jelitaqasyah Publish time 24-3-2016 11:02 AM

THE JUNGLE BOOK [Tuah Neel Sethi]

Edited by eddlisa_uyuk at 25-3-2016 10:08 PM

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tahu.

Begitulah ungkapan yang layak ditujukan buat pendatang baharu, Neel Sethi.

Belum pun menunjukkan kebolehannya dalam bidang lakonan, kanak-kanak berusia 12 tahun ini sudahpun melakar sejarahnya tersendiri.

Masakan tidak, Sethi akhirnya ‘dirisik’ dan dilamar oleh Walt Disney Pictures untuk memegang watak Mowgli iaitu budak lelaki kecil dari hutan yang dibesarkan oleh sekumpulan serigala menerusi filem terbaru, The Jungle Book.

5mkm22yO-bs
Berkongsi pengalamannya, Sethi yang berketurunan India bagaimanapun mengakui terkejut namun teruja melakonkan karakter tersebut.

"Aksi lagak ngerinya sangat menyeronokkan.

"Saya dapat menunjukkan tenaga yang lebih dari biasa dan itulah karakter Mowgli," katanya.

Pun begitu, bukanlah satu perkara yang mudah untuk Sethi mendapatkan peranan tersebut.

Sebelum ‘disahkan’ memegang watak Mowgli, tidak ramai yang tahu Sethi terpaksa melalui prosedur uji bakat yang sukar sebelum syarikat penerbitan gergasi itu mengambilnya berlakon.

Lebih mengagumkan, Sethi dipilih dalam kalangan ribuan kanak-kanak dari Amerika Syarikat, United Kingdom, New Zealand dan Australia yang hadir uji bakat untuk watak itu

Dalam pada itu, pengarah filem itu, Jon Favreau mengakui pemilihan watak utama merupakan salah satu elemen yang paling penting.

Tambahan pula, katanya, mencari pelakon yang bersesuaian adalah penting sementelahan lagi karakter Mowgli sudah dikenali dan sangat berpengaruh.

"Sethi sangat berkarisma dan berbakat.

"Sebagai Mowgli, pelbagai tugasan yang harus dipikulnya dan saya yakin dia mampu," pujinya.

Perkara itu juga dipersetujui oleh Pengarah Uji Bakat, Sarah Finn yang turut memuji akan kebolehan oleh Seethi.

"Dia seorang anak yang baik, penuh unsur humor dan memiliki karakter yang kuat.

"Dia hangat dan bersifat terbuka, selain tergolong sebagai anak yang cerdas untuk kanak-kanak seusianya," katanya.

Lebih unik, Sethi adalah satu-satunya watak manusia sebenar dalam filem, manakala karakter lain digantikan dengan animasi yang dicipta secara terperinci.

Walaupun ia dianimasikan sepenuhnya di dalam filem, setiap watak itu menggunakan suara daripada barisan pelakon terkenal seperti Scarlett Johanson yang membawakan karakter Kaa, Idris Elba (Shere Khan), Bill Murray (Baloo), Ben Kingsley (Bageera), Lupita Nyong (Raksha) dan Christopher Walken (King Louie).

Karya Rudyard Kipling

Untuk info, The Jungle Book merupakanfilem adaptasi daripada buku cerita karya Rudyard Kipling.

Kisah buku ini sudah diangkat dalam bentuk animasi hingga layar lebar.

Pertama kali bukunya diterbitkan adalah pada 1894 dan mendapat respons yang luar biasa di beberapa negara.

Bagaimanapun, Walt Disney Pictures kemudiannya mengadaptasikannya kepada filem animasi dengan menggunakan judul yang sama pada 1967.

Ketika itu, filem animasi itu diarahkan oleh Wolfgang Reitherman dan watak Mogwli dialih suara oleh Bruce Reitherman.

Pada 1994, filem itu dibuat dengan judul Rudyard Kipling’s The Jungle Book dan disutradarai oleh Stephen Sommers. Saat itu, Jason Scott Lee yang berperanan sebagai Mowgli.

Kali ini, Walt Disney Pictures mempertaruhkan kreativiti daripada pengarah, Jon Favreau yang terkenal dengan karya-karya hebat seperti Iron Man, Elf, Zathura, Chef dan Cowboys & Aliens.

