Legasi_aira Publish time 3-5-2016 12:41 AM

Berikan aku kekuatan

Edited by Legasi_aira at 11-5-2016 11:24 PM

Assalamualaikum..
Aku tak reti nak karang panjang2.Cuma nak tanya pendapat korang.

Aku & suami bergaduh,dia cakap kat aku "tolong sedar diri sikit,ko tu menumpang je kat rumah ni,jangan nak berlagak macam tuan rumah!!"
Dia cakap macam tu depan anak2 dia (anak tiri).

Sejak aku bergaduh dengan anak dia,dia dah layan aku macam aku tunggul kat rumah tu.
Aku gaduh dengan anak tiri tu sebab dia cakap anak aku (anak angkat) anak punggut.Aku sedih sebab aku yang susukan dia.Masa anak dia cakap anak aku macam tu,aku menangis.

Dari awal lagi aku tau anak dia tak suka aku kawin dengan ayah dia.(Aku bukan perampas tapi suami aku duda anak 3) Aku kenal dia selepas dia dh bercerai dengan bekas bini dia.

Macam mana aku tau dia tak suka aku?Dia selalu je sindir/perli aku.Dia tak bercakap dengan aku macam abg & adik dia rapat dengan aku.Sedangkan aku dh cuba berbaik dengan dia.Tapi pemikiran budak (masa tu dia darjah 5) dia rasa aku akan merampas kasih sayang bapak dia daripada dia.Sedangkan bila keluar sama2 aku berjalan kat belakang,dia memegang erat tangan bapak dia.Tangan aku ni la yg memberus pakaian dia & kasut sekolah dia sampai dia masuk form 3.Tangan inilah yang masak makanan dari duit aku sendiri untuk dorang adik beradik.Apa saje aku sanggup buat untuk dorang terima aku.

Apa saje kisah atau cerita pasal aku mesti sampai kat mak kandung dia.Macam mana aku tau??adik dia yang bagitau aku sebab adik kandung dia memang rapat dengan aku dari umur 5tahun lagi.

Adik dia selalu cerita pasal kakak dia mengadu & segala kisah yg jadi kat rumah kami akan dia report pada mak nya.Aku sabar,takde la aku nak buat atau cakap apa2..Aku hanya diam sebab aku memang jenis diam,tak suka gaduh dengan orang.Masa tu aku hanya pikir jalan nak ambik hati dorang je.Tapi masih duk sindir2,contoh kalau aku balik keje,dia akan cakap dekat adik dia "tu mak tiri hang dah balik,g peluk cium dia" Aku dengar tapi aku malas nak ambik port.
Balik keje,masak utk dorang tapi dalam benci2 aku pun apa aku masak dia makan.



mh17 Publish time 3-5-2016 12:51 AM

:zz:zzanak tiri especially pmpuan mang gini perangainya.mcm mak aku lar,anak2 tiri biadap ckp mak aku kwin kerana harta.yang jantan,yg btina sama je naik,last2 menang kt mak aku.biadapnya adq bradq aq je yg jengah rumah org tua kami.adq bradq tiri x dtg2,walhal rumah dkt je.esok lusa,kna cash padan muka

chazey Publish time 3-5-2016 01:01 AM

Dengan budak pun ko nak cari gaduh. Laki ko pun sama tak matang cam ko gado depan anak2.

Sori aku tak simpati. Sila muhasabah diri.

Legasi_aira Publish time 3-5-2016 01:20 AM

Edited by Legasi_aira at 3-5-2016 01:22 AM

chazey replied at 3-5-2016 01:01 AM
Dengan budak pun ko nak cari gaduh. Laki ko pun sama tak matang cam ko gado depan anak2.

Sori aku ...

Tak simpati pun takpe.untuk makluman dorang dah nak kawin pun bulan ni.Mengata anak aku tu tahun lepas kot.Masih budak2 lagi ke
Kebetulan pintu bilik anak2 dia terbuka..memang la anak dia dengar suami aku cakap macam tu.

