CARI-IIN Publish time 5-4-2016 03:42 PM

'Stop' Minum "Teh O Ais" Jika Sayang Buah Pinggang

Oleh Izzah Abbasy

Tabiat penggemar minum 'teh o ais' yang keterlaluan akan mengalami kegagalan buah pinggang.

Tak percaya kan? tapi, ada buktinya. Seorang lelaki berusia 56 tahun dari Arkansas, Amerika Syarikat dilaporkan mengalami kegagalan buah pinggang kerana dia dikatakan meminum sehingga melebihi empat liter 'teh o ais' setiap hari.

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201604/05/154115b5zs6o76qcmmbx4d.jpg

Teh hitam komponen utama minuman itu dikatakan mengandungi banyak kandungan garam asid ataupun oksalat, yang sering dikaitkan dengan masalah membabitkan buah pinggang. Ekoran tabiat minum teh lelaki itu menyebabkan kadar pengambilan oksalatnya lebih daripada 1,500 miligram sehari.

Selepas dimasukkan ke hospital sekitar Mei tahun lalu, pemeriksaan hospital mendapati air kencingnya dipenuhi gentian kristal kalsium oksalat.

Oksalat turut terkandung dalam pelbagai makanan harian lain seperti sayur bayam, coklat, kacang dan dedak gandum. Lazimnya pakar menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil lebih dari 50 miligram oksalat dalam sehari.

Sebenarnya, bukanlah tidak boleh minum terus tetapi adalah lebih baik kurangkan dan minumlah air putih sebanyak mungkin ya! Sayang buah pinggang tak? - CARI Infonet
Pages: [1]
View full version: 'Stop' Minum "Teh O Ais" Jika Sayang Buah Pinggang


ADVERTISEMENT