Ipo Publish time 28-11-2016 08:20 PM

Edited by Ipo at 28-11-2016 07:29 PM

elia201 replied at 28-11-2016 07:08 PM
Mcm sindir aje kak.. hehe.. dalam menulis jer boleh merapu bagai tu yang terlebih panjang

Eh mana ada sindir dik..kalau dah panjang, elok tukar ke novel. Tapi respect la, banyak idea:)

Akak kenal beberapa penulis lelaki kat FB, semangat betul diorang berkarya. Semua genre diorang tulis. Jadi, elia ni, rasanya ada semangat tu. Keep it up :)

elia201 Publish time 1-12-2016 07:24 PM

PEREMPUAN sihir !

Hanya itu berlegar difikiran Irfan apabila pisau yang dilempar ke arah Raisya bukan saja tersasar malah menghambat dirinya semula. Mujur Irfan pantas mengelak. Gugup gara gara takut menghadapi kematian menyebabkan Irfan berundur. Riak wajah tidak puas hati.

"Selagi kau bersamaku, kau akan selamat.."

Raina membelai lembut rambut Raisya. Lega apabila melihat Irfan menapak pergi.

"Terima kasih Raina.."

Raisya sudah mampu mengukir senyuman ceria.

elia201 Publish time 1-12-2016 10:02 PM

Sebulan selepas itu..

Sukar untuk Hairy menerima kenyataan yang baru didengarnya. Pihak polis membuat kesimpulan bahawa Raisya berkemungkinan mati dimakan binatang buas. Setiap pelusuk hutan sudah diterokai namun pencarian Raisya tetap menemui jalan buntu.

Justeru misi mencari Raisya kini diberhentikan.

"Hairy yakin Rai masih hidup.. Selagi mayat Rai tak ditemui, Hairy tak percaya semua ini.."

Hairy pasti Rosma sependapat dengannya.

"Terima saja hakikat, Hairy.. Umi dah putus harapan.."

Nada suara Rosma sebak, menahan pilu.

Mustahil untuk Raisya bertahan hidup bersendirian terperangkap didalam hutan. Sebagai ibu, Rosma tahu sejauh mana kekuatan anak sulungnya. Andai mati itu lebih baik daripada Raisya menderita keseorangan, Rosma redha akan kepergian Raisya meski tak bernisan.

"Sampai hati, Umi !"

Rayqal kurang senang apabila melihat Rosma seolah hanya menyerah nasib kepada takdir.

"Qal takkan faham hati Umi ! Selama Rai hilang Umi tak lalu makan.. Hati Umi ni risau.. Rai makan apa.. Rai tidur macam mana.. Rai takut gelap.. Sedangkan tidur punberlampu, Umi tak dapat bayangkan Rai bergelap seorang diri dalam hutan.."

Terburai jua tangis yang disorok sejak Raisya menghilang tanpa jejak. Rosma penat berlakon kuat dihadapan menantu dan anak lelakinya.

"Maafkan Qal, Umi !"

Sejenak Rayqal dipagut rasa bersalah.

Pantas bangun dari duduk menghampiri Rosma.

Tubuh tua itu dipeluk sekuat hati. Airmata Rayqal berguguran buat sekian kali. Sedih meratapi kehilangan kakak kesayangan.

elia201 Publish time 1-12-2016 11:23 PM

Edited by elia201 at 2-12-2016 02:07 AM

"Aku tak tau nak ucapkan takziah atau padan muka pada kau.."

Hatta sengaja berkata begitu. Sakit hati dan amarah mendorong Hatta bertindak menyakitkan hati Hairy. Kematian Raisya tidak sekelumit pun membuat Hatta sedih. Malah hati puas.

Diari lama milik Raisya sewaktu masih bergelar isterinya dulu masih dalam simpanan Hatta.

Baru baru ini Hatta ada terbaca luahan cinta Raisya terhadap Hairy melalui catatan yang ditulis. Terkilan dan rasa dikhianati tatkala Hatta mendapat tahu Raisya sebenarnya mula mencintai Hairy semasa dalam tempoh perkahwinan mereka.