Legasi_aira Publish time 3-5-2016 01:24 AM

mh17 replied at 3-5-2016 12:51 AM
:zz:zzanak tiri especially pmpuan mang gini perangainya.mcm mak aku lar,anak2 tiri biadap ckp mak ak ...

Kan..aku kenal suami aku ni masa dia susah..kete sebijik pun takde.rumah apatah lagi..sekarang pun menyewa je.barang rumah pun banyak duit aku yg keluar.bukan nak ungkit tapi cara dia cakap tu macam aku ni bukan tanggungjwb dia

Legasi_aira Publish time 3-5-2016 01:31 AM

Sebab aku pikir dorang budak2 la aku x pernah nak ambik port.

Suami aku bawak aku g klinik pun salah dimata dia apatah lagi belikan aku apa2 memang tak la.

Aku cuba ambik hati dorang kenapa dorang tak cuba ambik hati aku?Tak boleh ke dia tengok balik sisi baik aku even dalam kepala otak dorang ni asyik duk cakap mak tiri ni sume jahat.

chazey Publish time 3-5-2016 02:33 AM

Legasi_aira replied at 3-5-2016 01:20 AM
Tak simpati pun takpe.untuk makluman dorang dah nak kawin pun bulan ni.Mengata anak aku tu tahun ...

Bukan anak tiri pompuan tu baru 15 tahun ka? Dah ko taip sampai dia form 3 ko tolong berus baju bagai. Lain kali jelas sikit la infonya. Anak tu umo berapa, ko berapa, suami berapa.

red_cattleya Publish time 3-5-2016 02:34 AM

kenapa anak2 tak tgl dgn mak kandung?

chazey Publish time 3-5-2016 02:37 AM

Legasi_aira replied at 3-5-2016 01:31 AM
Sebab aku pikir dorang budak2 la aku x pernah nak ambik port.

Suami aku bawak aku g klinik pun sa ...

Motif mengharap anak tiri nak belikan ko hadiah? Itulah buat baik dengan anak tiri jangan harap balasan. Ikhlaskan saja pemberian dan sumbangan serta penat lelah ko kat depa selama ni. Yang buruk tau la Tuhan balas. Yang baik pun tau la Tuhan balas.

Legasi_aira Publish time 3-5-2016 02:43 AM

red_cattleya replied at 3-5-2016 02:34 AM
kenapa anak2 tak tgl dgn mak kandung?

Sebab mak kandung taknak jaga.sampai sekarang pun mak nya tak pernah usaha besarkan dorang.
Mak kandung dorang dah kawin lain sebelum aku & suami kawin,ada 4orang anak.Kenapa dorang tak benci bapak tiri dorang yang terang2 tak bekeje jadi biawak idup kat rumah.Mak dorang pun tak bekeje mengharap ehsan dari nenek dorang.

Legasi_aira Publish time 3-5-2016 02:55 AM

chazey replied at 3-5-2016 02:33 AM
Bukan anak tiri pompuan tu baru 15 tahun ka? Dah ko taip sampai dia form 3 ko tolong berus baju...

Sekarang ni umur yg sulong 24..yg no dua 22 yg no 3 ,17thn

Princess_Na Publish time 3-5-2016 04:42 AM

Legasi_aira replied at 3-5-2016 02:55 AM
Sekarang ni umur yg sulong 24..yg no dua 22 yg no 3 ,17thn

Syaiton punya suami.

Tu je aku nak ckp.

ablishan Publish time 3-5-2016 04:55 AM

Edited by ablishan at 3-5-2016 05:02 AM

Well, kalau aku jadi kau, selepas segala yg aku buat org tak hargai, .....aku belah aje. Klu org hargai or at least jgn sakitkan hati aku, tak pe la jugak.

