CARI-MAMS Publish time 13-4-2016 03:21 PM

Lelaki Periksalah Testis Tiap 6 Bulan

Oleh Adib Za

Jika kaum wanita sering disyorkan memeriksa buah dada mereka bagi mengesan keganjilan yang menyebabkan kanser, begitu juga dengan lelaki.


Pemeriksaan buah zakar sangat dianjurkan setiap 6 bulan sekali. Berita baiknya, anda boleh lakukan sendiri dan jika ada keganjilan, segeralah berjumpa dengan doktor anda.


Berikut merupakan langkah-langkah untuk memeriksa buah zakar atau testis:




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201604/13/152051x3ctcblbt8j3tn3g.jpg





1. Mandi air panas agar skrotum atau kerandut buah zakar berada dalam keadaan lembut. Keadaan begini memudahkan pemeriksaan.


2. Berdiri di hadapan cermin dan periksa bahagian kulit di sekitar sktrotum kanan dengan mengampukan menggunakan tangan kanan.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201604/13/152052viqllqswiw2c4r4e.jpg
(Sumber foto: Carian google)




3. Jari telunjuk dan jari tengah diletakkan di bawah testis kanan manakala ibu jari di bahagian atas testis. Rasa testis mengunakan jari-jari tersebut, beri perhatian terhadap perubahan saiz dan kehadiran ketulan yang tidak normal.


4. Jika ada terasa ketulan-ketulan kecil serta berasa sakit bila ditekan, picit atau urutkan perlahan-lahan hingga kesakitan reda.


5. Lakukan pemeriksaan yang serupa pada testis dan skrotum di sebelah kiri pula. - CARI Infonet




Sumber: Wannuraterapi
Pages: [1]
View full version: Lelaki Periksalah Testis Tiap 6 Bulan


ADVERTISEMENT