CARI-LTS Publish time 29-4-2016 04:29 PM

Kerutuk- Masakan Asli Kelantan Yang Menyelerakan!



Oleh : TS LOO




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201604/29/162545r50cq6tc3c67mi7u.jpg



Kerutuk adalah antara masakan istimewa di Kelantan. Kebiasaannya, isi ayam, itik serati atau daging menjadi pilihan untuk hidangan ini. Namun, untuk kelainan apa kata cuba kerutuk salmon yang pastinya menambah selera anda.




BAHAN-BAHAN:


½ ekor ikan salmon
½ biji lemon-perah
Garam
2 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
Gula dan garam
Minyak






KUAH KISAR:


3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia
4 cm lengkuas
3 sudu besar serbuk kerutuk
4 sudu besar sos tomato






Cara Menyediakan :


1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan garam dan gula.
3. Tuangkan santan dan biarkan mendidih sehingga pekat. Masukkan pula kerisik.
4. Masukkan gula dan garam.
5. Perahkan lemon pada salmon dan taburkan sedikit garam.
6. Bungkus dengan gulungan aluminium dan kukus 10 minit sahaja.
7. Tuangkan kuah kerutuk.




Dah siap..senang je, jangan kecut perut tengok langkah-langkah tu hehehe. Macam kita masak kari je kan?. Kalau tak ada rempah kerutuk macam mana? Boleh cuba guna rempah kari daging tapi ditambah dengan ketumbar dan jintan manis yang telah disangai. - CARI Infonet

purpledesire Publish time 21-5-2016 05:54 PM

pernah dengar nama kerutuk nie tp tak pernah rasa..huhuu

budak_gemuk91 Publish time 15-11-2016 05:04 PM

serbuk kerutuk ni nk beli kat mana ye?
Pages: [1]
View full version: Kerutuk- Masakan Asli Kelantan Yang Menyelerakan!


ADVERTISEMENT