CARI-SFG Publish time 14-4-2016 01:32 PM

Adakah Anda Suami Yang Takut Bini? Check Kejap!

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201604/14/132727hhhhuatah8vhkihu.jpg



Oleh Fyruz Hanna


Tak semua yang dikurniakan wajah dan karekter berkarisma dapat menawan si isteri. Di pejabat mungkin sahaja anda ketua dan ditakuti oleh orang bawahan namun bila tiba sahaja dirumah, mungkin anda menikus.


Walaupun terdapat banyak faktormenyebabkan anda takutkan bini antaranya masalah kewangan atau sikap si isteri yang terlalu emosi, anda mempunyai pilihan untuk terus takut atau memimpin isteri anda. Adakah anda mempunyai ciri-ciri seperti ini, semak checklist dibawah:


http://kumpulanterbaru.com/wp-content/uploads/2015/11/meme-lucu-suami-takut-istri-1.jpg

1. Sering menuruti permintaan si isteri
Jika anda sering menuruti permintaan si isteri boleh jadi anda takut dengan isteri. Sikap menurut ini biasanya bukan apa risau si isteri mengamok dan hebohkan pada keluarga anda.


http://kumpulanterbaru.com/wp-content/uploads/2015/11/meme-lucu-suami-takut-istri-8.jpg

2. Gaji isteri lebih banyak dari suami
Kebiasaannya perempuan yang berpendapatan lebih tinggi lebih dominan termasuklah hal rumah tangga. Disebabkan ini, si isteri sering mengatur serba serbi mengenai hal keluarga termasuklah mengatur suami.


3. Si isteri terlalu cemburu
Antara kenapa sebab si suami takut isteri juga boleh dilihat daripada sikap si isteri. Jika si isteri terlalu kuat cemburu boleh jadi si suami dikawal menyebabkan si suami terbatas dan akhirnya menurut.Mungkin sahaja si suami lebih kepada menjaga hati namun dilihat oleh masyarakat sebagai takut bini.


http://2.bp.blogspot.com/-oqGw_8y77HY/VjS7iGv_dwI/AAAAAAAAeB4/ZOIN8_8eNig/s1600/meme%2Blucu%2Bsuami%2Btakut%2Bistri%2B10.jpg

4. Anak-anak lebih rapat dengan suami
Jika anda lihat anak-anak lebih rapat dengan anda berbanding isteri. Ini mungkin kerana si isteri garang bukan sahaja dengan kamu tetapi juga dengan anak-anak. Anak anda akan lebih senang berkepit dengan anda berbanding dengan si isteri.


http://mforum.cari.com.my/https://cdn.meme.am/instances/500x/63380447.jpg

Jadi, bagaimana? Adakah anda mempunyai ciri-ciri takutkan bini. Walaupun tidak kesemua ciri-ciri ini benar namun anda sebagai suami, anda sendiri tahu siapa anda? Salahkan jadi lelaki takut bini? -CARI Infonet.

pisangcis Publish time 14-4-2016 03:03 PM

bukan ape..nak jaga keharmonian rumahtangga gitu...bole jugak nanti bagi alasan kahwin lain..he he he...........itupun kalo brani...ada bran:lol:

UmbrellaCorps Publish time 14-4-2016 07:33 PM

ini geng PERTABI... persatuan takut bini.. hihihi...
Pages: [1]
View full version: Adakah Anda Suami Yang Takut Bini? Check Kejap!


ADVERTISEMENT