Bukan itu sahaja, kesan khas menerusi teknik imej janaan komputer (CGI) turut digunakan bagi menggambarkan kehidupan hutan dan haiwan pengasuh Mowgli demi meninggalkan keberkesanan sekali gus menghidupkan jalan cerita The Jungle Book.

The Jungle Book mengisahkan seorang budak lelaki bernama Mowgli yang dibesarkan oleh serigala di dalam hutan. Dia berkawan dengan seekor beruang bernama Baloo dan seekor harimau kumbang bernama Bagheera. Mowgli terpaksa meninggalkan keluarga serigalanya apabila dia diancam oleh seekor harimau, Shere Khan, yang membenci manusia.

Apakah yang terjadi? Nantikannya di pawagam mulai 7 April depan.

http://www.kakigosip.com/2016/03/tuah-neel-sethi.html

lurve82 Publish time 24-3-2016 09:37 PM

citer zaman kecik2...ulang2 byk kali guna video tape...lagu dia best masa dgn monyet2 tu...

mbhcsf Publish time 29-3-2016 03:31 AM

i have seen the trailers

wow...interesting

dan bagi sapa yg dah tengok VCr ( video ) citer ni dalam disney series -yes...hahhah

bare necessity

HangPC2 Publish time 29-3-2016 11:54 AM

nasib baik disney tak ambik pelakon kanak-kanak orang putih...

MissNigga Publish time 31-3-2016 08:04 AM

wutched the trailer several times ... look very promising

pinkzara Publish time 8-4-2016 08:17 AM

Review pls..

MissNigga Publish time 9-4-2016 12:53 AM

baru jer lik nonton tadi ....
okie jer .. biasa biasa jer ...
tak dok moment yang tol tol berkesan .. perjalanan citer straight to the point
iols bagi 6/10

cicicumel Publish time 9-4-2016 06:33 PM

i br tgk...cgiletop.overall 2 bintang

wonto Publish time 9-4-2016 11:13 PM

ari tu tgk trailer hindi pnya..
priyanka chopra..

annehuda Publish time 10-4-2016 01:09 AM

baru tgk ptg td. simple tp ada beberapa part tu mcm tak sampai ke hati aku. tp mowgli tu petah sgt bercakap

bluezink Publish time 10-4-2016 01:01 PM

sapa yg penah masuk jadi pengakap dengan pi jamboree aka pesta cerita ceritun unggun api..mesti tahu cerita THe jungle book nie aka Buku Hutan:lol:, nama2 watak hewan semua semua itu ada makna dan banyak digunakan semasa jamboree.Aku diberitahu yang asal usul the Jungle Book nie memang datangnya dari tanah India. Sampai ke hari ini masih lagi wujud kesan-kesan peninggalan si Mowgli nie.Ada dua lokasi yang feymes di India nie yang dikatakan menjadi lokasi asal bermulanya cerita the Jungle Book yang di feymeskan oleh novelis British Rudyard Kipling pada tahun 1894; 1) di the Tiger Sanctuary di Valmiki, Bihar dan 2) di kawasan hutan (dipergunungan Satpura) berdekatan dengan bandar kecil Seoni di negeri Madya Pradesh.Kalau kita amati cerita the Jungle Book nie...keadaan hutan bagi kedua-dua lokasi yang dikatakan menjadi lokasi asalnya si Mowgli nie hampir sama. Cuma, dalam penceritaan si pengarang novel nie- dikatakan hutan di Madya Pradesh adalah lokasi paling tepat untuk mengatakan bahawa Mowgli dibesarkan oleh serigala di sana. Namun, teori ini diragui oleh ramai pihak termasuklah sasterawan dari India sendiri. Sebabnya, si Kipling nie TAK PENAH pong sampai ke hutan yang dimaksudkan di dalam penceritaannya itu. Walaupun, Kipling nie pernah menetap di India- adalah dipercayai, gambaran tentang hutan di pergunungan Satpura dalam cerita the Jungle Book nie banyak mengambil maklumat yang disampaikan oleh rakan-rakan beliau yang penah menjelajah ke hutan tebal di Madya Pradesh nie.Aku tak pasti kenapa si Baden Powell nie menerapkan the Jungle Book dalam korikulam pengakap. Si Kipling nie orang Amerika. Manakala si Baden Powell nie orang British yang mengasaskan "Scouting" di Afrika Selatan semasa akhir perkhidmatan beliau di sana.Kalau korang ada masa cuba ambil masa sedikit untuk mengenali karektor setiap watak-watak yang ada dalam penceritaan tersebut. Kemudiannya, cuba try google makna disebalik setiap watak yang ada dalam the Jungle Book. Korang akan faham apa yang aku maksdukan selepas itu.

