cmf_blingblings Publish time 26-3-2016 02:02 PM

MENCIPLAK = MENCURI

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan peminat board penulisan. Sekian lama tak menunjukkan diri akhirnya saya ingin menulis sepatah dua kata kepada mereka atau individu yang telah mencuri dan menciplak karya-karya saya dan menjual tanpa pengetahuan saya. Terima kasih kepada beberapa nama di Board ini yang masih mengingati bait-bait ayat yang pernah saya cipta di dalam setiap novel yang saya perahkan untuk anda.

Jika mereka yang bertanggungjawab itu ada di kalangan anda yang membaca di sini, hubungi saya. Sekiranya ada di antara anda di sini yang sedar ttg wujudnya novel saya di luar sana dengan menggunakan tajuk dan nama watak yg berbeza, saya mengalu-alukan kerjasama anda. Disebabkan apa terjadi inilah yg menyebabkan saya tidak lagi menjual hasil tulisan saya secara online sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jutaan terima kasih kapada insan-insan mulia yang sudi memberi peringatan kepada saya dan menghantar sedikit sebanyak maklumat tentang perkara yang amat memalukan ini. Saya sering menhadiahkan tulisan saya secara percuma jika saya merasakan pembaca yang ingin membaca itu benar-benar ikhlas akan tetapi saya sama sekali tidak akan menghalalkan sesenpun wang yang anda dapat dari mencuri dan menjual hasil karya saya.

Sekian Terima kasih.

Esmiria Publish time 26-3-2016 02:19 PM

Waalaikumussalam sis.blh sy thu karya mna diciplak.I mean tajuk buku yg si x guna tu jual.


Mmmg akak patut tak maafkn diorang...

Hmmm... Sy hrp xde sape ciplak karya sy tu..hmm.sesiapa dpti karya sy bercetk,bgtaw es ye.hehehe.mampos aku kjekn org tu.

cmf_blingblings Publish time 26-3-2016 02:21 PM

HATI SEORANG LELAKI by HAWA DAMIA
LIMITED 500 COPIES
UNKNOWN WRITER
“Nazir, awak tu satu-satunya anak lelaki mak, anak teruna mak, kalau boleh mak nak cari yang terbaik sekali unjuk dijodohkan dengan kamu. Pilihan mak mungkin hanya terbaik untuk mak tapi bukan yang terbaik untuk kamu. Rupa dan paras tak berapa penting, yang lebih penting hati, kelakuan dan keimanan.”
“Eh! Siapa kata? I nak yang lawa, yang cantik, yang jelita.” sengaja mengusik emak.
“Dah ada? Siapa? Bawalah balik, biar mak tengok.”
“Buat apa? Nanti mak reject, mak tu cerewet.” Aku memang suka mengusik emak. Usik-mengusik itu adalah caraku bermanja dengan emak.
Emak duduk di sebelahku. Aku letakkan kepala di bahu emak.
“Kalau dah ada cakap aja, biar mak pinangkan.” Ternyata, emak bersungguh-sungguh.
Aku diam seribu bahasa. Aku tiada jawapan untuk semua soalan emak.
“Cerita lama mak, malas nak sebut lagi.”
Sebelum rasa halus itu menyusup masuk ke dasar hati aku segera berlalu ke anak tangga apabila azan Maghrib sudah berkumandang. Emak masih di situ merenungku. Aku tak pasti samada dia masih ingat cerita-ceritaku bertahun yang lalu. Ceritaku tentang si dia yang sempat menyerikan hari-hari mudaku dulu.

cmf_blingblings Publish time 26-3-2016 02:24 PM

Tajuk Cinta Kristal

Novel ini saya tulis semata-mata untuk pembaca cari sebab ada pertandingan menulis menggunakan tajuk lagu...sesiapa yg embaca pada tahun 2010 tentu akan ingat. Thread untuk novel ni telah diratai oleh MOD untuk menjaga hasil tulisan penulis supaya tak diciplak.

cmf_blingblings Publish time 26-3-2016 02:24 PM

Nama watak saja yg bertukar

akudansesuatu Publish time 26-3-2016 03:17 PM

mak oi
betul-betul ke ni kena ciplak?

p/s:ini macam punya cara pun ada ke?

cmf_blingblings Publish time 26-3-2016 03:20 PM

akudansesuatu replied at 26-3-2016 03:17 PM
mak oi
betul-betul ke ni kena ciplak?



hahahhahahah, sekarang org tak takut mati, cut paste tulisan org kat cari ni pastu jual 38 hennget sebuah buku

cmf_blingblings Publish time 26-3-2016 03:20 PM

ada sesiapa yg dah bayar untuk novel ciplak ni?

Esmiria Publish time 26-3-2016 05:16 PM

cmf_blingblings replied at 26-3-2016 03:20 PM
ada sesiapa yg dah bayar untuk novel ciplak ni?

huntunglah sy pmint karya taboo seperti genre lgbt.Jdi sy x bli.Sis x nk failkan saman ?

Jgn.halalkn.sis.Sy fhm.perasan tu.Faham sgt perasaan org mkn.hasil.titik pluh kita.Mmmg dasar b***

Esmiria Publish time 26-3-2016 05:17 PM

cmf_blingblings replied at 26-3-2016 02:24 PM
Tajuk Cinta Kristal

Novel ini saya tulis semata-mata untuk pembaca cari sebab ada pertandingan me ...

sy aktib bod brp thun 2014. Jdi x sempt bca sis.bgi link novel cinta kristal?

