CARI-HBZ Publish time 28-4-2016 06:23 PM

Brader, Ini Cara Mudah Untuk Berhenti Merokok

Oleh : Dean BZ


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201604/28/182519qekzig77tiq3shi7.gif



Merokok sudah tentulah satu perkara sia-sia malah memudaratkan kesihatan. Semua perokok tahu akan keburukan merokok namun masih ramai tetap memilih untuk terus merokok.


Alasan mereka terlalu sukar untuk berhenti merokok kerana sudah ketagih. Jadi bagaimana perokok tegar yang lain dapat berhenti merokok? Jika mereka boleh, mengapa tidak anda? Ikuti 5 tip mudah ini :


1. Mulailah dari hati
Segala perbuatan hendaklah dimulai dengan niat.Tanpa niat dan azam yang kuat maka usaha kita untuk berhenti merokok akan menjadi sia-sia saja. Jadi selepas anda membaca artikel ini mulailah untuk menanam niat dan azam yang kuat di dalam hati.



2. Jauhkan diri dari rakan-rakan perokok.
Selama ini anda mungkin tinggal di lingkungan rakan-rakan yang aktif merokok. Secara psikologi, rakan-rakan sangat berperanan dalam mengubah diri kita. Jadi, cuba jauhkan diri dari rakan-rakan yang merokok (apabila mereka sedang merokok).


3. Buang pemetik api.
Tahukah anda bahawa tanpa pemetik maka api tidak mungkin ada. Sama halnya dengan cara berhenti merokok, tanpa rokok anda tidak akan mungkin merokok. Jadi cubalah agar anda tidak lagi memegang pemetik api dan sebungkus rokok.



4. Hindari stress
Ingatkah anda bila saat anda akan kuat merokok?. Pastinya saat anda stress atau memikirkan banyak masalah. Saat stress maka kebanyakan perokok akan membakar sebatang rokoknya untuk membantu meredakan stressnya. Jadi usahakanlah diri anda selalu dalam keadaan stabil tanpa merasa stress, setiap beban pekerjaan anda sebaiknya rileks saja. Ingatlah bahawa setiap persoalan pasti ada jalan keluarnya.



5. Jangan pernah berhenti melakukan aktiviti
Perokok akan cepat merasa bosan jika tidak melakukan aktiviti, maka mereka lebih gemar memilih untuk mengambil sebatang rokok dan membakarnya untuk menghilangkan kebosanan disaat sendirian. Untuk menghindarinya, maka biarkan fizikal dan fikiran kita terus bekerja dengan melakukan aktiviti seperti bersukan, main game atau menonton televisyen.


Selamat mencuba, semoga brader-brader dapat berhenti merokok dalam masa terdekat ini. Kuatkan azam, pasti berjaya. - CARI Infonet.









Sumber: tikars.blogspot.com



blackwidowbae Publish time 28-4-2016 06:47 PM

Susah sanggatt nak stop rokok, janji tinggal janji, harapan falsu,

gi kerat leher jahh! Confirm stop terus!~

shark Publish time 28-4-2016 06:50 PM

mengarut je tips2 ni. ni cara paling senang stop merokok.. iaitu gi mati. ;P

red_cattleya Publish time 28-4-2016 06:50 PM

adik ioll dh cuba and baru sebulan lebih..proses nak heal tu mcm2 penyakit dtg dan pergi..sakit kepala, loya, colorful kahak dan mcm2 lagi :lol:

qronaldo7 Publish time 28-4-2016 06:51 PM

blackwidowbae replied at 28-4-2016 06:47 PM
Susah sanggatt nak stop rokok, janji tinggal janji, harapan falsu,

gi kerat leher jahh! Confirm s ...

Isap la rokok lain

blackwidowbae Publish time 28-4-2016 06:52 PM

qronaldo7 replied at 28-4-2016 06:51 PM
Isap la rokok lain

Erkkk??

jadik gayers??

qronaldo7 Publish time 29-4-2016 08:36 AM

blackwidowbae replied at 28-4-2016 06:52 PM
Erkkk??

jadik gayers??

aah acik. save duit :P

blackwidowbae Publish time 29-4-2016 12:43 PM

qronaldo7 replied at 29-4-2016 08:36 AM
aah acik. save duit

Wakakakakaka~~

cepatnyerr betuko taste, sebab duit jer pun, kihkihkih

qronaldo7 Publish time 29-4-2016 01:30 PM

Jnji leh beli umah banglo;P
Pages: [1]
View full version: Brader, Ini Cara Mudah Untuk Berhenti Merokok


ADVERTISEMENT