jelitaqasyah Publish time 24-3-2016 11:16 AM

Seram Kot! The Conjuring 2: The Enfield Poltergeist

4jKtZD34Fo4
Drama bersiri pendek The Enfield Haunting berdasarkan kisah benar gangguan makhluk halus sebuah keluarga di London pasti membuatkan penonton sukar tidur lena.

Siri tiga episod itu diadaptasi daripada buku pakar parapsikologi Guy Lyon Playfair yang berkongsi pengalamannya ketika cuba membantu keluarga Hodgson menyelesaikan masalah mereka pada 1977.

Menampilkan barisan pelakon Timothy Spall, Matthew Macfadyen, Juliet Stevenson dan Eleanor Worthington-Cox, drama itu bakal bersiaran di saluran KIX Astro pada 25 Mac ini, jam 9 malam.

Membawa watak penyelidik kejadian paranormal Maurice Grosse, Spall mendedahkan menolak tawaran menjayakan drama itu kerana takut.

Bagaimanapun, bintang filem Mr Turner itu membatalkan niat itu selepas bertemu dengan Playfair.

“Saya penakut orangnya. Saya tolak tawaran ini selepas baca skrip.

“Namun, pertemuan dengan Playfair berjaya menenangkan perasaan saya.

“Saya ada bertanya dia bagaimana menghilangkan rasa takut apabila diganggu makhluk halus.

Playfair menjelaskan dia akan minum teh apabila sampai di rumah dan terus tidur,” katanya.

Menurut Spall, kata-kata Playfair meniup semangat baru dan meyakinkannya untuk terbabit dalam drama berkenaan.

“Saya lega kerana tidak mahu terjaga pada waktu malam apabila mendengar bunyi pintu dibuka dan ditutup.

“Sebagai pelakon saya menghayati watak dan akan berlakon berdasarkan imaginasi sendiri,” katanya.

Dalam drama The Enfield Haunting Spall turut bergandingan dengan pelakon Ripper Street dan Matthew Macfadyen.

Bagi watak Groose, Spall berkata, dia dikehendaki mengurangkan berat badan dengan berdiet.

“Saya perlu mengikuti pelan pemakanan berkhasiat khas selain kurang makan,” katanya.

Kisah seram The Enfield Haunting bermula apabila keluarga Hodgson yang menetap di sebuah rumah teres biasa di London mula mengalami gangguan misteri.

Kejadian itu turut dialami empat anak Hodgson yang berusia tujuh hingga 13 tahun.

Salah seorang anak Hodgson, Janet yang ketika itu berusia 11 tahun mendakwa sering mendengar suara bisikan iblis selain melihat perabot bergerak serta batu dicampak dalam bilik.

Pengalaman ngeri keluarga itu sampai ke pengetahuan Grosse yang kemudian meminta Playfair membantu dalam siasatannya.

Pada mulanya Playfair kurang mempercayai keluarga itu dan mendakwa mereka sengaja mereka cerita.

Namun, tanggapannya mula berubah apabila merasai sendiri kejadian aneh di kediaman itu.

Sementara itu, kisah gangguan makhluk halus keluarga Hodgson menjadi inspirasi kepada filem The Conjuring 2: The Enfield Poltergeist yang bakal menggegarkan pawagam tahun ini.

ddjE2z-PqIc


http://www.kakigosip.com/2016/03/takut-lepas-baca-skrip.html

kentel Publish time 24-3-2016 11:21 AM

bila keluar yek...skeri {:biteo

harkktuih Publish time 24-3-2016 11:36 AM

bila kuar ni?x sabau

blackwidowbae Publish time 24-3-2016 11:52 AM

Uiyoh! Bestnyer:funk:

chapaker Publish time 24-3-2016 11:56 AM

aduhaiii... penakut tapi nk tonton huhuhu

ainie_1008 Publish time 24-3-2016 12:52 PM

walaupon seram ttp gak nak tgk...

lurve82 Publish time 24-3-2016 09:32 PM

mmg xkan tgk kat wayg la...mungkin tgk kat ofis ramai2...:lol:

aleesyasofia Publish time 24-3-2016 11:59 PM

bulan 6 rasanya keluar..
tengok trailer pon dah takut..
movie james wan msti best + seram

eddlisa_uyuk Publish time 25-3-2016 08:06 AM

thread close....sbb dah ada

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=947572&highlight=the%2Bconjuring
Pages: [1]
View full version: Seram Kot! The Conjuring 2: The Enfield Poltergeist


ADVERTISEMENT