Justeru, kehadiran Hatta ke majlis tahlil malam ini hanya sekadar melepas dendam terhadap Raisya dan Hairy.

Meski Raisya sudah tiada didunia, Hatta belum mampu memaafkan dosa wanita itu kerana tidak setia.

"Maksud kau?!"

Hairy kurang senang dengan kata kata sinis Hatta.

"Sekarang kau rasalah peritnya ditinggalkan orang yang kau cintai ! Sebab kau, Rai minta cerai dari aku ! Ini adalah balasan buat kau kerana meruntuhkan rumah tangga aku !"

Serentak itu, Hatta tersenyum menyindir.

Suka melihat kesengsaraan yang ditanggung Hairy saat ini. Biar Hairy pula menderita sebagaimana Hatta sewaktu Raisya tega meninggalkan dirinya dulu.

"Aku rasa kau dah gila !! Kau lupa ke disebabkan kau ada perempuan simpananlah Rai tinggalkan kau ! Kau yang curang !!"

Hairy mula berang. Tubuh menggeletar menahan amarah.

"Rai cuma gunakan Nisa sebagai alasan untuk berpisah dengan aku.. Dia dah jatuh cinta pada kau sejak dari hari kau approach dia.."

Nada suara Hatta mengendur.

Luka lama berdarah kembali tatkala mengingat setiap bait puitis nukilan Raisya terhadap Hairy.

"Tapi aku yakin kau dan Rai akan dapat pembalasannya..Walaupun kau berjaya rampas Rai dari aku tapi tengoklah sekarang.. Rai dah mati ! Kesian kau..."

Hatta seakan mengejek Hairy yang kini tampak berduka.

"Ingatlah dosa sesama manusia takkan terhapus selagi orang itu tak memberi kemaafan.. Aku takkan maafkan kau ataupun Rai sampai bila bila!"

Usai berkata begitu, Hatta terus meninggalkan Hairy terpinga pinga sendirian.




elia201 Publish time 2-12-2016 02:58 AM

Edited by elia201 at 2-12-2016 03:00 AM

"YA ALLAH benarkah kematian Rai ini adalah balasan di atas kejahilan kami seperti yang dikatakan Hatta?"

Hairy berbicara sendirian. Memerap didalam bilik sebaik pulang dari masjid sebentar tadi. Ajakan Mama untuk makan malam bersama diabaikan. Hairy perlu masa untuk menerima hakikat yang terjadi.

Perselisihan faham dengan Raisya berakhir dengan tragedi. Kalaulah Hairy tahu Raisya bakal diculik dan mati..

Satu keluhan kedengaran memecah kesunyian. Hairy benar benar menyesal.

"Jamahlah makanan sikit Hairy.. Penat Mama masak.."

Puan Sri Khaleeda gusar melihat keadaan Hairy.

Itulah satu satunya zuriat yang dimiliki. Ketiadaan Raisya benar benar merubah Hairy. Puan Sri Khaleeda takut jika Hairy tenggelam dalam kesedihan dan melakukan perkara diluar jangkaan.

"Ma.. Kematian Rai adalah balasan untuk Hairy.. Hairy berdosa kerana merampas isteri orang.. Kalau Rai tak kahwin dengan Hairy, mungkin Rai masih hidup sekarang.."

Persis anak kecil, Hairy menangis diribaan Puan Sri Khaleeda. Gara gara terpengaruh dengan provokasi Hatta, Hairy menyalahkan diri sendiri.

"Hairy.. Dosa pahala bukan urusan kita sebagai manusia..Kalau Hairy rasa berdosa, bertaubatlah.. Pada Mama tak timbul soal rampas merampas... Rai bukan barang ! Mama yakin Rai memang sayangkan Hairy sebab itulah Rai kahwin dengan Hairy.. Soal jodoh ini adalah rahsia Allah.. Rai dan Hairy takkan berkahwin kalau bukan sebab jodoh.."

Panjang lebar Puan Sri Khaleeda memberi nasihat.

"Tapi kalau Hairy tak muncul dalam hidup Rai, Rai dan Hatta tak bercerai, Rai takkan mati, Mama.."