pr3ttytw33ty Publish time 10-4-2016 02:06 PM

dh tgk smlm. best la jgk. ok la lyn cite lite2. iols suk baloo. chomel yahamat dgn lawak bebal die tu:lol:

ctaz Publish time 10-4-2016 11:14 PM

ok la not bad....
tak der la wow sangat.....
utk movie ni...
7/10 dari aku....

Intanmahsuri Publish time 12-4-2016 10:08 AM

Kaa punya scene short sgt. Tak puas dengar suara Scarlet Johanssen.

mbhcsf Publish time 17-4-2016 03:54 AM

i loveeeeeeeeeeeeee this movie

heheheheh so those animals were from Britain , eh? semua speaking accent lagi tuu Baloo with his american accent

well....love it ...cool sangat

wow brilliant visual effect ,pandai ygbuat verbal /oral expression with mouthing expression tupandai

plotwise as expected bagi sap ayg ada VCR 1992 dulu Jungle Book.

Kar - wow brilliant
Bagheera - cool
Baloo - so damn coooooooool
baloo, armadillo , mouse andetc - the beehive - honey scene :lol::lol::lol:
hahahaa - ishe the new recruit ?
king Louiehahhahaahahahahahah
hahahahahahahahahah


and the credit ending - superb.
i tengok yg 3D punyabest


mbhcsf Publish time 17-4-2016 03:57 AM

Edited by mbhcsf at 17-4-2016 04:04 AM

bluezink replied at 10-4-2016 01:01 PM
sapa yg penah masuk jadi pengakap dengan pi jamboree aka pesta cerita ceritun unggun api..mesti tahu ...
baden powell and kipling ye
baden powelli tak sure , tapi kipling ni interesting ...tapi i simpan kat i sajalah. kipling tu english.

Ha_Neul Publish time 18-4-2016 08:02 AM

sesiapa ada layan muvi ni kat imax 3D tak? (dalam malaysia :lol:).. ada tak subtitle keluar kat screen tu.. last time tengok filem apa ntah kat imax tu subtitle dia buat aku pening lalat @_@.. sangat menonjol terjojol2 keluar screen mengalahkan gambar muvi tu sendiri.. terus dah tak layan imax 3D dah lepas tu... tapi baca review filem ni sangat berbaloi2 tengok kat 3D.... kalau sub tu mengacau terima kasih ja lah..

atira Publish time 18-4-2016 08:36 AM

dah tgk..
best la.. bagi aku cerita ni ada 'soul'
wpon semuanye cgi kecuali si mowgli..

AMDTurion Publish time 19-4-2016 10:52 AM

alah melepaslah tgk kat wayang. baby ku x boleh masuk lagi.......{:loveo

BabeYSHa Publish time 20-4-2016 09:37 AM

Edited by BabeYSHa at 20-4-2016 09:38 AM

Haku layan Jungle Book selepas seminggu tayangan... Jalan cerita biasa2... Tapi 3D Animator diorang memang terbaek... Haku suker tengok citer binatang.. Jadi haruslah suker melihat keletah sekor2.. Hahahhaa! Dalam pawagam memang penuhhhhhh giler.. rupanya cikgu2 bawak rombongan budak2 sekolah nenok... Pasukan Pengakap kan... {:mlbigsmile:}

Masa si Neel Sethi neh say goodbye kat mak serigala tue.. memang sebak giler haku rasa.. mcm nak nangis...tapi tk smpai lak rasa tue.. sebab scene tue mcm sekejap sangat.. tak macam haku nenok The Good Dinosaur, yang masa budak tue jmpa lik ngan mak bapak zaman batu dia.. Serius... nangis haku time tue.. uwaaaaaaaaaaaaa! {:mlcry:}




Haku bagi 3.5/5 bintang... Bleh diperkemaskan lagi ending masa Rimau malaya tue bergelut lawan ngan dia sumer.. Tak smpai rasanya di situ.. {:mlfaint:}
Pages: [1] 2
View full version: THE JUNGLE BOOK [Tuah Neel Sethi]


ADVERTISEMENT