Klu kau duduk dgn anak angkat kau aje kat rumah sewa lain lagi aman aku rasa.

Aku masa baru2 kawin, suami aku pernah buat perangai tanak terima anak aku (sorang je pun yg duduk dgn aku, dia duda tak de anak). Ni dlm first year aku kawinla.

Akupun apa lagi, kemas barang2 aku dgn    anak aku tiap2 mlm sikit2. Cari rumah sewa. Bila dia tanya aku cakap aku nak pindah rumah lain bawa anak aku. Tak de maknanya aku nak duduk sekali dgn dia dlm keadaan macam ni. Masuk 3 malam dia bg tau jgn pindah. Sekarang dah masuk 9 tahun kami kawin. Dia takkan usik/ sebut apa2 pun pasal anak aku.

Dia memang tak pandai bg kasih sayang kat anak aku, aku terima sebab tak pernah ada anak dan usia dah masuk 6 series, tp jgn sakitkan hati aku dgn anak aku aje

munchkin Publish time 3-5-2016 05:00 AM

Edited by munchkin at 3-5-2016 05:07 AM

Dah dia ckp camtu pun you masih nak hmmmmm. Apa expectation you?Nak biar depa tak hormat you. Respek yourself.

Pasal dia suka belah sana jgn amik port. Jaga belah you je. So kurang ajar your husband can say that. Dah terang you takde kat hati dia. Aku rasa dia anggap you just menumpang and gunakan you for money n utk jaga anak dia je. Kalau tidak takkan logik nak kata begitu pada you yg you claim dah banyak buat benda dlm rumah tu.

munchkin Publish time 3-5-2016 05:04 AM

Edited by munchkin at 3-5-2016 05:05 AM

chazey replied at 3-5-2016 02:37 AM
Motif mengharap anak tiri nak belikan ko hadiah? Itulah buat baik dengan anak tiri jangan harap ba ...

Dua tiga kali aku baca. Hehhe. Dia tulis suami tak bawak gi klinik nanti anak tiri ta suka. Suami tak belikan dia barang sbb nanti anak tiri tu tak suka. Ke aku salah baca. Tak brp paham

munchkin Publish time 3-5-2016 05:09 AM

Jangan berlagak seperti tuan rumah???

Only majikan will tell their help this. Help = butler/bibik/orang gaji.

You gaduh you ckp apa pada anak dia? Be clear your exact words.

noraidil_06 Publish time 3-5-2016 06:47 AM

Org yg rapat dgn i kawin duda ank 9.menderita ya amat. Sesekali tgk mcm org gile pun ye.so kesimpulannya jgn kawin duda ade ank.dia nk cari org gaji je sbnrnye

Fimie Publish time 3-5-2016 06:51 AM

A ah part u gaduh ngan anak tiri tu tak cerita details plak..yg dilebihkan cerita pasal u selalu tak amik port dan banyak diam..yg ni yg u patut buat..biarla dia nak ckp apa pun kat anak u..bukan nak jadi kudis pun.. Bile u gaduh tu must be something u cakap yg betul2 hurtful to ur husband.. Dan bila dia cakap mcm tu, yg u orang luar..memang betul pun, anak dia tu darah daging dia..takde boleh ganti..u tu bini, bila2 masa boleh cari lain...

Mendapat la sapa suh gaduh ngan bebudak..kira bebudak la kalau muda dari u..

Blah je la dr situ..tunggu apa lagi...diorg pun dah takmo kat ko kot..

blackwidowbae Publish time 3-5-2016 07:01 AM

Princess_Na replied at 3-5-2016 04:42 AM
Syaiton punya suami.

Tu je aku nak ckp.

Hamboihh ahahaha



blackwidowbae Publish time 3-5-2016 07:02 AM

Cerai jer tt, kawen lainn, aman aman jer hidup tt nantii, insyaAllah aamiin:$
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9
View full version: Berikan aku kekuatan


ADVERTISEMENT