comel91 Publish time 22-4-2016 06:00 PM

‘Power Rangers The Movie’ Akan Ditayangkan Tahun Hadapan



https://youtu.be/vw5vcUPyL90

Tipulah kalau anda tak kenal Power Rangers. Dan sudah pasti ramai ‘first crush’ anda ketika kecil adalah pada Pink Ranger. Jadi untuk mengembalikan kenangan zaman silam, filem terbaru Power Rangers sah akan ditayangkan pada 2017!

http://cdn3.thevocket.com/content/uploads/2016/04/p1.jpg

Power Rangers mula diadaptasikan untuk pasaran Amerika bermula pada tahun 1993 dari siri hebat Super Sentai. Bermula daripada itu, bermulalah kegilaan Power Rangers ini kepada budak-budak (termasuk saya) di seluruh dunia. Di rumah masih berdiri teguh Megazord yang dibeli oleh ayah saya sewaktu darjah 4 dahulu. Mendengar bahawa siri ini akan hadir dengan filem terbaru, saya sangat teruja.

http://cdn0.thevocket.com/content/uploads/2016/04/p2-1.jpg

Tiada trailer rasmi berkenaan filem ini dikeluarkan pihak Lionsgate buat masa ini. Semua pasti tertunggu-tunggu bagaimana rupa costume terbaru Rangers ini. Tetapi ‘first look’ untuk watak jahat filem ini sudahpun dikeluarkan. Watak penjahat Rita Repulsa akan dilakonkan oleh Elizabeth Banks, yang sangat awesome. Elizabeth sebelum ini pernah membintangi banyak filem-filem hebat seperti franchise Spider-Man era Tobey Maguire dan The Hunger Games.

http://cdn0.thevocket.com/content/uploads/2016/04/p3-1.jpg

Nampak tak perbezaan besar antara Rita Repulsa versi baru dan original? Yang kiri versi baru, yang kanan versi original. Nampak dari segi orang jahat dah tahu filem ini nanti akan awesome! Dan ini pula barisan Rangers kita. Pemilihan Rangers pula agak belia remaja, mungkin untuk menarik golongan muda mengenali Power Rangers dan tonton filem ini nanti.

http://cdn3.thevocket.com/content/uploads/2016/04/p4-1.jpg

Inilah lima Rangers penting dalam siri Power Rangers ini. Persoalannya, di mana White dan Green Rangers? Adakah mereka akan muncul dalam filem ini? Kalau dalam siri asal, mereka ini cuma muncul dalam beberapa episod dengan Dinozord mereka yang awesome dan boleh bergabung dengan Megazord milik lima Rangers untuk kuasa tambahan menumpaskan musuh.

http://cdn3.thevocket.com/content/uploads/2016/04/p5-1.jpg

Filem ini dijangka keluar pada 24 Mac tahun hadapan. Harap-harap filem ini nanti hebat. Agak kecewa juga versi ‘unauthorized’ arahan Joseph Khan yang lebih ‘dark’ dan matang tidak diadaptasikan menjadi filem penuh. Kalau anda belum pernah lihat versi Power Rangers arahan Joseph Khan, lihat video di bawah. Sungguh awesome.


-Jom tengok..comel banjeee~~~~

annehuda Publish time 23-4-2016 09:34 PM

Thread dah ada

http://mforum2.cari.com.my/forum ... ight=power%2Branger

kepada tuan tanah, saya selalu perasan awak ni kalau bukak thread tak pernah search dulu. kalau bukak thread pun sekadar nak paste article. utk pengetahuan awak, bod ni ada peraturan tersendiri nak bukak thread.
1. Tajuk cukup sekadar letak nama filem saja dan huruf besar. nak tambah pelakon atau tarikh tayangan pun cukup.
2. perlu ada video trailer dan sinopsis serba sedikit.
3. kalau nak letak artikel boleh, tp seperti yg ckp dlm no 1 tu, letak je tajuk filem utk memudahkan peminat filem lain search.

ada banyak cara lain utk awak dptkan tacang. awak bukak thread ke, awak reply kt thread lain ke, awak tetap akan dapat +1 je melainkan kalau thread yang awak bukak tu btul2 menarik.

kepada forumer lain pun please take note.
Pages: [1]
View full version: ‘Power Rangers The Movie’ Akan Ditayangkan Tahun Hadapan


ADVERTISEMENT