CARI-LTS Publish time 22-4-2016 05:48 PM

Bro, Badan Berbau Busuk? Jangan Risau, Ada Petuanya!

Oleh : TS LOO
http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201604/22/172822vcsvs4cspuushuuh.jpg
sumber foto: http://farmasimaya.com/wp-content/




Lazimnya kaum lelaki yang sering berdepan keadaan bau badan yang kurang menyenangkan akan mengundang rasa kurang selesa. Bukan sahaja pada diri sendiri, malahan pada orang lain yang berkekatan dengan kita khususnya teman wanita.





Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.





Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.




Cuba 4 petua tradisonal yang terbukti mampu menghilangkan bau badan dengan berkesan.




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201604/22/173057al7lofzf3ksle0l9.jpg

Petua 1


Potongkan limau kasturi
Selepas potong, buangkan bijinya
Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya
Amalkan selalu





http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201604/22/173447juvdwu2ckf1tt021.jpg
sumber foto: http://www.etalasemuslim.com/

Petua 2


Gunakan daun sirih.
Daun sirih ini dikatakan boleh bertindak sebagai antiseptik di samping mengandungi zat aktif
Daun sirih juga membantu menghilangkan bau badan lebih-lebih lagi yang berpunca daripada kuman atau bakteria.
Caranya ambil 5 helai daun sirih dan rendam dalam satu bekas berisi air panas.
Biarkan ia menyejuk dengan sendiri.
Bila sudah sejuk minum air rendaman.
Cuba amalkan setiap hari dan lama-kelamaan masalah badan berbau akan hilang.
Kalau rasa macam tidak berapa lalu mahu minum air rendaman, boleh tambah sedikit gula.



http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201604/22/173655cvovgvzzowxoewvv.jpg.thumb.jpg

Petua 3


Timun juga boleh digunakan sebagai ramuan petua hilangkan bau badan.
Caranya potong timun kepada beberapa kepingan kecil.
Semasa mandi, gosokkan kepingan timun itu pada seluruh badan.
Setelah itu barulah dibilas bersih




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201604/22/173802ddhrw8yyhny1y2dd.jpg.thumb.jpg

Petua 4


Kalau tiada selera untuk minum air sirih, boleh guna bunga cengkih.
Caranya ialah rendam beberapa kuntum bunga cengkih dalam satu cawan air panas.
Biarkan sehingga kembang.
Kemudian minum air rendaman tersebut.
Amalkan sekerap yang mungkin untuk mengelakkan masalah badan berbau- CARI Infonet








sumber info : http://www.petuatradisional.com/

zameyla Publish time 22-4-2016 05:55 PM

anak lelaki aku darjah 5, badan macam budak form 3..suka berpeluh, klu balik sekolah masuk dalam keta..makk aii tahan napass...
Boleh la nak try timun dgn bunga cengkih tu...
Kalau limau dgn sirih sah2 dia tak mau...dah la tak makan sayur...
Pages: [1]
View full version: Bro, Badan Berbau Busuk? Jangan Risau, Ada Petuanya!


ADVERTISEMENT