Entah kenapa Hairy masih menganggap semua ini adalah pembalasan dosa. Kata kata Hatta terngiang ngiang dicuping telinga.

"Mama tak fahamlah, Hairy.. Apa kaitan semua ini?! Rai bercerai dengan suaminya dulu adalah takdir.. Kalaupun Hairy tak muncul kalau Allah dah kata kun faya kun maka jadilah ia.. Mereka tetap akan bercerai ! Sama juga dengan perkahwinan kalian dan kematian Rai.. Allah dah tentukan semua..."

"Stop blaming yourself, son !"

Tan Sri Arshad menyampuk perbualan dua beranak itu.

"Papa tahu bertapa Hairy cintakan Rai sejak dari zaman universiti.. Kekecewaan Hairy bila Rai berkahwin dengan Hatta.. Papa yakin takkan ada wanita lain dapat ganti tempat Rai sebab itulah cinta sejati Hairy.. Tapi kalau betul Hairy cintakan Rai, ini bukan caranya.. Doakan Rai aman disana.. Itulah yang sebetulnya.. Bukan dengan meratap hiba macam ini.."

Sungguh hati Tan Sri Arshad pilu melihat keadaan Hairy depan mata. Lemah tak berdaya.

"Dekatkan diri dengan Allah.. Insya Allah, kesedihan Hairy akan terubat.."

Hanya itu sahaja yang mampu Tan Sri Arshad katakan. Sukar digambarkan kerisauan dalam hati memikirkan masa depan Hairy.

elia201 Publish time 2-12-2016 03:13 AM

SEPERTIGA malam.

Buat pertama kali seumur hidupnya, Hairy bangkit menghadap sejadah diwaktu begini. Zikir tidak lekangdibibir memuji kebesaran yang maha Esa. Tidak lupa menitip doa demi kesejahteraan wanita yang dicintai.

Usai mengaminkan bacaan doa, Hairy bangkit merenung ke arah dinding. Sejenak kenangan bersama Raisya bertandang.

"I miss you so much.. You akan hidup dalam hati I selagi I bernafas.. I tak sabar berjumpa dengan you semula.."

Hairy memejam mata. Membayangkan Raisya ada disini menemani tidurnya.

Sejenak Hairy terlena dibuai mimpi indah.


elia201 Publish time 2-12-2016 04:08 AM

Hairy terpana melihat keadaan surau yang agak penuh diwaktu Subuh begini.

Lantaran jarang menjejakkan kaki ke sini, Hairy tidak begitu mengenali para jemaah. Wajah wajah yang kelihatan agak asing dimatanya.

Usai memberi salam, Hairy berteleku sejenak. Membasahkan lidah dengan zikir dan selawat.

Kematian Raisya sedikit sebanyak membuatkan Hairy lebih membuka mata untuk mendalami agama.

Mungkin ini adalah hikmah disebalik kehilangan yang dihadapi.

"Assalamualaikum.. Anak ini orang baru disini ke? Belum pernah pak cik nampak.."

Satu suara menegur Hairy yang mula bangkit untuk keluar.

"Waalaikumussalam.. Panggil saja Hairy.. Hairy sudah lama tinggal dikawasan ni.. Cuma jarang berkesempatan berjemaah disurau.."

Hairy malu sendiri memikir bertapa khilafnya diri selama ini. Solat sering ditinggalkan lantaran sibuk dengan urusan dunia.

"Nama pak cik pula Hashim.. Tak apa, nak.. Lepas ini ringan ringankanlah kaki ke surau.. Besar pahalanya solat berjemaah ini.."

Sungguh Hashim gembira melihat generasi muda seperti Hairy memeriahkan rumah Allah ini.

"Oh ya maaf kalau pak cik bertanya.. Kenapa pak cik rasa Hairy ini seperti sedang dilanda musibah besar? Hairy nampak runsing.."

Hashim jadi penasaran pula melihat riak wajah Hairy murung.

"Isteri Hairy baru meninggal.."

Ringan saja mulut Hairy bercerita.

