seramado Publish time 1-4-2016 03:53 PM

Bekam Korea, sape pernah try??

BERUNTUNG menjadi orang Malaysia yang mempunyai aneka makanan dari timur ke barat, dari utara ke selatan. Malah anda boleh menikmatinya sepanjang 24 jam.Namun jika nafsu makan tidak dikawal, ia boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan. Inilah menjadi faktor utama mengapa ramai yang mengalami pelbagai penyakit akibat pemakanan yang kurang teratur.
Presiden Pusat Terapi Korea Mentari, Datuk Dr Muhammad Kim Myoung Hwan berkata, kebanyakan rakyat Malaysia mengambil makanan berminyak, gula dan minum air sejuk.
Beliau memberi contoh, makanan berminyak umpama mentega di dalam peti sejuk lebih keras berbanding di luar, ia lembut. Begitu juga dengan pengambilan makanan yang berminyak kemudian minum air sejuk, ia menyebabkan darah menjadi melekit dan tidak boleh mengalir dengan baik.
“Antara punca masalah kesihatan tubuh badan adalah disebabkan masalah perjalanan darah. Buah pinggang sebagai penapis darah. Ia seperti kereta anda yang perlukan servis minyak enjin dengan menukar penapis minyak. Jika tidak ditukar, minyak baru tidak berkesan.
“Buah pinggang juga perlukan rawatan sama ada sakit atau tidak. Ramai orang tidak tahu penyakit buah pinggang, darah tinggi, diabetes, dan lain-lain lagi. Rawatan buah pinggang bagus untuk pengaliran darah.
“Masalah perjalanan darah yang disebabkan darah kotor dan pekat boleh mengundang risiko kesihatan seperti darah tinggi, serangan angin ahmar dan diabetes. Ini berkaitan dengan amalan pemakanan yang tidak sihat.”


http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.493560.1457242708!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg

Kesihatan itu kekayaanDr Muhammad Kim berkata, titik darah atau dipanggil titik bekam membantu melancarkan perjalanan darah, seterusnya meningkatkan tahap kesihatan. Terdapat 324 titik darah pada hampir keseluruhan badan.
“Saya memberikan rawatan bekam Korea dan akupunktur di Malaysia sejak 13 tahun lalu. Perbezaan bekam Malaysia menggunakan satu pen satu jarum, manakala rawatan cara Korea menggunakan pen Korea ada tiga jarum.
“Kaedah bekam Korea ini lebih cepat, pantas dan kurang sakit. Minimum cucukan antara 90 hingga 100 lubang. Jarum baru untuk setiap pesakit dan ia tidak dikitar semula atas faktor kesihatan.
“Kami mahukan keselesaan pelanggan ketika rawatan dilakukan dengan menggunakan pen Korea bermata tiga jarum ini,” ujar beliau.Menurut Dr Muhammad Kim Pen, orang Korea rajin bersenam dan suka makan jeruk sayur atau dipanggil kimchi. Kebanyakan orang Malaysia kurang bersenam kerana cuacanya yang panas, tetapi pada masa sama, mereka amat menggemari makanan bergoreng dan minum air sejuk. Inilah menyebabkan masalah obesiti dan perut boroi.
“Jika waktu muda mampu kawal kesihatan badan, ia boleh berpanjangan di waktu tua, tetapi gagal menjaga kesihatan di waktu muda, ia mendatangkan masalah di hari tua.
Bagi mereka yang mengalami diabetes dan darah tinggi boleh mendapatkan rawatan bekam bagi mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan.“Terdapat ubat yang baik dan sebaliknya. Ubat yang mendatangkan kesan samping boleh menyebabkan masalah perut dan buah pinggang. Adakah orang Malaysia tahu atau buat-buat tak tahu tentang kesihatan?” ujarnya.

Berkongsi khasiat memakan kimchi, Dr Muhammad Kim berkata, makanan tradisional Korea itu bagus untuk badan. Jeruk kimchi mengandungi lima elemenyang masuk ke dalam badan, iaitu pedas, panas, manis, pahit dan masam.
Beliau memberitahu selain kimchi, terdapat banyak makanan sampingan berasas sayur-sayuran dan di tengah-tengahnya diletakkan ikan atau ikan yang dimasak tanpa minyak di meja hidangan orang Korea.
“Kesihatan itu kekayaan. Jika ada duit banyak, tetapi tak sihat, ia tidak berguna. Berdiet ada pelbagai cara. Jika berdiet sehingga tak makan, ia boleh mengganggu kesihatan.
"Oleh itu, penting bagi seseorang itu untuk tidur yang cukup, makan yang bagus dan boleh ‘membuang’ setiap hari," ujarnya kepada penulis ketika ditemu bual di pusat rawatannya, Mentari Korea Therapy Centre, Lot 111 & 112, Pasar Besar Gombak, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jenis bekamUntuk pelanggan yang pertama kali datang ke Mentari Korea biasanya akan diperiksa denyutan nadi, kemudian tapak tangan. Kata Dr Muhammad Kim, melalui pemeriksaan awal tersebut, masalah pesakit boleh dikenal pasti sebelum diberi rawatan sama ada bekam kering atau bekam darah.
“Bagi mereka yang mengalami masalah penyakit darah tinggi, diabetes dan strok boleh diberi rawatan bekam kurang 30 minit. Namun pengulangan berbekam tersebut bergantung kepada jangka masa penyakit yang dialami seseorang itu untuk melihatkan keberkesanannya.
“Golongan lelaki seelok-eloknya membuat bekam ketika usia meningkat 40 tahun ke atas dan wanita yang menopaus. Berbekam juga amalan sunnah Nabi Muhammad SAW untuk mengeluarkan darah kotor. Selepas itu apa yang anda makan dan minum itu akan jadi darah baru.
“Pengambilan ginseng boleh membantu pelancaran darah. Oleh itu saya galakkan orang ramai untuk makan ginseng sebagai herba terbaik dunia. Namun ia perlu diambil dalam kuantiti tertentu,” katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai bekam Korea boleh emelkan kepada rosymayor@yahoo.com.

fadbulous Publish time 6-4-2016 05:37 PM

Menarik nih...
1. Berapa kos??
2. lokasi di mana??
3. Pesakit diabetik boleh ke...bimbang luka jarum lambat sembuh!
Pages: [1]
View full version: Bekam Korea, sape pernah try??


ADVERTISEMENT