reeny Publish time 6-4-2016 02:38 PM

awanjingga replied at 6-4-2016 02:10 PM
cantik dihiasi ruangan tamu
lama mencari belum bertemu


Yang dicari belum bertemu
yang dihadapan mata lama menunggu

Senja#merah Publish time 6-4-2016 03:14 PM

reeny replied at 6-4-2016 02:35 PM
asyik mahsyuk dilamun cinta
kata orang cinta itu buta

Kata orang cinta itu buta
Tetapi dimana pula matanya

khairulazuan Publish time 6-4-2016 03:41 PM

reeny replied at 6-4-2016 02:27 PM
suka selalu, sedih jangan sesekali
asyik bersedih segala kerja tak menjadi

pakai kasut tapi lupa ikatkan tali
bila kerja tak menjadi kelak binasa diri:'(


khairulazuan Publish time 6-4-2016 03:46 PM

awanjingga replied at 6-4-2016 02:12 PM
pokok pegaga tumbuh melata
benarlah masa merawat luka

ulam raja kegemaran mak busu
benarlah kata kata saudari itu:C

khairulazuan Publish time 6-4-2016 03:51 PM

awanjingga replied at 6-4-2016 02:10 PM
cantik dihiasi ruangan tamu
lama mencari belum bertemu

luasnya lautan, luas lagi Rahmat Illahi
kalau bukan disini,disana menanti:)

insyllah

reeny Publish time 6-4-2016 04:46 PM

Senja#merah replied at 6-4-2016 03:14 PM
Kata orang cinta itu buta
Tetapi dimana pula matanya

cinta buta lahir tak bermata
jangan suka tabur merata


kelak diri merana, jiwa sengsara
mati beragan, hidup sia-sia

awanjingga Publish time 6-4-2016 05:29 PM

reeny replied at 6-4-2016 02:38 PM
Yang dicari belum bertemu
yang dihadapan mata lama menunggu


tulip ungu digubah indah
jemu menunggu kasih beralih arah:sweat3:

awanjingga Publish time 6-4-2016 05:35 PM

khairulazuan replied at 6-4-2016 03:51 PM
luasnya lautan, luas lagi Rahmat Illahi
kalau bukan disini,disana menanti



Hari raya maaf dipinta
Moga bersua dipintu syurga..:$

awanjingga Publish time 6-4-2016 05:37 PM

khairulazuan replied at 6-4-2016 03:46 PM
ulam raja kegemaran mak busu
benarlah kata kata saudari itu

roti prata disapu kaya
tidak berkata menaip sahaja;P

khairulazuan Publish time 7-4-2016 07:54 AM

awanjingga replied at 6-4-2016 05:35 PM
Hari raya maaf dipinta
Moga bersua dipintu syurga..

maaf diterima senyuman berbalas mesra
inshallah,moga bertemu dipintu syurga

khairulazuan Publish time 7-4-2016 07:55 AM

awanjingga replied at 6-4-2016 05:37 PM
roti prata disapu kaya
tidak berkata menaip sahaja

roti majerin kegemaran saya
ye tak ya,lupa la pula{:mlshy:}

Ipo Publish time 7-4-2016 02:03 PM

Anak itik anak angsa
tengahari ini makan apa?

reeny Publish time 7-4-2016 02:42 PM

Ipo replied at 7-4-2016 02:03 PM
Anak itik anak angsa
tengahari ini makan apa?

pisang emas di atas para
badan tak sihat, makan pun tak selera




awanjingga Publish time 7-4-2016 03:21 PM

Ipo replied at 7-4-2016 02:03 PM
Anak itik anak angsa
tengahari ini makan apa?

sebak baca kisah kucing
ringkas sahaja nasi goreng{:1_511:}

awanjingga Publish time 7-4-2016 03:23 PM

khairulazuan replied at 7-4-2016 07:54 AM
maaf diterima senyuman berbalas mesra
inshallah,moga bertemu dipintu syurga

ambil kain lap cermin
Aamiin Aamiin Aamiin Aamiin..:lol:

khairulazuan Publish time 7-4-2016 03:30 PM

awanjingga replied at 7-4-2016 03:23 PM
ambil kain lap cermin
Aamiin Aamiin Aamiin Aamiin..

dari machang ke kota bharu
hah,macam itu la yang kita mau{:thumbo

Ipo Publish time 7-4-2016 03:33 PM

reeny replied at 7-4-2016 01:42 PM
pisang emas di atas para
badan tak sihat, makan pun tak selera

anak dara sudah berpunya
makan ubat cepat sembuhnya



Ipo Publish time 7-4-2016 03:39 PM

awanjingga replied at 7-4-2016 02:21 PM
sebak baca kisah kucing
ringkas sahaja nasi goreng
Kisah kucing sebak jiwa
Nasi goreng pun sedap apa:lol:

reeny Publish time 7-4-2016 04:35 PM

Ipo replied at 7-4-2016 03:33 PM
anak dara sudah berpunya
makan ubat cepat sembuhnya


Penat bekerja duduk berehat
terima kasih atas nasihat

Senja#merah Publish time 7-4-2016 04:35 PM

reeny replied at 6-4-2016 04:46 PM
cinta buta lahir tak bermata
jangan suka tabur merata



Jangan suka tabur merata
Cinta tak pernah buta



Cuma kehendak yang kuasa
selang seli bahagia dan duka
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9 10 11 12 13
View full version: Pantun Merapu - 2 Rangkap (kumpul kredit sampai lebam)


ADVERTISEMENT