"Inna lillah hi wa inna ilai hi rajiun.."

Hashim jadi simpati mendengar.

Ipo Publish time 4-12-2016 04:47 PM

sedih pulak Raisya dah meninggal{:mlcry:}

elia201 Publish time 4-12-2016 04:56 PM

" RAINA... Bila agaknya aku boleh pulang? Aku rindukan Umi, adik dan suamiku.."

Raisya merintih sayu.

Malam berganti siang namun mereka masih terperangkap dibelantara ini. Hanya buah buahan dan air sungai menjadi pengalas perut.

"Kau tak boleh ada kehidupan di dua alam... Anggap saja takdir kau adalah untuk bersama aku seumur hidup.."

Riak wajah Raina selamba sewaktu bertutur begitu.

"Apa maksud kau?!"

Raisya keliru dengan jawapan Raina.

"Dunia manusia penuh dengan tipu muslihat.. Dengki khianat dan tamak haloba.. Aku cuma ingin melindungi kau.. Supaya kau selamat selalu, Rai.."

Raina cuba memujuk.

"Tinggal saja dengan aku.. Aku akan menjaga kau selamanya.."

Raisya masih lagi keliru. Hanya merenung kosong ke arah Raina yang berkerudung.

"Kau buat aku pening memikir akan kata kata kau.. Terus terang saja Raina.."

Enggan memberatkan kepala Raisya mendesak Raina.

"Maksud aku, tinggal saja di dunia aku..Jika kau mahu, kita boleh ke kampung aku.. Hidup tenang dari gangguan musuh kau.."

Beriya Raina meyakinkan Raisya untuk menurut.

"Berapa jauh kampung kau dari sini?"

Raisya mula tertarik dengan tawaran Raina.

Fikiran membayangkan dapat berbaring dengan selesa di penempatan Raina nanti.

"Tak jauh dari sini.."

Raina senyum suka melihat reaksi Raisya. Hampir termakbul hajat yang selama ini terpendam.

elia201 Publish time 5-12-2016 09:51 AM

Edited by elia201 at 5-12-2016 11:16 PM

HAIRY gemar mendengar kata kata hikmah danucapan nasihat dari Hashim.

Sejak pertemuan pertama mereka hati bagai dipaut untuk berdampingan dengan Hashim. Setiap tunjuk ajar dijadikan panduan dalam meladeni hidup yang penuh pancaroba.

"Susah susah saja Hairy bawa barang barang ini.. Pak cik tinggal berdua.. Tak larat nak habiskan semua.."

Meski dilarang namun Hairy dilihat kerap menziarah sambil membawa barang keperluan harian. Beras yang diberi bulan lepas masih berbaki. Begitu juga dengan minyak masak dan tepung. Garam dan gula masih berpaket belum dibuka. Kadangkala Hashim segan untuk menerima pemberian Hairy. Untuk menolak, bimbang pula Hairy berkecil hati.

"Anggaplah ini rezeki pak cik.. Hairy ikhlas niatkan atas nama arwah isteri Hairy.."

Sejenak Hairy terbayangkan wajah Raisya. Walau bibir menyatakan redha hakikatnya Hairy berat menerima kenyataan ini. Hati bagai menyakini Raisya masih kekal hidup.

"Sudah hampir enam bulan arwah pergi.Cepat perjalanan masa.. Sampai sekarang mayat arwah tak ditemui, kan?"

Hashim sekadar bertanya.

Manakala Hairy pula hanya mengangguk, tanda mengiyakan.

"Hairy tak nak ke hutan sana.. Tengok semula.. Siapa tahu ada petunjuk yang kita tak perasan.."

Entah mengapa Hashim berkata begitu.

Hairy hanya terdiam lama. Memikir.

elia201 Publish time 6-12-2016 12:24 AM

Edited by elia201 at 6-12-2016 02:16 AM

RAISYA terpaku melihat wajah wanita yang dipasung kaki tangan. Kiri kanan terdapat pengawal mengawasi ketat. Otak ligat memikir dimana mereka pernah bertemu..

