Aidaazmann Publish time 7-5-2016 07:03 PM

Proton Suprima Kena Kejar

Edited by Aidaazmann at 7-5-2016 08:32 PM

Sos Kicap



66GD3FtEgoY

Video yang kami jumpai dari salah satu forum terkemuka di Malaysia ini menunjukkan video sebuah motor cuba untuk mengejar kenderaan model Proton Suprima S. Di hujung video berkenaan menunjukkan kedua dua buah motor dan kereta ini sudah pun mencecah kelajuan 213km/j.

Proton Suprima S adalah sebuah model Proton yang mempunyai rupa yang hampir sama dengan model Proton Preve. Namun ianya mempunyai bahagian belakang yang lebih pendek dan boleh dikategorikan sebagai model hatchback.

Proton Suprima dilancarkan pada tahun 2013 dengan menawarkan empat variasi iaitu Super Premium, Premium, Executive dan Standard. Sejak kebelakangan ini, model tersebut dapat dilihat mula banyak menjalar di sekitar jalan raya di Malaysia berbanding sebelum ini di mana ianya boleh dianggap sebagai sebuah model yang "rare" ataupun yang amat jarang untuk dilihat.

Sejak kemunculannya, berbagai kritikan yang baik mahupun yang buruk dapat didengar berkenaan model ini. Ada yang menganggap model ini sebagai sebuah model "syok sendiri" kerana umum mengetahui bahawa rakyat Malaysia bukanlah mereka yang menggemari model model yang pendek.Tidak kurang juga yang memuji diantaranya berkenaan kekurangan-kekurangan yang dimiliki abangnya Proton Preve sebelum ini telahpun dikemaskini di dalam model tersebut. Begitu juga mereka yang memuji tahap keselamatan kenderaan ini yang berada di tahap yang terbaik bagi melindungi pemandu dan penggunanya.

peynoTheLegend Publish time 7-5-2016 07:15 PM

elehhh turbo ke laju ke

kalau takde timing chain n tech jepun wat pe


alya misran   kelisa kuning   jdt

TuntungReturn Publish time 7-5-2016 07:20 PM


rakyat sayang proton,

danial ikhwan bin sopono
pontian,johor

:lol:

FOTHER-MUCKER Publish time 7-5-2016 07:24 PM

Siapa kata ummah Malaya tak suka hatchback? Tengok Mini Cooper, golf, polo dan beberapa jenama lain. Bersepah di atas jalan raya. Sememangnya orang Malaysia kebanyakannya tak suka brand porton! Kecuali budak sorang tu.

FOTHER-MUCKER Publish time 7-5-2016 07:26 PM

Ala kalu setakat 213 tu tak payah turbocharged pun. Myvi yang cantik sporty tu pun boleh.

Turbo besar siput babi buat apa!

Aidaazmann Publish time 7-5-2016 08:19 PM

Edited by Aidaazmann at 7-5-2016 08:20 PM

FOTHER-MUCKER replied at 7-5-2016 07:26 PM
Ala kalu setakat 213 tu tak payah turbocharged pun. Myvi yang cantik sporty tu pun boleh.

Turbo b ...
213kmh Kalau tgok balik bila2 masing2 mcm dah slowdown. Sebelum tu mungkin lebih laju dari tu rasenye

rioster Publish time 8-5-2016 08:12 AM

FOTHER-MUCKER replied at 7-5-2016 07:26 PM
Ala kalu setakat 213 tu tak payah turbocharged pun. Myvi yang cantik sporty tu pun boleh.

Turbo b ...

Xde myvi dpt 213kmh..Enjin 1.3 ke 1.5 ke. Mmg xdpt. Auto kalu, lg hina

zulka Publish time 9-5-2016 08:51 AM

thread apa ni? :(
thread kutuk mengutuk ke apa

cikgusuzy Publish time 19-5-2016 12:02 PM

http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/shutup.gifxle nk ckp aper dhh...
Pages: [1]
View full version: Proton Suprima Kena Kejar


ADVERTISEMENT