Super-M Publish time 8-5-2016 08:26 AM

Hari ini Dan esok




Hari ini suka,
Esok di Luka,
Hari ini gembira,
Esok sedih pula,
Hari ini Kau ungkapkan cinta,
Esok ku Lihat Kau reaksi seperti tiada apa,
Hari ini rindu datang bertalu Kau kata,
Esok bertemu Kau seperti biasa,
hari ini Kau kata ingin Kekal bersama,
Esok lagak mu seolah tiada tak mengapa,
Hari ni Kau kata aku membuat mu bahagia,
Esok pula seolah aku memberi derita,


Apa lagi mahu mu?
Kata kan jelas pada ku,
Yang Putih atau kelabu,
Serius aku tak Tahu,
Jangan Kau buat aku tertunggu,
Makin hari masa bertalu,
Kalau aku di hati,biar aku Tahu,
Adakah aku pilihan mu,
Atau sekadar penyeri masa suram mu,
Bila Perlu aku di dihatimu,
Bila tidak Kau pun berlalu,
Tidak sedikit kekesalan dihatimu.

Super-M Publish time 8-5-2016 08:27 AM

http://allwallpapersnew.com/wp-content/gallery/sad-love-quotes-wallpaper/Break-Up-Sad-Love-Wallpaper.jpg

Super-M Publish time 19-5-2016 11:55 AM

Mengapa Kau buta Kerna cinta?
Cinta tiada tidak mengapa,
Jangan Kau bodoh Kerna cinta,
Kelak Kau merana
Sejauh mana Kau Mampu perlihara?
Bila cinta semakin didusta
Kelak diri mu sendiri binasa

Dia pula apa Kisah,
sekalipun Kau terluka terguris Berdarah,
Padanya engkau perhentian bersinggah,
Bila tidak suka banyak lah helah,
Time tu apa lagi..dia pun blah,
Tinggal Kau sorang memapah
tidak Tahu pula mana arah,
Kelak dirimu terjerat parah,

Super-M Publish time 23-5-2016 06:08 PM

Hari ni,
Ketawa suka Bertukar duka,
Kenangan meragut beribu cerita,
Kesedihan menambat Lara,
Hati gusar tiada terhingga,
Makin parah lagi sengsara,
Tiada aku ingin bercerita,
Mahu bertahan atau pergi sahaja,
Tapi jiwaku bukan perkasa,
Menahan Dan terus bertahan luka,
Luka yang diguris berdarah tiada,
Kenapa mesti aku menjadi mangsa,
Adakah Keadilan hidup Didunia?

Super-M Publish time 23-5-2016 06:14 PM

Hari ini,
Masihkah Ada harapan
Sungguh aku tidak kuat untuk bertahan,
Hari berlalu aku Menahan,
Sering memikir masa hadapan,
Kiri atau kanan?
Belakang atau hadapan?
Dimanakah pilihan jalan?
Tiada lagi perahan tangisan,
Semua kembali perlahan,
Adakah Kerna Sudah lama bertahan?
Atau aku tiada lagi daya Menahan?

Super-M Publish time 23-5-2016 06:16 PM

http://thewellnessaddict.com/wp-content/uploads/2012/02/happiness-490.jpg

awanjingga Publish time 23-5-2016 06:47 PM

Hari ini
Aku duduk di bangku kenangan
Memungut serpihan ingatan
Tentang dia ..yang aku kehilangan
Sambil mengukir soalan
Masih belum bertemu jawaban..

Dan esok
Bilamana harapan terlerai bersama kerinduan
Waktu itu aku bangkit mendakap kenyataan

reeny Publish time 1-6-2016 12:05 PM

Hari ini
melewati batas waktu yang bisu
di ruang kosong pengap dan kelam
buntu dalam kegelapan
cuba menggapai harapan
mencari jalan keluar

Semalam yang berlalu
meninggalkan kenangan
luka yang dalam
hati menjerit dalam diam
menghamburkan amarah
merenung diri kekesalan

Hari esok yang mendatang
mengharap sinar pelangi
biar seketika terasa bahagia

puterizulfa Publish time 3-6-2016 07:15 PM

Hari ini,
Ku merenung ke jendela
Mengimbas kembali kenangan lama
Mengingati kembali sia-sia memori

Super-M Publish time 29-6-2016 10:16 AM

29 jun,
13 tahun menyulam cinta,
pasangan kekasih dari remaja,
8 tahun kita bersama,
membina kubu mahligai bahagia,
saat engkau melafazkan cinta,
ikatan terjalin antara kita,

dalam perjalanan hidup ini,
banyak dugaan kita rentasi,
onak duri,belukar kita susuri,
untuk mencari pelangi dihujung hari,
agar cinta dan kehidupan kekal bersemi,
dan engkau sebagai suami,
aku sebagai isteri yang sentiasa berdiri,
menemani engkau disaban hari,

moga segala ranjau yang kita lalui,
akan menjadikan kita teguh berdiri,
berdiri mempertahankan cinta suci,
seperti askar menjaga ibu pertiwi,
tiada madah mampu ku janji,
kerana cinta ku untuk mu itu pasti,
kasih sayang ku tidak berbelah bahagi,
semoga kekal hingga ke syurga nanti,
moga cinta kekal abadi,
cinta kita milik ilahi,

sayang,
happy anniversary.
29/6/2016
10:16am

Super-M Publish time 14-8-2016 09:03 PM

Hari ini
Hari ini tetap begini
Kekuatan tidak mampu dikumpul lagi
Penat ku tunggu sesuatu yang tak pasti
Mungkin aku perlu menyendiri
Membawa diri yang semakin sepi
Pada zahirnya nampak hepi
Batin ku pula nangis tak terperi
Kadang kala bertanya diri
Mengapa wujudnya kehadiran ku disini
Tidak ingin kufahami lagi
Hakikat yang aku pelajari
Indah bila tidak dikenali
Perlu untuk aku menyepi
Membawa diri jauh pergi
Masa untuk aku menyendiri
Gagahkan diri berjalan sendiri
Untukkenali diriku ini
Bersama mereka yang tidak ku kenali
Selamat tinggal kehidupan kini
Lembaran baru ingin aku jelajahi.


Sepi itu indah,
SuperM

awanjingga Publish time 15-8-2016 11:57 AM

Super-M replied at 14-8-2016 09:03 PM
Hari ini
Hari ini tetap begini
Kekuatan tidak mampu dikumpul lagi


Hari ini yang sedang ditempuhi
indah atau sebaliknya lalui
seadanya berlapang dada...

setiap kehadiran
mahupun perpisahan
ada makna
bukan ditakdirkan sia sia sahaja...

Hari ini
mungkin kekuatan tidak kita punyai
perasaan terbeban menjeruk
Hari esok
berkat ketabahan ..kebahagiaan kita peluk

Super-M Publish time 16-8-2016 07:50 PM

awanjingga replied at 15-8-2016 11:57 AM
Hari ini yang sedang ditempuhi
indah atau sebaliknya lalui
seadanya berlapang dada...


Ku nukilan karya itu buat sahabatku,
Dirinya tak ceria seperti dahulu,
Masalah bersama suami kian membelenggu
Aku lah teman dia mengadu,
Mencerita kesengsaraan dan liku-liku
Dirinya ingin berlalu tapi tak mampu,


Pages: [1]
View full version: Hari ini Dan esok


ADVERTISEMENT