Ipo Publish time 26-3-2016 07:59 PM

Ingatkan karya saya je yg diciplak. Memang risiko kalau menulis online..
Anyway, adakah cinta kristal tu sama dgn drama yg si amira rosly tu berlakon ke?
Masa tgk drama tu, mcm pernah baca tajuk novel cinta kristal tu..

awanjingga Publish time 26-3-2016 08:13 PM

Tak pernah baca citer kak bling yg ini..

Org mcm ni nk senang je..kaut untung tnpa perlu perah otk..


cmf_blingblings Publish time 28-3-2016 02:15 PM

Ipo replied at 26-3-2016 07:59 PM
Ingatkan karya saya je yg diciplak. Memang risiko kalau menulis online..
Anyway, adakah cinta krist ...

Bukan, tajuk lagu sebenarnya kami ada pertandingan tulis Novel guna tajuk lagu, dahsyat jugalah sampai diciplak:(

cmf_blingblings Publish time 28-3-2016 02:15 PM

awanjingga replied at 26-3-2016 08:13 PM
Tak pernah baca citer kak bling yg ini..

Org mcm ni nk senang je..kaut untung tnpa perlu perah ot ...

lama dah tu tahun 2010 ke 2011, gitulah

Ipo Publish time 28-3-2016 04:32 PM

cmf_blingblings replied at 28-3-2016 01:15 PM
Bukan, tajuk lagu sebenarnya kami ada pertandingan tulis Novel guna tajuk lagu, dahsyat jugalah sa ...

oh gitu...rasanya saya pernah baca hasil tulisan otai2 kat sini..lady, fizziany, aylanins, nicki, arjuna, kak bling,adilla, bintang, detox..etc
kat forum ni, yg kak bling punya...tajuk Cinta Kristal, Kau Yang Satu ..>>ni tajuk lagu kan?
yg paling best, Aku, Dia dan Kilah tu...hehehe..;Pyg cinta kristal si Amira Rosly berlakon tu memang tajuk cinta kristal jugak..
lepas tgk drama tu..teringat kat novel kak bling tajuk cinta kristal kt forum ni..
ingatkan itu adaptasi novel kak bling....
bila baca balik kat sini..lain jalan ceritanya..

apa pun, semua hasil tulisan kak bling, best{:thumbo

dah pernah jenguk blog kakbling..(dah promot kat signature tu kan..jenguk la..):lol:
wah...menariknya..{:childlikeo


ada tak novel kak bling yang dah dibukukan? nak cari...:$


pasal ciplak ni, harap kak bling settle dengan baik..
why not tanya penerbit saja pasal karya tu..
mana tahu, dapat something good news..mcm kes kat BesQ ni..
kes novel yg diciplak sejibik/diceduk semua dari novel orang lain (Lafazkan cintamu-by Aida Adriani terbitan Alaf 21, diplagiat ke Bidadari Hati Farhan by Fatimah Aznan terbitan BesQ)...huhuhu..ditukar tajuk, tempat dan watak saja..yg lain 90% sama.
penulisnya hanya memohon maaf saja...:dizzy:

wah panjang lebar reply nih:lol: sorry

cmf_blingblings Publish time 28-3-2016 04:45 PM

Ipo replied at 28-3-2016 04:32 PM
oh gitu...rasanya saya pernah baca hasil tulisan otai2 kat sini..lady, fizziany, aylanins, nicki,...

Kak Blings tak pasti siapa si penciplak yg sebenarnya, dia guna nama 'Hawa Damia' .....sama mcm kes di atas tu, ceritanya semua sama cuma watak ditukar ke nama-nama novel hahhahah, maaflah, watak kakak blings mana ada nama seglamour Novel.

Buat masa sekarang Fb yg mempromotekan Novel tu telah diberitahu, dia kata dia tak tahu apa-apa hanya agent dropship. Kutip duit dan bagi pada agent penulis tersebut... Kira berlapis-lapislah.. So buat masa sekarang segala promosi di FB dia dihentikan sertamerta. Wang yg dah dikutip dah dipulangkan...buat masa sekarang selamat tp masih tetap memantau dari masa ke semasa...

anieaina Publish time 29-3-2016 03:40 PM

Assalammualaikum Bling.
Lama tak dengar berita. Alih2 cita ni yg timbul. Cerita2 tu semua zaman kita masih aktif di forum cari. Berebut credit utk membaca karya Bling. Harap Bling dapat bersabar. Byk dah berlaku karya diciplak sekarang ni.

anieaina Publish time 29-3-2016 03:43 PM

Rindu karyamu Bling. Jangat berputus asa.

cmf_blingblings Publish time 29-3-2016 07:30 PM

anieaina replied at 29-3-2016 03:43 PM
Rindu karyamu Bling. Jangat berputus asa.

ekekekkekeke, entah di manalah idea tulih novel tu mai;P
tiba-tiba ramai pulak yg minat, adehhh terharu
dok aihh, tak putus asapun...tgh cari masa
sibuk ahhh:L:laugh3:

nallepooh Publish time 8-4-2016 05:17 AM

zaman2 tu best baca cite2 otai2...tertunggu2 bila nak sambung..

ada juga manusia yg tak malu ciplak karya org..
Pages: [1] 2 3
View full version: MENCIPLAK = MENCURI


ADVERTISEMENT