"Rai.. manusia itu tiba tiba muncul diperkampungan ini.. Sekadar bersiaga, kaki dan tangannya terpaksa diikat.. Bimbang dia membuat onar.."

Seakan mengerti persoalan yang berlegar difikiran Raisya, Raina memberitahu tanpa dipinta.

"Tapi bukankah patut kalian menyelidik terlebih dahulu sebelum menjatuh hukum?"

Raisya jadi penasaran. Tidak puas hati melihat wanita itu dihukum tanpa sebarang kesalahan yang jelas.

"Jaga lidahmu, Rai ! Penghuni disini tidak suka mereka yang bermulut lancang.."

Raina memberi amaran.

"Ah usah difikirkan.. Aku lapar ! Ayuh kita pulang makan.."

Tangan Raisya ditarik menuruti langkahnya.

Raisya hanya akur.







BULAN mengambang penuh malam ini. Raisya leka duduk dijendela merenung jauh. Sejak masuk ke perkampungan Raina, Raisya sudah lupa hari dan tarikh tika ini.

Aktiviti yang sama dijalani Raisya setiap hari. Bangkittidur, mandi air telaga kemudian menemani Raina ke bendang.

Pada waktu petang pula, bersiar siar menghirup udara segar dan menikmati panorama sekitar. Suasana harmoni dan semangat kejiranan yang tinggi menyebabkan Raisya senang diam disini.

Adakala Raisya akan menemani Raina menghadiri majlis keraian dan dirinya diperkenalkan sebagai saudara jauh. Kadang Raisya keliru.

Siapa sebenarnya Raina dan mengapa dirinya dilayani persis puteri raja. Segala kemahuan Raisya diturutkan oleh Raina.

Malah, sehingga hari ini Raina masih menutupi wajahnya dari pandangan Raisya. Raisya tidak tahu rupa disebalik hijab yang dipakai Raina.

"Raisya.."

Satu suara lelaki asing sayup sayup memanggil namanya.

Raisya terkesima. Berpaling mencari arah suara. Langkah di atur pelahan lahan.

"Raisya.."

Suara yang sama menyeru sekali lagi.

Raisya terpaku sejenak.

"Nyah kau dari sini !! Dia milik aku !"

Raina memekik tiba tiba. Bangkit dari pembaringan lalu mendekati Raisya.

Lantas menarik Raisya ke sisi. Bersiaga menanti pembalasan dari pihak sana.

elia201 Publish time 6-12-2016 01:43 AM

Edited by elia201 at 6-12-2016 02:14 AM

RAISYA pelik melihat Raina yang masih berdiam persis bertafakur.

"Pulangkan Raisya.. Dunia kalian berbeza..Tempat Raisya bukan disitu.."

Sayup kedengaran satu suara mengarah.

"Pergi kau dari sini !!"

Raina meradang tiba tiba.

"Rai.. Janji dengan aku, kau takkan tinggalkan aku ! Aku bersumpah akan menghambakan seluruh hidupku buat kau.."

Tak semena Raina meminta Raisya mengikat janji.

"Apa semua ini, Raina? Aku tak faham.."

Raisya jadi pusing memikir tingkah Raina.

"Walau apa pun terjadi, aku ingin kau kekal bersamaku.."

Raina menagih janji buat kali kedua.

"Aku..."

"Raisya.. Jangan mudah terpedaya.. Pulanglah ke alam nyata.."

Suara lelaki asing menyampuk menyebabkan Raisya terpaku seketika. Memikir langkah seterusnya. Akal seakan buntu.

"Mara ke hadapan, Rai.."

Kata kata berupa arahan kedengaran lagi dicuping telinga.

Raisya tertanya tanya gerangan pemilik suara itu.

Namun, hanya menurut kata tanpa menghiraukan rayuan Raina yang meminta supaya Raisya berundur.

"Aku tak mampu melindungi kau, jika kau kembali ke dunia mu.."

Raina terpaksa berkata begitu. Berharap agar Raisya memberhentikan niat untuk pergi.

"Berlindunglah kepada Allah, Raisya.. Sesungguhnya Allah adalah sebaik baik pelindung.."

