk pun sudah
Pokok ciku,pokcik lada,
Pohon durian sudah berbunga,
Kopi habis teh Ada,
Cecah biskut sedap juga,
anak kucing berebut bola,
berebut di bawah pokok kelapa,
air kelapa manis bergula,
petang ni @Super-Mmasak apa?;P
Ali,adam dan juga bala
Mandi bersama di tasek bera
Td saya Masak bubur pula
Kerana saya tak da selera EvieWanKenobi replied at 10-5-2016 06:06 PM
alangkah sedap apple pie,
jalan jem sampai Tampin,
saya ni baru je sampai,
Pohon sena pohon senduduk,
Tempat permainan adik haikal,
Sila masuk sila duduk
Apa lagi bukak lah bekal,
tengok tv kisah haiwan,
buaya, crocodile and aligator,
haiwan bukan sebarang haiwan,
sudahkah @Super-M berjumpa doktor?:)
Hati hati dengan sembilu
Terluka jari takda tempat mengadu
Wahai si kumbang yang pemalu
Gelanggang dah buka ayuh beradu,:P EvieWanKenobi replied at 10-5-2016 06:31 PM
@awanjingga
paras rupa bukan ukuran,
Emas berkilauan sebagai hantaran
Janji diikat mengikut adat
Ikut peraturan bukan perasaan
Sampai cepat dengan selamat:lol:
reeny replied at 10-5-2016 05:04 PM
@Ipo @ipes2 @Super-M @awanjingga @EvieWanKenobi @khairulazuan
bunga cina kembang tak jadi
mari dipetik bunga cempaka
bagus bagus gelanggang ini
moga persahabatan berterusan jua