kwangsoo_lady Publish time 29-3-2016 04:43 PM

Tips : Suamiku Tentera

“Suamiku tentera.”
Tentu sahaja ada wanita-wanita di luar sana yang bangga bila mengungkapkan kata-kata ini bukan? Yalah, tentera itu satu pekerjaan yang murni; mempertahankan keselamatan negara. Tentera juga terkenal dengan sifat berani dan pelindung (protective) mereka.

https://dewimalaysia.files.wordpress.com/2014/01/askar-1.jpg?w=474
Sumber gambar: Google
Tetapi tahukah kamu, sebenarnya agak mencabar menjadi isteri kepada seorang tentera? Ini kerana, tidak boleh tidak, berjauhan samada seketika atau jangkamasa yang lama adalah perkara yang mesti berlaku dalam rumahtangga seorang tentera. Ada yang baru berkahwin, suami dihantar ke negeri lain untuk bertugas berbulan-bulan; ada yang dihantar berkursus berminggu-minggu.
Apa yang boleh kamu lakukan apabila menjadi isteri tentera?

1) Pindah
Pertama sekali, kami sarankan supaya wanita yang baru berumahtangga dengan anggota tentera untuk berpindah ke kediaman rasmi tentera atau kem tentera. Mengapa? Ini mengelakkan kamu dan suami dari berjauhan. Dengan tinggal di kem askar, suami kamu terus boleh melapor diri untuk bertugas ke pejabat berbanding kamu menunggunya untuk pulang ke rumah; terutama jika lokasi kamu berdua dipisahkan antara daerah atau negeri. Lagipun pepatah ada mengatakan, isteri patut ada di mana suami berada, betul tak?

2) Sentiasa bersedia untuk berjauhan
Suka ataupun tidak, berjauhan akan sentiasa berada dalam kamus hidup kamu. Kamu haruslah bersedia, terutama dari segi emosi apabila suami kamu dihantar bertugas di luar kawasan. Fahami tugas suami kamu dan berilah sokongan kepadanya.

3) Kuat fizikal dan mental
Memandangkan suami kamu akan sering berjauhan dengan kamu, kamu harus ada kekuatan mental dan fizikal. Banyak tugasan yang sepatutnya dilakukan berdua dengan suami, terpaksa kamu lakukan seorang. Inilah namanya pengorbanan. Dengan adanya internet, kami yakin kamu mampu mengatasi masalah kecil seperti membaiki kerosakan di rumah, membayar bil dan sebagainya.

4) Menyertai Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentara (BAKAT)
Dengan menyertai BAKAT, kamu akan lebih ramai kenalan di kalangan isteri-isteri tentera. Kamu boleh berkongsi pendapat atau masalah kerana mereka mungkin lebih banyak pengalaman dari kamu. Ini juga dapat menghindarkan kamu dari kesunyian apabila suami bertugas di luar kawasan.

Antara tujuan BAKAT ditubuhkan ialah:

Menambah dan meninggikan lagi pengetahuan di dalam hal ehwal pengurusan rumah tangga, pengetahuan am serta aspek-aspek sosial dan kemasyarakatan termasuklah seni dan kebudayaan.

5) Sering berkomunikasi
Komunikasi adalah sangat penting. Walau sesibuk mana pun kamu, pastikan kamu mengambil berat akan perkembangan suami kamu dan sebaliknya. Sekurang-kurangnya hubungi antara satu sama lain sekali sehari. Dan apabila ada peluang untuk meluangkan masa bersama, ambil masa itu untuk saling mendengar dan menyelami hati masing-masing.

Mungkin ada yang berkata, “Wah susah betul jadi isteri tentera!” dan mungkin ada yang takut. Jangan takut! Di mana pun kita berada, siapapun suami kita, cabaran itu tetap akan ada. Ada banyak kelebihan menjadi isteri tentera. Baca halaman sebelah untuk mengetahuinya.

dewimalaysia.wordpress.com


Pages: [1]
View full version: Tips : Suamiku Tentera


ADVERTISEMENT