Suara tadi meniup semangat buat Raisya sekaligus membuat Raina hilang arah.

"Rai.. Aku sayangkan kau !!"

Pekikan Raina hanya sia sia.

Raisya kian jauh lalu lenyap dari pandangan.

elia201 Publish time 6-12-2016 02:13 AM

RAISYA membuka mata pelahan. Persis terjaga dari lena yang panjang. Bangkit dari pembaringan. Keliru menatap wajah Hairy.

"You.."

Air mata merembes dipipi Raisya. Terharu dipertemukan semula dengan lelaki yang dicintai.

"I tak sangka dapat jumpa you lagi.. I rindu you, Rai !"

Mereka berpelukan erat. Hairy sempat mengucap syukur di dalam hati di atas pertemuan semula ini.

"Alhamdulillah semua selamat ! Tinggal tunggudia sedar semula.."

Hashim menuding jari ke arah seorang gadis yang masih lena di bawah pohon.

"Dia tersesat sehingga masuk ke alam sana.."

Hashim menerangkan tanpa dipinta.

"Gadis ini.."

Serentak itu, Raisya sempat terbayang wajah serupa yang dipasung kaki dan tangan sewaktu berjalan dengan Raina dikawasan kampung.

"Apa sebenarnya yang terjadi?"

Raisya jadi penasaran untuk tahu.

"Anggaplah Rai insan terpilih.. Ada yang ingin mendampingi Rai.."

Hashim enggan mengulas lanjut.

elia201 Publish time 6-12-2016 04:07 AM

Edited by elia201 at 6-12-2016 04:09 AM

3 Bulan kemudian

Hairy menadah tangan memohon ampun diatas segala dosa. Mendoakan kesejahteraan buat Mama dan Papa yang makin meningkat usia. Tidak lupa meminta agar Raisya dilindungi selalu didunia dan akhirat kelak.

"Sayang..."

Raisya menerpa lalu memeluk tubuh Hairy dari arah belakang. Air mata berlinangan dipipi. Sedih.

"Rai sayang.. Kenapa ni?"

Hairy jadi panik melihat Raisya menangis.

"Maafkan I ! I buat you tanggung dosa I.. I tak tahu kenapa I liat sangat nak menutup aurat.. I janji akan berubah ! I tak nak you digelar dayus gara gara I.. I sayangkan you !"

Teguran Hashim sedikit sebanyak membuka pintu hati Raisya untuk menjadi yang terbaik. Perubahan ini bukan kerana terpaksa namun diatas kerelaan Raisya sendiri

Sementelah, Hairy adalah suami yang amat dikasihi. Raisya tidak mahu Hairy memikul bebanan dosa di atas khilafnya. Sudah sampai masa untuk Raisya muhasabah diri dan berubah menuju ke jalan yang diredhai.

"Alhamdullillah !"

Hairy senyum, senang.

" I dah lama tunggu saat ini.. Terima kasih sayang.. You adalah anugerah paling indah Allah pernah berikan pada I.. Cantik luar dan dalam.."

Rambut Raisya diusap lembut. Hairy tidak jemu menatap keindahan wajah satu satunya wanita yang dicintai.

"Kita bersama membentuk keluarga yang dirahmati Allah.. You, I dan..."

Raisya sengaja membiarkan kata katanya tergantung. Ingin membuat Hairy penasaran. Tangan mengusap lembut perut.

"You, I, siapa lagi?"

Hairy gagal menebak.

" Baby in my tummy !"

Raisya gelak melihat reaksi lurus bendul Hairy.

"By the way, I am 2 months pregnant, future Daddy !"

"What?!"

Satu lagi berita gembira membuatkan Hairy merasa seperti diawangan.

"Thanks sayang !"

Hanya itu mampu Hairy ucapkan. Terkejut namun bahagia dirasakan saat ini. Senyuman mekar dibibir.

Raisya hanya membalas senyuman suaminya. Jari jemari mereka bertaut erat.

Tak semena Raisya terkenangkan Shafiq.

Lelaki itu beriya menjemput mereka suami isteri menghadiri majlis perkahwinannya pada hujung minggu ini.

