bianglala Publish time 20-4-2016 01:41 PM

BUAH GAC - Mampu Mengurangi Serangan Jantung

Buah Gac atau gac fruit atau dalam bahasa saintifiknya Momordica cochinchinensis dari famili Cucurbitaceae merupakan buah yang boleh didapati di rantau Asia Tenggara yang berasal dari Selatan China ke Timur Laut Australia, termasuk Thailand, Laos, Myanmar, Kemboja dan Vietnam.

http://i.ebayimg.com/00/s/NTY1WDg1MA==/z/VUQAAOSwqu9VSHyG/$_32.JPG?set_id=880000500F

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xfl1/t31.0-8/12377575_1018070391584415_2133271649271641082_o.jpg


http://www.gacplusasia.com/sg/sites/default/files/Gac-Fruit-opened.jpg

Buah gac banyak ditanam di Vietnam yang disebut sebagai ɣək atau terjemahkan Gac (terjemahan klas untuk objek bulat seperti buah-buahan). Ia dikenali sebagai mùbiēguǒ (tembikai merah) dalam bahasa Cina, manakala dalam bahasa Inggeris disebut spinny bitter gourd atau cochinchin gourd. Orang Thai memanggilnya fahk khao, taw thabu di Myanmar dan di Indonesia ianya dikenali sebagai pupia atau tepurang.

Pokok buah gac mempunyai musim yang pendek dan hanya mengeluarkan buah sekali setahun sekitar bulan Disember dan Januari, menyebabkan kurangnya kelihatan jika dibanding dengan buah-buahan lain. Gac biasanya dihidangkan di majlis-majlis upacara atau perayaan di Vietnam, seperti Tết (tahun baru Vietnam) dan majlis perkahwinan. Biasanya disediakan sebagai hidangan yang dipanggil gac xôi, di mana aril dan biji buah dimasak bersama beras pulut.

http://vietdaytours.com/wp-content/uploads/2016/04/Xoi-gac-An-essence-of-Vietnamese-Tet.jpg

http://frozenfruitvietnam.com/wp-content/uploads/2015/08/Frozen-Momordica-Gac-Fruit-Pulp-600x600.jpg

Kini buah gac telah mula popular dan dipasarkan di luar Asia dalam bentuk jus kerana kandungan fitonutrien yang tinggi. Buah gac mencapai µg 380/gram lycopene jika dibandingkan dengan buah tomato yang hanya mengandung µg 31/gram lycopene. Kandungan beta-karoten dan lycopene memberikan warna oren, jingga dan merah pada buah atau sayur. Pengambilan buah atau sayur yang mengandungi lycopene mampu memperbaiki kerosakan pembuluh darah, menekan pembentukan kolestrol, ketumpatan rendah (LDL – low density lipoprotein) dan mengurangkan risiko serangan jantung.

https://images.indiegogo.com/file_attachments/1367533/files/20150408214734-gac_PDF.jpg?1428554854


anniez08 Publish time 20-4-2016 01:48 PM

kulit dia nmpak cantik.. tp isi dia mcm pelik je..

Ipo Publish time 24-4-2016 03:10 PM

apa rasa buah ni?
pernah nampak kat vietnam dulu..tapi tak berani nak merasa...hehehe...

bianglala Publish time 24-4-2016 07:49 PM

Ipo replied at 24-4-2016 03:10 PM
apa rasa buah ni?
pernah nampak kat vietnam dulu..tapi tak berani nak merasa...hehehe...

tak pasti apa rasanya Ipo. hehe. "takut" juga tengok isinya yang kemerahan tu.

FARRAZOOL Publish time 27-5-2016 08:09 PM

Good info tt

FARRAZOOL Publish time 27-5-2016 08:09 PM

Good info tt
Pages: [1]
View full version: BUAH GAC - Mampu Mengurangi Serangan Jantung


ADVERTISEMENT