Siapa sangka wanita yang Raisya temui di perkampungan Raina terpasung kaki dan tangan adalah Zahira. Tunangan Shafiq yang disangka mati selama ini.

Rupa rupanya Zahira tersesat masuk ke alam lain sewaktu melarikan diri dari kurungan Irfan. Hutan belantara yang sama dimana Raisya bertemu Raina.

Manakala Irfan pula berjaya diberkas dan kini sedang merengkok dipenjara di atas kesalahan membunuh dan menculik. Raisya tidak pasti jika Irfan masih menyimpan kesumat.

Meski pernah terpalit sejarah hitam namun itu tidak menghalang Shafiq untuk menyunting Zahira sebagai suri. Ternyata Shafiq benar benar mencintai Zahira.

Dan Raina..

Kewujudannya antara realiti dan fantasi.

Raisya sukar untuk menafsir kebenaran walau Raina masih muncul merayu saat lena hingga kini.

Hanya ayat Al quran dijadikan pendinding diri. Senjata ampuh pelindung dari makhluk halus yang ingin mendamping. Berupaya mengelakkan dari tipu daya syaitan dan sekutunya yang bersumpah ingin menyesatkan anak Adam.

Mengingati Hatta, bekas suaminya kian menyepi diri.

Puas Hairy dan Raisya cuba menjernihkan kekeruhan antara mereka namun Hatta kekal berdegil.

Malah, menuding jari tetap meletakkan beban kesalahan ke atas Raisya dan Hairy.

Justeru, hanya doa mampu dipohon agar Hatta sudi memberi kemaafan kelak.

Biarlah masa jadi penentu. Raisya hanya berserah.

Untuk detik ini, Raisya cuma berharap agar kebahagiaan rumah tangga yang dibina bersama Hairy kekal selagi hayat dikandung badan.

Setiap ujian yang mendatang pasti terselit hikmah yang tersembunyi. Hanya manusia kadang silap dalam membuat pertimbangan. Itulah tanda kasih sayang Allah terhadap hamba yang ingin mencari keredhaanNya.

Baik Raisya dan Hairy mengerti kini.

Sejenak, pandangan mata Hairy dan Raisya bertaut. Senyuman mekar dibibir kedua mereka. Bahagia.


Tamat.

Zulkhairyl + Raisya Nur Anatasia - Karma

Ipo Publish time 6-12-2016 10:25 AM

Laa...raisya tu tercampak ke dunia lain ke??menarik

ingatkan dah meninggal:doh3:
sorry ya dik tt...:$



Zamzam2013 Publish time 6-12-2016 10:29 AM

elia201 replied at 6-12-2016 04:07 AM
3 Bulan kemudian

Hairy menadah tangan memohon ampun diatas segala dosa. Mendoakan kesejahteraan...

akhirnya tamat sudah kisah ini... sebuah karya yg hebat TT...

fatehana Publish time 20-12-2016 03:03 PM

igtkan raisya mati rupa2nya msk ke dunia sana aka alam bunian yea
apa pun pengakhiran yg baik
moga TT akan terus menulis

fizamn Publish time 29-12-2016 10:42 PM

Suka ur writting. . Bertuah ada talent.. buat novel..

mamajiah Publish time 12-4-2017 02:56 PM

best ceritanya..baru habis baca dgn kening berkerut kerut..
orang bunian ada blkg umah mama..selalu aje bunyi kokokan ayam
dan paluan rebana kedengaran di tengah2 malam..sekali tu bulan posa..
sblm berbuka..abah p bakar lalang..dan terbakarlah kampung mereka.
lps tu bilik abah terbakar juga..habis baju raya, duit raya dan keperluan raya
yg abah simpan terbakar. yg heran, bilik abah aje yg terbakar..dlm mimpi ada perempuan
muda berkerudung bagitau abah..rumah saya pun baru terbakar. 'kami pindah jauh sikit'. kata
perempuan tu..
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7]
View full version: CERPEN : KARMA (ended 6 Dec 2016)


ADVERTISEMENT